Monday, March 12, 2007

Adik, Mukhsin & Aszra

A'kum...
Salam di pagi Isnin yang panas ni. Dua hari cuti ni cuaca panas sangat. Berpeluh2 rasanya. Sekali lagi..cuti axa macam tak cuti. Penat.. mengantuk semuanya ada.

Happy Birthday Adik
10 Mac 2007 bersamaan hari Sabtu, hari jadi Adik atau nama sebenarnya Arita Abu Bakar. Satu2 nya adik dan adik beradik axa dalam dunia ni. Tepat pukul 12 malam, Axa dan ayah aszra pasang lilin, then ramai2 nyanyi lagu happy birthday untuk adik. Dah 25 tahun dah dia. Lepas tu kami makan kek tiramisu yang axa beli kat Bakers Cottage. Sedap pulak makan kek tengah2 malam. Mak citer, adik lahir pukul 9 malam kat rumah Ana (nenek axa). Mak tak pergi hospital pun. Hanya dengan bantuan bidan kampung. Axa pun ingat2 lupa la.. masa tu axa baru berumur 4 tahun. Lepas 4 tahun manja ngan mak ayah sorang2.. axa dapat adik. Adik lahir dengan tali pusatnya terbelit kat leher. Dan ikut ckp org tua2, kalau tali pusat terbelit kat leher ni orangnya pakai baju apa pun akan cantik je rupanya. Yup.memang betul.. adik axa kalau pakai apa pun.. memang cantik. Axa sayang giler kat adik, sampaikan axa selalu fikir, biarlah kalau apa2 kesakitan dia, axa yang tanggung. Tak sanggup tengok dia sakit. Sebab tuh axa selalu sakit kot. He he he. Adik axa sebenarnya lebih bijak dari axa. Dia bagus sangat dalam math nak compare dengan axa. Sebab tuh dia mampu ambik course electrical engineering kat UITM. Sekarang ni kerja ngan Ericson kat Glenmarie. Orang nyer jenis yang keras hati dan kadang2 perahsia. Axa terpaksa korek rahsia dia sendiri. Kalau dia nak citer pun.. mesti dah lama baru dia citer. Sometimes axa tak tahu bila dia tengah sedih. Dia anak bongsu.. perangai memang sah la perangai anak bongsu, yang kalau tak ikut ckp dia.. mula la merajuk. Tapi semua tuh axa tak kisah. Dia la satu je adik axa. Axa akan buat apa saja untuk dia. Sayang adik sangat. Semoga kehidupan akan lebih bermakna di usia 25 dan seterusnya. Really hope adik akan terus berdiri tanpa menoleh belakang lagi.. anggap apa yang pernah dilalui sebagai satu pengalaman manis yang akan mendewasakan. Cepat2 la cari papa cu untuk aszra ye...he he he..

Mukhsin
Sabtu malam, kami sekeluarga keluar dinner kat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Dah lama tak makan kat tepi laut macam tuh. Selesai makan dalam pukul 10.30, axa, ayah aszra dan adik terus ke Bukit Raja untuk tengok filem Mukhsin. Ni kira hadiah birthday adik jugak la. Mak, ayah dan aszra terus balik rumah. Mukhsin.. axa suka cerita ni. Satu jam pertama, axa tertanya2 apa motif Yasmin Ahmad buat cerita ni yang macam tak ada apa2 makna sangat. Jalannya ceritanya simple dan diselitkan juga scene2 kehidupan realiti manusia. Ceritanya tentang Mukhsin yang datang ke Kampung Orked sempena cuti sekolah. Dan mula berkawan dengan anak2 kampung dan bersahabat dengan Orked. Cerita ni pada dasarnya nampak seperti cerita kanak2..tapi bagi axa, tak sesuai untuk ditonton oleh kanak2 kot. Yasmin memang bijak. Cerita ni cerita kanak2.. tapi hanya kita yang dewasa yang mampu merasai kesan cerita ini. Setengah jam terakhir axa mula tersenyum. Dan axa mula faham kenapa Yasmin menerbitkan cerita ni. Bagi axa, ia lebih hebat dari Sepet dan Gubra. Axa tak tahu apa yang org lain fikir.. tapi bagi axa.. cerita ini mampu membawa penonton mengingati kembali kali pertama kita suka dan ingin mendekati orang lain yang berbeza jantina. Ala2 cinta pertama la. Kadang2 kita tak ambik kisah pun cerita2 masa kita budak2 kan. Tapi sebenarnya pengalaman2 mcm ni la yang menjadikan kan kita dewasa. Bagi mereka2 yang suka cerita2 cinta, jiwang2 ke.. ini bukan cerita yang sesuai.. kerana ini hanya cerita cinta kanak2. Tapi kalau kita faham.. kita akan tahu betapa indah nya cerita Mukhsin ni. Tahniah Yasmin.. cerita biasa di angkat menjadi suatu yang lebih berharga. So.. better tengok sendiri cerita ni. Dan cuba nilaikan sendiri. Axa benar2 bahagia dengan cerita ni. Sepanjang perjalanan balik...axa tersenyum sambil menceritakan kisah kali pertama axa suka pada lelaki. Cerita yang axa hampir lupa.. tapi sebenarnya bila diingat kembali..ia adalah suatu yang indah.

Aszra
Balik dari wayang.. sekitar pukul 2 pagi, mak kata aszra muntah. Actually sepanjang hari aszra memang mcm kurang sihat je. Dia agak kurang menyusu dan dah beberapa kali muntah. Axa memang susah nak tidur dengan keadaan aszra mcm tuh. Oleh kerana takut dia muak susu, axa bagi minum glucose.. lepas 10 minit, aszra muntah kan balik. Minum air masak pun macam tuh jugak.. semua dimuntah kan keluar. Seriously axa memang risau. Then aszra cirit birit pulak. Kesiannya anak ibu. Axa risau tengok aszra yang dah kurang tenaga. Yer la.. makan minum apa je.. mesti keluar balik. Atas bawah keluar. Pukul 8.30 axa dan ayah aszra keluar bawak aszra jumpa pakar kanak2. Doktor check dan doktor kata dalam perut aszra ada kuman. Hmm aszra memang aktif sangat sekarang ni. Merangkak dan kemudian masukkan tangan dalam mulut. Semua2 tuh boleh menyebabkan kuman mudha merebak. Doktor bagi aszra ubat muntah, air garam, ubat demam dan bakteria Lacto Basilus untuk perutnya. Alhamdulillah lepas minum ubat muntah, aszra tak muntah lagi.. cuma dia asyik merengek je.. maybe sebab perutnya masih sakit dan masih cirit birit. Puting2 botol aszra axa tukarkan yang baru. Kebersihan harus dipandang serius dalam keadaan mcm ni. So hari ahad axa yang sepatutnya dengan di isi dengan menyertai liga boling PBSM dan menghadiri majlis perkahwinan, akhirnya dihabiskan dirumah menjaga aszra.Malam tadi pun aszra masih sakit dan pagi ni, even aszra mampu tersenyum.. axa tetap risau. Mudah-mudahan aszra cepat sembuh. Amin...

No comments: