Salam..
Sabtu lepas, axa, ayah aszra dan aszra sempat ke PWTC..gi jenguk Kuala Lumpur International Book Fair 2008. Kami sampai dalam kul 2 petang. Memang tersangat ramai la orang-orang nya. Tujuan kami gi situ, memang nak survey buku2 untuk aszra. Axa memang tengah plan nak cari set buku untuk si kecik tu. Duduk la jugak dengar tentang Groliers nyer promotion... InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih tengah tahun ni.. leh ler sambar set yang ditawarkan tu.. ribu riban.. huhuhu..
Antara buku-buku yang sempat dibeli
Axa memang suka membaca, that y bila ada book fair, axa akan pergi. Dulu masa study memang tak pernah miss pun. Lately ni je yang jarang pergi. Tapi memang plan ngan ayah aszra, nak jadikan aktiviti tahunan, elok untuk kami dan aszra kan. Aszra... hmm sampai2 je, bila dilepaskan jalan sendiri, sibuk dia ambik buku sana sini. Macam teruja kot sebab banyak buku. Lepas ambil dan buka (ala2 baca la kot).. dia ambik buku lain pulak. Mulut nyer asyik sebut "book" je. Bila lalu kat booth yang tayang CD nursery rhyme pulak.. dia berhenti dan kusyuk dengar + berjoget2 kat situ. Seronok tengok dia boleh recognize lagu yang dia biasa dengar kat rumah.
Ada yang kata.. aszra masih kecik ( 1 tahun 10 bulan) untuk didedahkan dengan buku. Bagi axa.. axa tak perlu tunggu dia besar. Sejak umur dia 2 bulan, axa dah siapkan flash card ABC dan 123 untuk aszra. Axa mintak ayah axa flash kan kat dia everyday. Pastu axa belikan buku2 kecik. Bila dia boleh pegang je.. axa biar dia pegang buku.. pen.. tapi semua dalam pengawasan. Dan alhamdulillah.. kami dah boleh nampak, aszra minat pada buku. Mana2 dia pergi, if dia nampak something macam buku.. dia akan ambil dan tengok puas-puas. Sekarang ni, kalau dia nampak apa2 objek yang ada kat sekitar dia yang dia pernah tengok dalam buku, dia akan cari balik buku tu dan tunjuk pada kami.. La ni, aszra dah ada banyak buku.. every day axa akan tanya dia dah "read book" tak.. Bagi axa ini bukan paksaan untuk anak.. tapi kalau kita mampu tanamkan minat mereka sejak mereka kecil.. why not? Tepuk dada.. lu fikir la sendiri...huhuhuh (pengaruh nabil la ni...)
2 comments:
alahai, lama x berkesempatan ke pesta buku. sure mcm2 ada.
kita pun pegi pesta buku nie .. dari 8-9 hb ... kita bwk pejbat bendahari & bhg sistem UiTM buat selection books ..... penat round sumer tmpt ;-)
Post a Comment