Friday, May 28, 2010

Buat Aszra ku Sayang di hari lahir yang ke 4

Salam buat anak ibu Aszra. Hari ini 28 Mei 2010, genap usia Aszra 4 tahun. Alhamdulillah...anak ibu membesar dengan baik, bijak, cerdik serta sempurna. 4 tahun yang lepas... Aszra ibu lahirkan tepat jam 2.51 pagi. Malam tu malam ke 2 ibu di hospital Pantai Cheras. Ibu tengah tido lena lepas diberi ubat tahan sakit tetapi tiba dikejutkan dengan air ketuban ibu pecah pada pukul 11.30 tgh malam. Maka bermula lah pertarungan ibu untuk mengeluarkan Aszra. Ayah pulak sentiasa ada dengan ibu...membacakan Al-Fatihah setiap kali contraction datang. Sakitnya Allah sahaja yang tahu...tapi dapat ibu tempuhi dengan baik. Ayah sangat membantu...segala sakit yang datang, seakan pergi bila tangan ayah menggegam tangan ibu... 3 jam selepas itu, lahirlah permata hati Ibu yang pertama...Aszra binti Asrof.


Tahun pertama membesarkan Aszra... masa ibu dan ayah amat terhad. Ibu dan ayah tinggal di Cheras ketika itu...berulang alik 2 hari sekali untuk berjumpa dengan anak ibu yang satu ini. Hingga hari ini ibu masih terasa ralat kerana tidak membesarkan Aszra sendiri...tidak dapat mengikuti perkembangan Aszra setiap hari....malah susu ibu pun Aszra tak menyusu dengan banyak. Maaf kan ibu... Kalau la boleh diundur kembali masa... ibu ingin membela Aszra bagai mana ibu menjaga adik Asyif sekarang. Setiap kali menyusu Asyif..Ibu rasa sedih sebab Aszra tak berpeluang berkepit dengan ibu lama macam adik... Alhamdulillah.. mungkin rezeki Aszra, ibu dan ayah membeli rumah di Setia Alam, dengan tujuan agar dapat membesarkan Aszra sepenuh masa.
Tahun ke dua... Aszra semakin bijak dan pandai. Aszra dah petah bercakap.. berjalan dan berlari apatah lagi. Anak ibu sangat suka dengan buku. Hampir tiap2 minggu kita akan ke kedai buku untuk beli books.. Lepas tu Aszra mesti suruh ibu dan ayah bacakan. Masa ni juga Aszra suka cartoon Barney...lagu Barney pun Aszra hafal... anak patung barney and friends pun ibu ayah belikan..


Tahun ke tiga... minat Aszra dah berbeza. Aszra mula menunjukkan minat sebagai kanak2 perempuan. Suka kepada warna merah jambu dan watak2 princess. Ibu dan ayah juga selalu belikan CD atau buku tentang princess2 ni.. Semua cerita Aszra tahu..Cinderella, Snow White, Aurora.. mcm2 la.. Baju, kasut, semua dah terikut2 tema princess ni. Ibu ayah tak kisah...yang penting Aszra happy. Aszra juga dah mintak pergi ke sekolah. Ayah dan ibu masukkan Aszra ke Tumble Tots... Bagus tempat tuh. Kat situ la Aszra belajar untuk bersosial dengan kawan2, meningkatkan confident level malah anak ibu mula berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah....aszra sangat cepat belajar. Hampir hujung tahun...Aszra minta untuk belajar mengaji pulak. Syukur sangat Aszra tunjuk minat...ibu ayah hantar Aszra ke Institut Iqra Bestari. Menjadi pelajar paling kecil membuat kan ibu ayah bangga dengan pencapaian Aszra.. sekarang ni Aszra dah pandai mengaji..dah nak habis buku 1 Qiraati. Awal tahun 2010 pula...ibu dan ayah masukkan Aszra ke Yamaha Music School.. sebab Aszra minat music. Aszra tak pernah ada masalah untuk ke kelas..tak kiralah kelas music ke...atau kelas mengaji.


Masuk tahun ke 4 ini... Aszra dah pun punya adik Asyif. Sepanjang ibu mengandung...Aszra tak pernah jemu nak bercakap dengan perut ibu..nyanyi2 kat perut ibu... Sebab tu la, sekarang ni adik Asyif sentiasa senyum kalau tengok kakak Aszra.. Dia kenal kakak dia yang selalu menyanyi untuk dia. Aszra juga tolong ibu buang pampers.. ambil pampers..ambil tuala.. Rajin sangat anak ibu. Tapi sekarang ni Aszra selalu juga kena marah dengan ibu...bukan ibu tak sayang..tapi kadang2 ibu takut bila Aszra lompat2 nanti terkena adik... Sekarang ni Aszra dah pandai mengira, membaca ABC, menulis nombor dan abjad... Alhamdulillah... Hujung June nanti Aszra akan tamat Gred 1 untuk music class Aszra. Ibu bangga dengan Aszra.... Aszra adalah kekuatan ibu. Sejak Aszra lahir.. ibu tahu ibu melahirkan anak yang sangat istimewa, yang bijak serba serbi..InsyaAllah...

Selamat Hari Lahir buat anak Ibu Aszra binti Asrof. Semoga Aszra membesar menjadi anak yang solehah... menjadi insan berguna, berbakti pada keluarga, agama dan bangsa... Biar harapan ibu ini tinggi melambung... ..kerana kata2 seorang ibu itu adalah DOA!

7 comments:

sato17 said...

happy buffday aszra.. >(^_^)< moga dapat jadi kakak yang baik..

sweetlavender86 said...

hepy besday gurl!jage ibu dan adik baik2 ye.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

heppi bestday aszra ;-)

ohbukan said...

happy belated besday, aszra....comey betul anak dara ni....

Shima said...

Happy Birthday Aszra, moga jadi anak yg solehah, berjaya dunia akhirat.

FYI, sama dgn tarikh birthday anak Shima si Khadija tp baru masuk 3 thn.

JeyJA said...

happy birthday cute girl..

Anonymous said...

kalau la boleh Aszra baca entry ni, mesti dia terharu ..Happy Birthday!!