Tuesday, April 13, 2010

Clash of the Titans - Masa untuk Berdua-duaan


Salam tengah hari Selasa. Hari ni tak busy sangat..meeting ditunda..lega saya. Dapat la melakukan aktiviti mengepam susu dengan tenang. Kalau tak meeting start 9.30..sure tak sempat nak pam. Alhamdulillah....kul 11 tadi saya dah dapat 12 oz.
Eh..actually nak citer tentang hari Jumaat lepas. Saya dan husband gi tengok wayang, Clash of the Titans selepas waktu kerja. Tiba2 je dia ajak... so ok la. Dah lama kami tak tengok wayang berdua..selalu bawak Aszra. Tapi memandangkan citer ni pun tak berapa sesuai untuk kanak2... so kami berdua je la. Ada kawan saya kata citer ni tak best. Saya pun menjangkakan tak best la.. sebab terbayang citer Gladiator, 300 atau Alexander yang saya rasa bosan bila tengok. Pernah saya tertidur masa tengok Alexander. Tapi rupanya citer ni best. Memang la citer zaman2 dulu. Husband saya kata ni citer Greek legend. Kira macam mitos orang dulu2 la. Citer memang tak masuk akal la.. sebab pasal dewa2 yang memerintah bumi. Pastu ada pulak manusia yang half blood dewa. Tapi kita ni tengok as hiburan dan anggap semua tu mitos je la.. jangan pulak kita sama kan dengan agama Islam udah la... tapi jalan citer dia senang dan simple. Tu yang saya suka. Saper2 yang tak tengok lagi..pergi la tengok. Saya maleh nak citer sinopsis.


Ada kawan saya kata kat saya..saya masih ada masa nak tengok wayang? Sampai hati nak tinggalkan anak? Hmmm... Saya rasa tak salah kan jika saya menghabiskan masa berdua-duaan dengan suami saya sekali sekala. Saya bersyukur kerana saya mempunyai kemudahan meninggalkan anak kat rumah mak. So saya tak ada rushing nak ambik anak kat nursery ker.. Jadi x salah kan saya gunakan sedikit masa untuk bersama suami. Kami dah decide.. hari jumaat adalah hari untuk kami berdua.. nak dinner ke, nak tengok wayang ke.. boleh la plan hanya hari jumaat. Hari lain adalah hari bersama anak2. Seminggu 7 hari.. dah sehari je (jumaat) dan itu pun lepas ofis nak lepak berdua ngan suami. Walau berapa pun orang anak yang kita ada..saya rasa kite perlu cari masa untuk kite suami isteri. Ini cara saya..setiap orang ada cara masing-masing kan.. as long ianya dapat menyemarakkan hubungan suami isteri dan keluarga. InsyaAllah....

3 comments:

sweetlavender86 said...

kak as,sy add link blog akak.=)

Anonymous said...

kak sa stuju dengan cara as dan ksa pun mcm tu jugek.masing2 ada cara utk eratkan hubungan suami isteri. kita bukan saja ada anak utk jaga tapi pasangan kita jugak perlu dijaga dan disayangi. masa berdua2an dengan suami isteri tu penting..

shikinlatiff.blogspot said...

petua kekal bahagia..saya setuju kerana saya pun begitu