Wednesday, August 30, 2006

Merdeka - Meniti Usia



A'kum..
Salam di hari rabu. Hari ni agak lambat axa menulis. Seawal pukul 10, ada sambutan hari kemerdekaan di ofis ni. Tetamu jemputan Datuk A. Samad Said. Rasa bertuah sungguh hari ni sebab dapat bertemu dan mendengar beliau mendeklamasi pusi secara live! Dan yang penting, axa mendapat hadiah istimewa darinya.

Esok, 31 Ogos, ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 49, axa pula akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 28. Pagi ini, axa menonton dokumentari tentang perjalanan negara sejak merdeka hingga ke hari ini. Berbagai perubahan yang dapat kita lihat di Malaysia hari ini. Alhamdulillah, semakin hari Malaysia semakin maju dan kita sebagai rakyat megah berdiri di tanah berdaulat ini. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Axa memandang diri axa kembali. Melihat perubahan Malaysia, axa terfikir untuk mengimbas kembali perjalanan hidup axa. 28 tahun yang lalu, masa tuh 27 ramadhan, tiga hari sebelum aidil fitri. Pukul 2.45 petang axa dilahirkan. Sebagai anak sulung dan zuriat yang menjadi penantian mak dan ayah selepas 4 tahun berkahwin. Tidak dinafikan axa dibesarkan penuh dengan kasih sayang. Segala-galanya cukup. Mak ayah mamsatikan semua keperluan axa terjamin. Dari segi pendidikan, walaupun mak dan ayah bukan golongan berpelajaran tinggi, tapi mereka ada cara sendiri mendidik axa, hingga axa mampu berdiri seperti hari ini. Sejak tadika axa mula aktif. Masuk darjah satu terus jadi ketua darjah. Hinggalah ke tingkatan 5, bergelar ketua pengawas. Dari darjah satu dengan pencapai no 1 setiap tahun, agak menurun ketika meningkat remaja dan kembali mencapai status pelajar terbaik menjelang SPM 1995. Di universiti, axa masih aktif sebagai pemantun universiti hingga ke menjadi naib johan peringkat kebangsaan. Dan ketika bekerja, pencapaian tertinggi Anugerah Remaja Malaysia yang dianugerahkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada tahun 2003.

Bila diimbas kembali semua itu, axa bersyukur kehidupan axa agak bertuah. Semakin hari axa cuba memajukan diri. Serentak perkembangan kemajuan negara selepas merdeka. Kalau hari ini, Malaysia bangga dengan KLCC, Putrajaya dan pelbagai pembangunan lain, axa pula selepas 28 tahun axa bangga mempunyai mak, ayah, adik, suami dan seorang anak serta kerjaya yang stabil. Jika kerajaan hari ini seterusnya merangka pembangunan negara untuk tahun-tahun berikutnya tanpa henti, axa pula akan tanpa jemu berusaha memperbaiki kehidupan sekeluarga selagi nyawa dikandung badan.

Terima kasih mak-Sharifah yang melahirkan axa, terima kasih ayah-Abu Bakar yang bergadai titik peluh membesarkan axa dan terima kasih adik-Arita yang selama ini memberi senyuman dan sebagai teman sepanjang kehidupan axa. Buat ayah aszra-Asrof, terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bagi untuk axa dan buat aszra, terima kasih kerana membahagiakan ibu walau baru 3 bulan kita bersama. Juga buat sahabat2 baik yang selama ini memberi keceriaan dalam hidup axa, berkongsi pahit manis, suka duka - Arafat, Illa, Ida dan semua yang memberi senyuman dalam perjalanan seorang Asnida Abu Bakar.

No comments: