Thursday, August 24, 2006

Untuk Wanita yang menghidap Kanser Payudara - Bahagian 1

Salam di pagi Khamis. Seperti biasa, setiap hari khamis, axa akan dtg dari rumah mak. Pagi ni aszra macam nak ikut je axa dan ayah aszra gi kerja. Semakin bijak anak ibu.

Posting hari ni, axa akan memulakan bahagian pertama tentang kanser payudara yang banyak menyerang wanita seluruh dunia. Mengapa axa inginbercerita tentang penyakit ini? Cousin paling rapat axa baru sahaja disahkan menghidap kanser payudara. Dalam usia 28 tahun, dia akan menjalani pembedahan membuang sebelah dari payudara nya. Cukup menyedihkan kami sekeluarga. Mudah-mudahan Noi (Norashikin Ibrahim) tabah menghadapi dugaan Allah. InsyaAllah.

Apakah Kanser Payudara?

Kanser payudara ialah pertumbuhan sel atau kumpulan sel yang tidak normal(ketumbuhan atau tumor) pada payudara. Sel ini amat berbeza daripada sel biasa yang sihat.Sel sihat membahagi dan bertambah dengan cara yangteratur. Tubuh kita bergantung pada aktiviti yang teratur ini untuk membaiki kerosakan akibat kecederaan, dan
menggantikan tisu lama.Kadangkala proses ini terganggu. Sel mulai tumbuh secara tidak terkawal dan menghasilkan tisu tambahan yang disebut tumor. Tumor ini boleh bersifat benigna (bukan kanser) atau malignan (kanser). Ada banyak teori yang menjelaskan bagaimana dan mengapa ini berlaku. Dalam sesetengah jenis kanser,
sebabnya jelas. Misalnya, merokok merosakkan paru-paru,dan ini menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, sebabnya tidak diketahui.

Faktor Risiko Kanser Payudara

Kita sememangnya mengetahui beberapa faktor risiko untuk menghidap kanser payudara.
Antaranya ialah:
􀁹 Sejarah kanser payudara individu
􀁹 Sejarah kanser payudara dalam keluarga, terutamanya keluarga terdekat (ibu, kakak, atau anak), jika kanser terjadi sebelum putus haid (menopaus), atau terjadi
dalam kedua-dua belah payudara pada mana-mana ahli keluarga tersebut.
􀁹 Mula datang haid pada usia muda (juga disebut menark awal)
􀁹 Mengalami putus haid pada usia yang lanjut.
􀁹 Tidak mempunyai anak (nulipariti)
􀁹 Mula hamil selepas berumur 30 tahun.

Jika anda terlalu berat (keobesan)dan banyak meminum minuman keras, anda juga menambahkan risiko penyakit kanser payudara. Oleh sebab hanya satu dalam empat
wanita yang mengalami kanser payudara menghadapi faktor risiko ini, pengesanan awal melalui mamografi, menjalani pemeriksaan payudara secara klinikal, dan membuat
pemeriksaan payudara secara sendiri adalah penting bagi semua wanita.

Satu faktor penting yang mendasari semua faktor risiko ini ialah hormon wanita iaitu estrogen. Estrogen memainkan peranan utama dalam kitaran haid dan kehamilan wanita.
Ada lebih banyak maklumat lagi tentang estrogen di bahagian lain dalam buku ini.

Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Rawatan Segera

Kita tahu bahawa kanser payudara bukanlah sesuatu yang dijangkiti secara kebetulan, seperti campak. Kanser payudara mengambil masa untuk berkembang, mulanya
daripada satu sel kecil yang tidak normal. Kadangkala perkembangan ini mengambil masa yang lama. Kadangkala jenis kansernya sangat ‘ganas’ dan ketumbuhan (tumor) ini
membesar dengan cepat.Bahaya tumor malignan ialah sel-sel malignannya boleh
terpisah daripada tumor ini. Sel-sel ini kemudian beredar
melalui edaran darah ke bahagian tubuh yang lain. Sel kanser payudara boleh merebak ke nodus limfa di ketiak(nodus aksilari) atau ke salur darah yang membawanya ke
paru-paru, hati, tulang, atau bahagian tubuh yang lain. Merebaknya kanser ke tempat lain di dalam tubuh disebut metastasis. Apabila ini terjadi, penyakit ini menjadi amat sukar dirawat.

