Wednesday, September 09, 2009

Iftar Sana Sini

Salam... dalam bulan puasa ni kalau tak citer pasal makan tak sah kan.. hehehe. biasalah dah seharian berpuasa.. sure la nak berbuka dengan makanan yang menyelerakan.. axa kali ni berselera western. Sejak mengandung baby yang ni.. asyik mengidam nak makan western je. Asyik fikir chicken chop, lasagna, spagetti. Ayah aszra kata, baby kali ni kenan mat saleh kot.. maintenance tinggi..huhuh..nak buat cam na...dari awal mengandung hari tu tak leh nak makan nasi putih...lepas makan je mesti muntah. Masa mengandung aszra, axa suka makanan local je....lain2 citer mengandung ni kan.

Mcm org lain, tiap2 kali bulan puasa, memang tak lupa la nak gi berbuka kat luar.. Yer la.. suasana berbuka tu kan seronok..ramai2.. Tapi tak lah tiap hari kan. Axa pun bukannya gi hotel yang kena bayar sampai 80++ tu..rasa membazir, sebab axa ni bukannya makan banyak pun...heheh

Ikea Ramadhan Buffet
Ni minggu pertama puasa. Kawan2 ofis ajak buka posa kat Ikea. Dengar je Ikea..terus terbayang meet ball yang sedap itu.. ok la kan..kena ngan selera western axa ni..heheh.. tapi bila sampai tengok2 buffet dia hanya Masakan Melayu... ala carte yang biasa pun tak ada. Hampa sungguh.. tapi nak buat cam mana.. makan je la.. axa makan lauk2 dan kuew tiow je.. tak lalu makan nasi. Antara lauk yang disediakan, Kerabu Ayam, Ayam masak rendang, Ayam masak putih, Daging berkicap, Udang galah, Sotong, Sayur kacang dan pelbagai kuih tradisional melayu... Patut la murah..rm 16.90 je sorang....huhuhuh


Chop & Steak Kg. Baru
Ni pulak masih minggu pertama. Berbuka ngan geng2 ibu mengandung MB. Biasa la siapa lagi kalau tak ngan Sato, Hajar, Zam dan Wayi. Sekali lagi selera western kan. Axa order Mix steak ngan Air Mangga yang lazat itu. So far, menu kat sini tak pernah menghampakan. Almost every year gi buka puasa kat situ. Walau pun tahun ni ada insiden yang tak best kat situ... tapi makan tetap makan. Yang penting puak2 ibu mengandung ni puas hati kan...






Restoran Subak, Damansara.
Ni berbuka dengan family, masa 31 Ogos 2009 hari tu sempena birthday axa la kan. Tak ambik pun buffet ramadhan dia...coz diaorg pun jamu masakan kampung, RM 77 seorang. We all makan Ala Carte je sebab tahu nanti tak termakan sangat pun. Apa lagi.. axa dengan menu western la kan.. Honey Spring Sizzling Chicken. Sangat lazat dihidang dengan ketang bakar. Makan 6 orang dalam RM 250.. Ok la kan... sekali sekala belanja family makan...


Pizza Hut
Yang ni axa berbuka ngan ayah aszra dan aszra je. Tetiba teringin nak makan pizza. Pizza hut pun ada buat ramadhan nyer menu. Ala2 mediterannian jugak. Tapi tak masuk la selera axa. Last2 we all order set combo untuk dua orang je.. dengan Super Supreme Pizza. Aszra layan mushroom soup favourite dia je la...

Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)
Yang ni pulak berbuka puasa dengan ofis department ayah aszra. Seorang RM 46. Yang ni paling best la axa rasa. Lebih dari 200 jenis makanan... ada 20 stall. Dan yang penting...selain masakan melayu, masakan western pun ada. Lega.... Axa makan Lasagna, Spagetti, Fettucini..Potato Salad.. Memang masuk la ngan selera axa. Lepas tu baru try layan satay, rojak buah... Air pun pelbagai.. Antara makanan lain, Kambing Bakar, segala jenis ikan bakar, Ketam, Yong Tau Foo, Kuih2 goreng, gulai2 kampung.. semua lah ada... memang best la...cuma tak termakan je.




Restoran Al-Rawsha, Ampang
Ni berbuka puasa dengan ex-Mrsm Jasin. Biasalah tiap2 tahun kenalah join ayah aszra nyer group ni. Kawan2 sekolah lama dia kan. Restoran ni menhidangkan masakan mediterannian, restoran arab n. RM 40 seorang untuk menu berbuka puasa. Axa ni risau jugak.....jangan la makan nasi je.. alhamdulillah...diaorg hidang Spagetti, dan kebab pun ada. Tu yang sedap tuh... Layan kebab dengan lebanese bread la. Segala kambing ke.. nasi mandy ke.. axa tak layan. Tapi tu pun dah kenyang.... Ramai betul orang berbuka kat sini.





No comments: