Thursday, April 29, 2010

Family Trip @ Cameron Highland

Salam petang Khamis.. dah kat dua minggu blog ni tak berupdate. Saya agak busy dengan kerja2 di ofis.. Balik rumah pulak.. busy dengan kerja rumah + melayan karenah anak + ayah nya... pastu bila dah malam2 rasa nak cepat je tidur... Sib baik petang ni sempat nak bukak blog dan update.. sementara menunggu suami saya datang menjemput ni....


Just nak citer.. last week (24-25 April 2010).. saya dan keluarga ke Cameron Highland. Lama tak berjalan2 makan angin sekeluarga. Memang dah berhajat nak bawak mak dan ayah.. Plan asal nak pergi sekitar bulan june atau july.. tunggu si Asyif besar sikit.. tapi memandangkan adik saya bakal menyambung pengajiannya di OUM bermula minggu depan.. maka percutian ni diawalkan. Yer la..lepas ni dia kena commit kelas setiap hujung minggu...

Kami bergerak dari rumah seawal kul 7.30 pagi.. singgah kejap breakfast kat R&R Rawang. Pastu teruskan perjalanan... Alhamdulillah sampai sekitar pukul 12 tengah hari. Terus ke apartment tempat kami menyewa. Kali ni.. kami tinggal di Nadia Apartment.. milik makcik Fatimah, ibu kepada seorang sahabat saya. Saper2 nak sewa situ boleh la.. sangat lengkap la apartment ni..siap sediakan maggi, telur.. dan kalau kita guna tak ada sebarang bayaran pun. Astro pun ada.. bantal, selimut, selipar jepun.. punya la banyak... Ok..lepas Zuhur kami gerak ke Brinchang.. gi tengok pokok strawberry kat Raju strawberry farm.. pastu jalan2 minum tea kat Cameron Valley.. mcm2 perisa tea kami rasa.. sambil tu melawat2 jugak ladang teh kat situ. Belah malam.. gi pasar malam kat Brinchang.. beli2 la apa yang patut...





Cuaca kat Cameron kali ni tak berapa sejuk la.. malam tak payah selimut pun tak apa.. Sepanjang kat sana..saya tak pakai pun jacket/sweater. Pastu hari esoknya.. lepas breakfast.. kami gerak jalan2 lagi.. gi tengok bunga ros... pastu gi Kea Farm.. kat sini la duk beli mcm2 sayur.. buah strawberi.. jam jugak jalan kat situ.. Lepas tu dalam tengah hari kami pun bergerak turun dari tanah tinggi tu.. Dua hari satu malam je kat sana.. sekadar nak jalan2 je....Alhamdulillah.. kul 5 petang kami dah pun sampai kat rumah... Walaupun kali ni hanya shrt trip.. tapi seronok la.. first time bawak Asyif jalan jauh.. pastu bawak Aszra tengok pokok strawberi...


p/s: gambar semua kat FB...maleh nak upload banyak2 gambar

3 comments:

Nora said...

Lawa2 la gambar ko ni as, kamera apa ko pakai. DSLR ker?

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

wah bestnya trip ... thn lps byk kali ke CH .. smp dah serik .. kt sana mmg dah tak sejuk dah as .. x yah beriya berjacket ... he..he.. ;-)

Unknown said...

Teringat trip I ke sana 2 years ago.... memang best sebab tak sibuk sangat. kita seronok kat pasar malam & minum teh kat Boh tea plantation. Breathtaking view