Wednesday, June 02, 2010

On her 4th Birthday

Salam petang Rabu... kejap je dah hari rabu yer,, kejap betul masa berlalu. Dah masuk bulan 6 dah...dah separuh tahun 2010 kita lalui.. begitu juga dengan Aszra dan Asyif.. Aszra dah cecah 4 tahun...si Asyif pulak hari ni genap la 4 bulan... Alhamdulillah anak2 saya sihat sejahtera.


28 May lepas...birthday Aszra yg ke 4 tahun. Kebetulan hari cuti Wesak day. So..apa lagi, saya dan suami pun bercadang la nak berjalan2 bawak anak2 kesayangan. Akhirnya destinasi yg di pilih ialah Petrosains, KLCC. Ok la sempena birthday Aszra, boleh la dia belajar something kat sana. Saya ajak mak, ayah, adik dan cik Jad... sib baik semua pun setuju nak ikut. Saya booking tiket pukul 3 petang.. Fee masuk pun tak la mahal sangat..dewasa rm 12, warga emas rm 6 dan kanak2 bawah 5 tahun percuma.






Pengembaraan dalam Petrosains ambil masa 2-3 jam. Mula2 naik gondola...cantik montaj2 yg dipersembahkan.. Lepas tu kami kena jalan sambil tengok macam2 perihal kehidupan. Banyak la jugak yg dipelajari. Pastu ada jugak kami naik simulasi helikopter yang bawa kami ke pelantar minyak. Ooo...baru la kami tahu mcm mana kehidupan dan pekerjaan di pelantar minyak...heheh...

Sebelah malam...kami sekeluarga bawak Aszra makan di restoran Afnan.. sambil potong kek birthday sekali. Tahun ni mcm tak plan nak buat birthday party coz.. we are planning kenduri aqiqah utk asyif hujung June.. so, malas nak buat dua kali makan2.. tapi lepas makan, potong kek...then on the way balik rumah, suddenly aszra tanya.."ibu.. ibu lupa nak ajak Kak Mai, Oya masa birthday Aja tadi yer Ibu??"... errrkk..... Tiba2 saya rasa kelu. Rasa kesian sangat kat Aszra coz her birthday tak seperti yg dia expect. Sure dia ingat ada kawan2 yang akan raikan dia.. Finally on that nite juga, kami terus rancang buat small gathering dengan family for Aszra's birthday.

So.. Ahad, 30 May.. pukul 3 petang.. family kami berkumpul. Tak ajak ramai pun... semua cousin2 dan jiran rapat dan dekat je. Kumpul dalam 30-40 orang. At least meriah la masa potong kek... Saya sempat tempah kek ais krim strawberry..sempena minat aszra kat character strawberry shortcake. Alhamdulillah... the gathering berjalan dengan baik... simple tapi puas hati. Really hope aszra happy especially bila dapat jumpa dan main2 dengan cousin2 dan kawan2 dia....









p/s:more gambar saya upload di FB je...

No comments: