Monday, April 14, 2008

Catatan Hujung Minggu - Bisness dan Bowling

Salam.....
Sabtu
Weekend lepas memang full of activities. Kul 9 dah keluar rumah.. destinasi pertama, umah kak Aida. Ibu ada kat rumah kak Aida so.. lepak kat situ kejap... coz Ibu dan Ayah akan balik Seremban after lunch. Lepas tu.. gerak ke ofis axa.. ada lah kerja nak kena settle.. sib baik, dengan bantuan ayah aszra.. tak sampai satu jam dah settle. Kul 2.30 kami bergerak pula ke Tesco, Mutiara Damansara untuk lunch... lama tak makan pizza.. so.. Pizza Hut la mana lagi. Aszra excited makan mushroom soup.. hampir habis satu mangkuk dia yang makan. Lepas tu dalam kul 4, ada appoinment dengan Kak Aida, Harris dan Jais.. discuss pasal bisness... We will go for a serious bisness.. bukan MLM, bukan Jualan Langsung but the real business. InsyaAllah.. mana ada usaha di situ ada jalan...


Ahad.
Kul 8 pagi dah keluar rumah. Destinasi.. Pusat Bowling Wonder Bowl, Mines Seri Kembangan. Malaysian Bowlers (MB) menganjurkan MB Double Tournament 2008. As secretary.. axa memang agak busy.. urus registration utk player.. sampai la nak umum kan pemenang. Kali ni sangat mencabar sebab axa dan ayah aszra terpaksa jaga Aszra sendiri.. selalunya Mamacu akan ikut dan jaga aszra... sib baik axa sangat baik hati. Boleh tengok ibu main dan bagi semangat kat ibu. Dia high 5 kat semua orang esp bila orang tu dah habis baling bola.. good girl anak ibu. Axa partner dengan Hafiz dengan nama team MIX2ONE.... Ayah aszra partner dengan Azmi (KURA2 YG TABAH)... Team axa dan Hafiz berjaya dapat tempat ke 17 drp 44 team yang bermain.. dapat lah hadiah... Sambutan kali ni sangat menggalakkan... Syabas kepada semua AJK MB yang berusaha mempromosikan tournament kali ni.. player melebihi target. Lepas tu, axa dan Jebat (President) di interview oleh wartawan Sinar tentang Malaysian Bowlers.. Tak sure la keluar bila.. promote MB sikit. heheheh.

Partner Axa kali ni.. Hafiz dari Telekom Malaysia

Ambik hadiah dr President Jebat

Sessi Interview dengan Wartawan Sinar

Lepas tu.. beberapa orang ahli MB telah bergerak ke rumah Wak Nin (ahli MB) yang buat kenduri sempena pertunangan anak perempuannya. Ramai juga yang pergi.. Geng MB semuanya konvoi ke Seksyen 18, Shah Alam tu. Kendurinya dah macam kenduri orang kawin.. by the way.. thanks Wak Nin yang sudi jemput kami.. semoga tak serik jemput kami lagi yer.. Memang penat weekend lepas.. tapi dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.


No comments: