Tuesday, August 22, 2006

Catatan Perjalanan ke Mersing Johor..



A'kum..
Salam dipagi Selasa. Bangun pagi ni, badan masih terasa sakit. Kepenatan hujung minggu masih bersisa. Semalam axa tidak ke office, tak larat rasanya.

Jumaat lepas, axa sekeluarga(ayah aszra + aszra) dan adik, bersama dengan kawan2 boling bertolak ke mersing, sebagai satu agenda tahunana kelab boling kami. Tujuh kereta bergerak serentak membelah malam. Sampai di mersing lebih kurang pukul 3.30 pagi. Masing-masing kepenatan. Alhamdulillah semua dapat tidur dengan selesa.

Pagi seawal pukul 8 pahi (kira lewat la tuh) yang anak2 dara dah mula ke dapur, utk siapkan sarapan pagi. Pagi ni ada roti berinti sardin, mentega kacang dan juga kaya.Axa pulak sibuk memerap ayam dan daging utk barbeku malam nanti. Lepas sarapan, aktiviti riadah. Mula2 main bola tampar, lepas tuh main baling selipar. Lama sungguh axa tak main baling selipar. Teringat zaman kanak2, kalau baling selipar tuh memang tak ingat...sib baik selipar lembut, kalau selupar tat sing mesti lebam2 badan. Pagi tu plak..aszra berkelakuan baik. Dia tidur dlm buaian..penat kot semalaman duk dlm ker
eta. So axa pun leh la main ngan kawan-kawan.
Tengah hari, kami hanya masak nasi dan telur dadar, lauk di beli di pekan mersing. Sambil tuh axa ke pasar membeli sotong,udang dan kupang untuk jadi hidangan mlm nanti.

Petang, hujan turun lebat. So aktiviti bermain UNO pula berlangsung. Seronok main ramai2. Yang kalah didenda makan roti berintikan macam2.Ala2 fear factor lak. Dalam kul 4, kami semua bertolak ke pantai Air Papan. Pantai yang cantik dan bersih. Sampai2 semua berlari ke laut kecuali axa yang terpaksa bersabar memandang kemeriahan kawan2 bermandi manda. Aszra masih kecik so, kena duduk tepi pantai je la jaga dia.. Dia pun ala2 mat saleh lak, boleh tidur tepi pantai..yer la angin sepoi2 bahasa. Pastu ada sessi main bola sepak pantai dan juga bola tampar. Axa dan aszra sempat juga didendangkan oleh seorang kawan dengan lagu2 dan petikan gitarnya. Sib baik aszra suka muzik.

Sebelah malam, masing2 sibuk dengan agenda barbeku. Yang lelaki sibuk membakar dan yang perempuan, sibuk dengan persiapan nasi goreng dan air limau. Banyak betul makanan, sampai tak terhabis. Lepas barbeku..ada sessi karaoke. Ada alleycat, siti nurhaliza, sudirman, salem.. dan banyak lagi. Sambil tuh ada yg main UNO dan ada jugak yang dah terbongkang tidur.Masing2 masuk tidur dlm kul 1 lebih. Dan yang paling best, masa axa dan adik bangun utk buat susu aszra tengah2 malam, kami terdengar bunyi yang langsung tak menyeram kan.. he..he.. mcm berlumba2 pulak tuh bunyi tuh. Dan bunyi yang paling kuat berlarutan hingga ke pagi.. Bunyi apa lagi...org berdengkur la... he..he..he.

Pagi, axa panas kan nasi goreng dan modified sikit letak kicap. Pastu buat telur hancur. Dlm kul 10 axa, ayah aszra dan aszra ke rumah pakcik ayah aszra yang tak jauh dari situ, Seronok nya aszra jumpa sedara. Balik rumah, makan tengah hari dah tersedia. Lepas makan tengah hari, kami bersiap2 berkemas utk balik. Dalam kul 1 kami bertolak. Destinasi seterusnya Pusat boling mersing. Tempat ni baru bukak , tapi agak konservatif sikit dibandingkan pusat boling di KL. Tapi ok la.. at least ada. Cuma ventilation ia tak berapa bagus. Panas dan bahang terasa di boling alley. Ada yang main sampai menitik peluh. Tak kurang juga yang main cam ala2 homegound sendiri. Cecah 199 tuh.

Lepas boling bertolak ke Air Hitam, saja je..nak jenguk2. Saper2 yang nak beli...beli la.. axa tak ada apa yang nak dibeli. Tapi thanks to seorang kawan yang belikan aszra Spongebob yang comel. He..he.he. Pastu semua pakat kumpul di Hentian Pagoh. Kat hentian pagoh, masing-masing mengisi perut yang lapar. Lepas tuh semua bersalam-salaman, coz lepas tu masing2 akan membawa arah tuju masing. Dlm perjalnan balik, jam sikit kat area senawang. Axa sekeluarga singgah di seremban coz hantar buah2an utk keluarga mertua. Pastu balik ke cheras, coz hantar kawan yang naik satu kereta dengan kami. Then baru la bertolak balik ke Klang. Sampai kul 1 pagi. Sian aszra dan penat. Ibu, ayah dan mama cu dia pun penat jugak... Perjalanan yang memenatkan tapi penuh dengan pengalaman yang menarik dan membahagiakan.

1 comment:

Anonymous said...

humang aii... mmg best ler dpt mandi laut..
sampai itam dah muka nie...
kekekeke...