Kanser yang dikesan pada peringkat awal selalunya – tetapi bukan setiap kali – tidak menyakitkan. Pada peringkat awal,ketumbuhan ini terlalu kecil dan sukar dikesan dengan meraba payudara. Tetapi setelah besar, ketumbuhan ini
dikesan sebagai ketulan atau ketebalan pada payudara. Kanser payudara sering terdapat di bahagian atas luar payudara, tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian payudara. Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
􀁹 Ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian pada payudara.
􀁹 Lekukan atau kecutan kulit pada payudara.
􀁹 Puting yang tertolak ke dalam, yang biasanya tidak begitu.
􀁹 Lelehan dari puting keluar dengan sendirinya, dan meninggalkan tanda pada pakaian anda.
􀁹 Sebarang perubahan pada bentuk, tekstur (misalnya kulit menebal atau timbul), atau warna kulit.

Semua perubahan ini boleh anda lihat atau rasa jika anda memeriksa payudara anda setiap bulan (pemeriksaan payudara sendiri). Perubahan ini juga dapat dilihat atau
dikesan oleh pekerja profesional kesihatan semasa pemeriksaan payudara di klinik. Pemeriksaan payudara klinikal sebenarnya ialah pemeriksaan biasa di mana doktor
memeriksa payudara untuk mengesan ketulan atau ketebalan, atau tanda luar biasa yang lain, dan memicit puting dada perlahan-lahan untuk memastikan sama ada
keluar lelehan atau tidak. Periksa payudara anda setiap bulan. Beritahu doktor atau
jururawat anda jika terdapat sebarang perubahan. Sungguhpun pemeriksaan payudara amat penting dilakukan, namun tumor payudara tetap dapat tumbuh tanpa
menunjukkan sebarang tanda. Sebab itulah mamogram amat penting sekali.

Mengesan Kanser Payudara yang Tersembunyi: Mamogram

Mamogram ialah filem X-ray payudara. Penjelasan tentang tatacara mamografi diberikan pada halaman 18. Salah satu perkara terbaik yang patut dilakukan oleh wanita berusia 50 tahun ke atas untuk menghindari kanser payudara adalah dengan menjalani mamogram mengikut jadual yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Mamogram biasanya tidak bermanfaat bagi wanita berumur 40 tahun ke bawah. Tisu payudara pada wanita semuda itu 12 Untuk Wanita yang Menghidap Kanser Payudara adalah terlalu padat dan tidak akan menghasilkan gambaran X-ray yang memuaskan. Tisu mereka juga lebih sensitif terhadap sinaran – malah terhadap dos rendah yang selamat, yang biasa digunakan dalam mamograf hari ini. Mamogram membolehkan kita melihat tumor yang sedang berkembang, lebih awal sebelum ia dapat dikesan oleh anda atau profesional kesihatan yang mahir. Mamogram dapat mengesan kanser payudara awal-awal lagi.
Apabila doktor melihat mamogram, mereka membandingkan filem-filem X-ray ini dan mencari perbezaan antara imej imej yang ada. Kadangkala X-ray ini akan menunjukkan
ketulan halus kalsium dalam payudara yang disebut mikrokalsifikasi. Kebanyakan mikrokalsifikasi ini tidak berbahaya, tetapi adakalanya ia menandakan kanser atau
keadaan sebelum terjadinya kanser. Jika kelompok baru kalsium muncul, doktor mungkin akan melakukan biopsi. Satu lagi tanda kanser payudara pada mamogram ialah
adanya bayang-bayang. Jika ini muncul, pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan.

Ingatlah:
Kanser payudara boleh disembuhkan, terutamanya jika ia dikesan awal.

Sumber:
Untuk Wanita yang menghidap Kanser Payudara (terjemahan drpd For Women Facing Breast Cancer yg diterbitkan oleh American Cancer Society Inc.
Tajaan: ExxonMobil

2 comments:

Imran said...

Sorry to hear about your cousin. This is never a pleasant topic, but educating ourselves is very important.

Hopefully, when the doctors check the nodes post-op, she will be given the all clear Insya'Allah.

Anyway, bagus la you decided to write on this topic. Education and awareness is key.

Take care.

Anonymous said...

Waa... rajin ko memblog...

Kalau nak cuba berubat cara tradisional (cara tembak) boleh la mencuba di Kg. Sg. Kalung, Senggarang Johor. Datang waktu siang sebelum asar.

Cari rumah Tok Chik berdekatan Balai raya, Surau/masjid & kedai runcit. Sorry alamat detail tak dpt disertakan.

InsyaAllah berkesan.
drp: cucu sedara Tok Chik