Salam pagi Khamis... sekarang ni sangat payah nak update blog. Banyak nak dikongsi tapi masa amat la terhad. So ..ada masa sikit ni boleh la update..tengah hari ni saya kena gi Putrajaya, ada review content...huhuhuh..kerja kerja kerja, sampai bila pun tak habis.
Bercerita pasal kenduri...sekarang ni dah start cuti sekolah, sebab tu la banyak kenduri. Tak kira lah kenduri kawin ke, doa selamat ke... masa ni lah ramai ambik peluang. Sabtu lepas, sebelah malam, saya dan keluarga ke Banting, ada kenduri kawin...Actually majlis besarnya hari Ahad tapi sebab kami tak boleh dtg siang Ahad..maka kami jenguk la sebelah malam. Ramai jugak org datang sebelah malam. Ni kenduri jiran sebelah cousin saya. Jiran pun nak kena pegi ke?? Ohh...ni jiran yang baik dgn kami sekeluarga. Kenal masa saya masih sekolah la...dah 20 tahun jugak la. Walaupun makteh dan pakteh saya dah tak ada, tapi mereka ni masih ingat pada kami.. tetap datang menjemput sendiri.
Ahad pulak, keluarga kecil saya dan mak ngan ayah.. ke Melaka. Kali ni adik tak ikut sebab adik saya dah mula kelas dia..oh ya..dia further study di OUM. Good luck adik! So.. kami bertolak 2 kereta ke Melaka, dengan keluarga Anjang sekali. Dalam kul 12 lebih dah sampai di Grand Ballroom MITC Melaka. Wedding ni pulak majlis perkahwinan dua pupu saya la kiranya sebab mak saya dan mak pengantin sepupu. Jadinya ramai la kaum kerabat saudara mara yang kami jumpa kat sana.. seronok sekali sekala jumpa sedara mara ni kan.. Balik dari Melaka, plan asal saya dan en asrof akan ke tournament MB di Sri Petaling. Tapi lain lak citer nya.. masa nak exit ke USJ, tiba2 lak kereta break down. Terpaksa la Plus Ronda tarik sampai masuk Tol. Kat situ, check punya check...timing belt putus daaaaaa... punyer la frust. Ni kali kedua berlaku. Kali pertama nov 2008. Masa tu kena RM 2k.. Cuak betul la.. saya dah budget ni sure ribu riban lagi ni... masa tu saya call insurans utk hantar tow truck.. so towing dapat free la. Tow terus ke bengkel kawan Wayi kat Kerinchi.. Wayi dan Hajar, direct datang kat USJ, tengok kan kereta. Thanks a lot... Pastu adik dan Cik Jad la datang ambik kami di Kerinchi.. Alhamdulillah, semalam (Rabu) dah dapat kereta balik dah.. dan bersyukur sangat2, kali ni kena RM 900 je.. hehehe.
So.. untuk sepanjang Jun ni saya akan sibuk pergi kenduri. Sabtu (12 Jun), kenduri kawin sepupu Asrof, si Izzi...Ahad (13 Jun), kenduri aqiqah Rizqah, puteri Maleq dan Shahnaz..sib baik dua2 di Seremban. Rabu 16 Jun, kami akan bertolak ke Mersing utk balik bercuti..horayyyyyyyyy.... Khamis tu, akan bergerak ke Pulau Tioman..Yahoo.... so, selamat bercuti semua!
Best friend forever..kenkadang gaduh jugak budak duaorg ni...Oh ya, mereka ialah adik beradik sesusuan.. Saya pernah menyusukan Oya dan Mama Oya pun pernah susukan Aszra..
p/s: More pics ada di FB.
No comments:
Post a Comment