Salam petang khamis... menyelit seketika.. rest kan otak ni kejap. Kerja tak putus-putus + outstation weekend ni.. persiapan utk pre-big day adik pun kena buat juga.. bila nak hujung bulan ni banyak betul nak kena buat. Rasa penat pun ada... tapi ..itu la life kan.
Pagi tadi.. on the way gi ofis.. while ayah aszra tengah drive.. axa yang cuba memejamkan mata.. terjaga tatkala lagu Kenangan Terindah berkumandang di Era. One of my favourite song la.. then.. terlintas di kepala axa.. lagu tu sebenarnya lagu yang baik.. liriknya sebenarnya membawa makna yang mendalam walaupun ianya mudah difahami secara terus bila kita membacanya.
"Bila yang tertulis untuk ku adalah yang terbaik untuk mu.. kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku..namun takkan mudah bagi ku meninggalkan jejak hidup mu.. yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah"
Secara direct.. mcm lagu putus cinta.. tapi apa kata kita lihat dari sudut kehidupan. Dan axa sendiri cuba memandang lagu ini dari perspektif life axa sendiri. Apa yang axa pernah lalui.. sepanjang hidup axa yang hampir 30 tahun... tidak semuanya yang manis. Segala pahit dan payah, sedih dan getir.. rencah kehidupan axa... kecewa dalam percintaan, pengkhianatan.. kehilangan orang yang tersayang... semuanya pernah axa lalui, dan hari ni axa rasa bersyukur.. kerana axa mampu melihat semua kenangan yang memedihkan itu sebagai kenangan yang terindah dalam life axa. Mengapa?? kerana bagi axa.. tanpa kenangan dan pengalaman sebegitu..axa mungkin tidak mampu berdiri dengan yakin utk menjalani kehidupan. Setiap apa yang berlaku itu sebenarnya akan lebih mematangkan diri kita... terutama apabila kita mampu menilai dan mampu merubah diri kita lebih baik dari sebelumnya. Tinggalkan segala yang pahit dibelakang sebagai kenangan terindah.. berani untuk berubah, hapuskan segala rasa benci dan amarah, memaafkan adalah ubat yang baik dalam mendidik kesabaran, baru lah hidup kita di akan datang akan lebih bermakna dan bahagia.. Setiap yang berlaku adalah ketentuan tuhan.. jodoh pertemuan, ajal maut.. kerja Allah yang Maha Esa. Dan Axa hari ni berasa sangat gembira! Syukur Ya Allah...
4 comments:
heyyyyy as!
akulah, anne. pemain boling terhandal malaysianbowlers suatu ketika dulu. kahkahkahkah..
da kawin anak satu dah ko ye.. lama tak dengar cite. aku banyak dengar cite fazlan je la.. :D
nanti sembang lagi.. take care!
Salam kenal2 buat axa,
Mohon tunjuk ajar tuk boston cheese kek..hikhik...
bicara tentang hidup...saya tumpang gembira jugak untuk axa yang berasa sangat gembira...harap kegembiraan akan berpanjangan bagi kita semua...Amin.
I love this song.... suka sangat
bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w berikan...itu yang sebaiknya...
Post a Comment