A'kum,
Hari ni axa agak keletihan. Cuti dua hari dipenuhi dengan aktiviti outdoor. Hari sabtu ke KLCC membawa Aszra berjalan2 dan hari ahad, boling boling dan boling. Alhamdulillah ada placing.
Apa yang axa nak kongsi disini adalah satu pengalaman yang aman berguna buat axa terutama dalam menjadi seorang ibu dan dalam membina sebuah keluarga. Dipendekkan cerita, mlm tadi axa mendapat tahu cousin axa yang berumur 17 tahun ditangkap polis atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen, tiada insuran motor dan tidak memakai topi keledar. Masa tuh dia ke stesyen minyak yg tak sampai 1km pun dr taman perumahan kami.Dah nasib tak baik, ada polis yg nampak dan akhirnya hingga terpaksa ke balai. Axa, adik dan mak menjenguk keluarga cousin axa memandangkan makcik axa yg sudah berusia tiba jatuh sakit setelah menerima berita anaknya ditangkap polis. Masa axa sampai, cousin axa ni dah dibawa balik kerumah. Ayahnya yang ambik. Sib baik tak tido lokap. Yer la, kesalahan tuh bukan la kesalahan besar sangat. Kita-kita ni pun pernah bawak kereta/motor tanpa lesen. Cuma nasib dia tak baik. Dia akan dibicarakan dimahkamah dan akan dikenakan denda. Tu je.Macam kita kena saman la.
Apa yg menyedihkan axa, keluarga cousin axa ni bersikap pasif. Dua org kakaknya yang juga cousin axa tak sudah2 menengking si adik. Bercakap bukan2, kata kepala batu la, sampai mcm dah tak mengaku adik beradik pulak. Si adik yg bersalah ni tunduk je, dengar bebelan akak2 yang mulut celupar tuh. Si ayah pun dari awal membisu seribu bahasa dan yang si emak pulak, asyik mengurut dada. Akhirnya adik axa bersuara, minta yang si kakak ni berhenti dari ckp yg bukan-bukan.
Actually bukan axa dan adik nak masuk campur, tapi bagi kami cara begitu tak betul. Yang si adik ni dah tentu sedang takut dan tertekan dengan keadaan dirinya, sepatutnya keluarga membantu untuk memulihkan semangat disamping bagi nasihat. Ni tak..asyik mengutuk je. Dan yang paling menyedihkan, si ayah tiba2 bertindak nak membunuh diri dan nak bunuh anak yang buat salah ni, sebab konon-kononnya dah malu dengan perangai anaknya tuh. MasyaAllah.. bila akal dikuasai oleh hati, ini la jadinya. Ayah axa pun terbabit sama nak tenangkan keadaan.
Apa yang axa tengok kat sini sebenarnya, peranan setiap ahli keluarga dalam membina sebuah keluarga. Cara didikan tuh penting sangat untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Memang setiap orang akan buat silap, tapi kenalah tahu cara nak menghadapi setiap masalah. Axa tak hairan bila terbaca di akhbar kes-kes bunuh sesama ahli keluarga sebab ianya kini berlaku depan mata axa. Mengapa mereka-mereka ini sanggup berbunuhan. Semua ni hanya kerana ikatan kekeluargaan yang tak kukuh dan hidup dalam suasana yang tertekan. Memang tepat kata-kata rumahku syurgaku andai di dalam sesebuah keluarga wujud sikap saling hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. Jika semua unsur ini tiada, maka rumah atau keluarga tempat bergantung harap dan menjadi tempat berteduh tidak mustahil menjadi seakan neraka dunia. Maka timbullah segala macam masalah keruntuhan akhlak akibat daripada tiada ketenangan di dalam rumah sendiri.
Apa yang terjadi, axa jadikan pengajaran. Axa bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang begitu mementingkan ikatan dan kasih sayang. Tidak pernah sekali mak dan ayah melontarkan kata-kata kesat pada axa dan adik dan alhamdulillah didikan mak dan ayah kekal dalam diri axa. Dan menjadi harapan axa, agar axa dan ayah aszra mampu menjadi ibu bapa yang baik untuk keluarga kami. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment