Tuesday, April 06, 2010

Azam dan Semangat Baru

Salam petang Selasa. Alhamdulillah...hari ni hari kedua saya memulakan kerja selepas bercuti selama 60 hari. Saya memulakan kerja dengan penuh azam yang baru. Maklumla.. saya kini ibu beranak dua. So segala2 nya lain sekarang ni. Seawal pukul 6.15 pagi saya dan En Asrof dah keluar, menghantar buah hati kami dua2 tu ke rumah mak. Nampaknya memang ini lah yang akan menjadi rutin kami setiap hari. Hari pertama meninggalkan keduanya... rasa sayu jugak. Especially si Aszra tu.. dia suka bila saya cuti. Tapi Alhamdulillah... Aszra seorang anak yang sangat memahami. Dia tahu ibu kena kerja.. dia juga bagi tahu kat adik dia Asyif... yang mereka bedua kena tinggal di rumah Wan...

Di office... antara perkara pertama yang saya lakukan ialah clearkan email2 office yang berlambak2 tuh. Mana yang berkaitan dengan bidang tugas, satu2 saya baca.. nak kena keep track balik status department saya. So far semuanya ok. Boss pun dah membahagikan semula tugas2 kepada saya. Selain tu.. saya juga perlu menjalankan aktiviti baru di ofis iaitu mengepam susu..ehheheh. Pergi ofis kali ni siap bawak beg lebih... untuk keperluan mengepam dan menyimpan susu. Kalau selalu tengok si Sato tu ke hulu ke hilir bawak pam tu...kali ni saya pula. Tapi saya mengepam hanya di meja saya...bilik saya tak ada staf lelaki dan agak terlindung juga la kedudukan saya. So... boleh la pam kat tempat sendiri. Saya bersyukur sangat2... semalam, hari pertama, saya berjaya mengepam 28 oz (4 beg x 7 oz). Saya buat 3 sessi. Hari ni..setakat time ni saya dah pun pam 3 beg = 21 oz. Hari ni saya agak sibuk di bilik mesyuarat. Sehari suntuk... so ambik masa kejap2 keluar pergi pam. Yer la.. bila tak pam, sakit pulak rasanya..sebab susu dah penuh...ehehhe. Harap2 nya biarlah saya dapat pam dengan banyak setiap hari. Biar la stok susu saya sentiasa penuh je kat rumah tuh. Cita2 saya tak tinggi sangat... at least dapat menyusu Asyif 3 bulan pertama pun jadi lah.. atau 6 bulan pertama pun saya dah bersyukur.. atau untuk setahun..lagi la saya amat gembira.. pendek kata, selama mana yang saya mampu. InsyaAllah....

4 comments:

sato said...

i'm happy for u!.. hasil sgt memberangsangkan utk newcomer BF mom.. keep it up k.as... yg penting kena slalu pam pam pam..jgn take for granted..hehe..

saya masih struggle nak kasik meriah balik..

Unknown said...

thank u sis.. akak pun banyak motivate diri dari tengok Sato ler.. nama nya anak dah dua tapi pasal BF ngan CD memang tak berapa tahu...ehehhe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

kagummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ;-)