Monday, April 21, 2008

Ku temui semula Bluehikari


Salam petang Isnin... gambar di atas.. axa ambil dari laman web Bluehikari. Mengapa Bluehikari jadi pilihan axa?? Kerana bertahun axa terlupa wujudnya laman web ini. Dan petang ini.. axa bertemu laman web ini kembali. Axa bergerak dr satu blog ke satu blog.. dan tiba2 mata terpandang pada satu link "BLUEHIKARI".. Macam pernah ku dengar nama itu.. Ya.. lebih kurang 7 tahun lalu.. axa meminati tulisan Bluehikari. Axa tak pernah kenal siapa dia.. tapi cerita dia axa ikuti. Dari Banting ke Fukushima.. catatan hidup Rudy Bluehikari. Wajahnya pun axa tak pernah tengok.. Tahun 2001 kalau tak silap.. axa sanggup print jurnal Bluehikari ini dan masih kekal dalam simpanan axa. Axa suka tulisannya... corat-coret hidupnya di perantauan... kegembiraan.. kesedihan mahu pun kesakitan.. seolah axa berada sama dengannya. Hari ini.. axa bertemu kembali Bluehikari.. masih sebagai peminat yang akan dan terus membaca setiap coretan.. dan Bluehikari la sebenarnya... yang menyebabkan axa ingin ada blog sendiri seperti dia.. ada coretan sendiri... ada tulisan hati sendiri.. dan di sini, axa bebas meluahkan segalanya.

5 comments:

Anonymous said...

boss saya tu kak... smlm muka dia kuar paper Berita Minggu pasal 'Penangan Blog'... td usik dia nak mintak otograp... sengeh je...hehehe...

rudy bluehikari said...

sdr axa, alifnya terima kasih. terharu pun ada. mcm2 rasa. kalau ada gambar boleh send printed version of bluehikari.

entri axa ttg perngorbanan utk mak dan ayah tu masa g spital sgt terkesan kat saya. smntr mereka ada lagi di dunia ni, utamakanlah mereka dlm apa jua hal skalipun.proud to have fren like u.

* oh kawan kenalan tim ke. habislah lepas ni semua staff saya ada blog pulak. hahahaha.

shahril aley said...

wah mcm best & wajib je baca pengalaman die. besok sy pi jenguk blog die. thanx kak axa.....
lama tak jengguk kat sini

Unknown said...

terima kasih en rudy yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni. InsyaAllah akan saya ambik gambar printed version tuh. Kena cari dalam kotak sebab baru pundah office.. banyak yang dlm kotak lagi.

Tim.. tak sangka ye.. kecik dunia ni.. heheheh.. leh le bawak jumpa en rudy ni.

Shahril.. akak memang dah lama baca tentang bluehikari.. cuma lost dah beberapa tahun. Suka baca catatan hidup dia terutama kat Jepun.. balik berubat kat Malaysia..dan teruskan balik pengajian.. sangat gigih.

Anonymous said...

kena nyuruks la lepas nie...kekeke...