Monday, August 28, 2006

Kami yang bertuah - Maju Junction Merdeka Challenge


a'kum...
Salam dipagi isnin yang indah. Penat sungguh rasa pagi ni. Hujung minggu axa terisi dengan pelbagai aktiviti. Pagi ni pula bertolak dari seremban. Agak jem pagi ni, yer lah budak2 dah masuk sekolah semula.

Ok, axa nak cerita tentang pengalaman axa, ayah aszra dan kawan aszra memasuki pertandingan Merdeka Challenge anjuran pusat membeli belah Maju Junction. Pada mulanya kami ingat pertandingan ni sekadar walk a hunt (treasure hunt). Kami memang minat treasure hunt pun. Then rupa2nya pertandingan ni termasuk physical and mental challenge. Pertandingan bermula lebih kurang 8.45 pagi di lobby maju junction. Memula, taklimat dan pemberian kertas soalan. Pusingan pertama ialah Walk a Hunt. Kami perlu menyelesaikan soalan2 berdasarkan peta yang diberi. Kawasan liputan sekitar jalan tuanku abdul rahman, jln ampang dan berakhir di Maju Junction.Penat jugak la. 11.45 pg dah kena submit semua jawapan. Soalannya nak kata susah, tak lah sangat, tapi ketajaman mata mencari jawapan yang sesuai tuh yang kena betul-betul.

Pusingan kedua ialah Physical Challenge. Ni pun best. Permainan pertama, Strata Ball. Kami perlu masukkan 3 bola getah yang besar ke dalam jaringnya. Ala2 bola jaring. Tapi memang susah sebab jaringnya tuh betul2 sama saiz. Banyak kumpulan yang gagal. Alhamdulillah kami berjaya. Pusingan ke dua, captain balance. Kawan axa terpaksa berdiri di atas pelantar yang bergegar sambil pegang kon. Axa dan ayah aszra perlu memasukkan 10 biji bola dlm masa 30 saat ke dalam kon tersebut dlm jarak 30 meter. Dan sekali lagi kami berjaya. Cabaran ke tiga, Vellcro Olympic. Kali ni ayah aszra berseorang perlu berlari melalui perlbagai halangan di dalam belon plastik yang besar dalam masa 30 saat. Sian ayah aszra, penat dia, tapi dia dapat buat.

Pusingan ketiga pulak, ada dua cabaran. Cabaran pertama, axa lakukan bersendirian. Axa dikehendaki memasukkan tangan ke dalam akuarium berisi lebih dari 20 ekor tikus putih, untuk mencari batu2 permata yang berada di dlmnya dalam masa 30 saat. Memula geli juga, tapi alhamdulillah axa buat dlm masa 20 saat jer. Dan cabaran kedua yang paling menakutkan dan menjijikkan ialah, ayah aszra dibaringkan kedalam sangkar kaca yang berisi 5 ekor ular sawa dengan tangan kanan dan kaki kiri bermangga. Manakala kawan axa pula perlu memindahkan ulat dari dlm bekas ke atas penimbang menggunakan mulut. Apabila telah mencapai berat yang diperlukan, baru lah ayah aszra diberi kunci untuk melepas kan diri dari sangkar ular tu. Semua tu kena buat dlm masa 60 saat. Diaorg pun berjaya lakukan aksi tuh. Caya la....

Penat juga bila semua selesai. Masa sampaikan hadiah, kami memang tahu takkan menang sebab soalan treasure hunt tuh ada yang tak berjawab, sedangkan kami tengok ramai regular hunters. Tapi yang paling best part cabutan bertuah. Cabutan bertuah ni ada satu je hadiah iaitu, 3 buah digital camera cannon power shot. Dan yang best sangat2. KAMI YANG DAPAT!. Tiba2 je no kumpulan kami no. 89 dipanggil. Alhamdulillah, kami bertiga bawak pulang digital kamera satu sorang. Itu lah yang dipanggil rezeki. Walaupun kami tak menang hadiah pertandingan, tapi kami memang rasa cukup happy sangat. Sebab kami lah insan-insan yang bertuah!

1 comment:

Anonymous said...

kome kamera byk2 buat pe...past le kat aku satu..tp tahniah leee