Wednesday, April 14, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 36


Salam.. Hari ni 14 April 2010, ulang tahun perkahwinan emak dan ayah saya yang ke 36. Alhamdulillah...kedua-duanya masih bahagia bersama disamping kami anak2 dan cucu2. Mak dan ayah melangsungkan perkahwinan atas dasar suka sama suka (dulu2 selalunya org yang carikan jodoh) pada tahun 1974. 4 tahun mereka hidup berdua-duaan... penuh dengan kesabaran.. dan pada tahun 1978 baru la lahirnya saya sebagai anak sulung... dan 4 tahun selepas itu pula pada tahun 1982, adik saya pula dilahirkan. 2 orang je anak mak dan ayah. Mak dan ayah saya sangat penyayang.. kami dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Mak dan ayah bukan orang senang... tapi kami anak2 didahulukan dalam apa jua keadaan. Ajaran mak dan ayah juga menjadikan kami adik beradik manusia yang beradab... tahu membezakan baik buruk.. malah, mak dan ayah akan selalu sentiasa bersama kami dalam apa juga yang kami lakukan. Sentiasa support dan hadir .. kalau ke mana2 pertandingan yang kami adik beradik sertai. Tak kisah la.. naik motorsikal je... hingga ke Seremban...masa tu hanya ada motor tu je.. berhujan berpanas, demi kasih sayang pada kami. Hanya Allah saja lah yang akan membalas dengan pahala atas pengorbanan mak dan ayah.... Semoga kami adik beradik akan terus berbakti pada mak dan ayah.. dan Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk terus hidup bersama hingga ke akhir hayat....Amin...

4 comments:

ajie_harini said...

aminnn.. anniversary ibuu ayahh kita dekat dekat je..hehe..

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

salam ultgtahun perkahwinan utk parents as .... semoga ikatan kasih syg kekal selamanya ;-0

Unknown said...

Aaaamiiinn

Unknown said...

Aaaamiiinn