Salam Ramadhan yang ke 17. Hmm lagi 13 hari nak raya..hehehe.. Alhamdulillah setakat ni masih penuh puasa axa. Hmm mana nak buka posa petang ni ek... dan nak makan apa??huhuhuh....
Petang2 cam ni saja nak bercerita sikit. Bukan pasal life axa.. tapi just nak share satu citer yang axa tonton baru2 ni. Kalau ada saper2 yang sempat tengok la.. Hari Sabtu 5 September 2009, kul 9.00 malam... heheheh kantoi tak terawikh. We all satu family kat umah adik kat Damasara, berbuka kat sana.. so lepak la tengok tv sekali..
Citer ni kat Saluran Astro Ria. "ANTARA GARISAN". Entah, sejak tengok dianyer gazzet kat tv tu..memang terasa nak tengok. Biasa la.. my first impression is typical citer melayu yang nak tunjukkan teladan. Especially kan bulan Ramadhan ni. TV memang tayang citer2 teladan je kan. So.. kul 9 start nye. Starting citer ni... mcm ada sorang narrator (pencerita) yang memulakannya. Dia kata dia nak citer pasal kehidupan manusia antara satu garisan. Cara presentationnya menarik.
Kisahnya cam ni.. Bermula dengan scene seorang ustaz muda (Ustaz Arman) yang baru je sampai kat sebuah kampung, dia ni baru grad dari Universiti Islam.. dia sampai masa waktu sahur..masa tu teksi hantar dia kat Masjid kampung tu. Masa tu jugak la dia terserempak ngan Ayu (Nur khiriyah) yang baru balik dari kelab dangdut..dlm keadaan mabuk sebab dia GRO. Ustaz tu kat dlm masjid tu tengok je si Ayu yang tengah mamai2 tu merepek bukan2 kat area masjid tu. (rumah ayu tu kat sebelah masjid). Menggeleng2 kepala ustaz tu. Ustaz ni memang orang yang baik2 la.
So bermula la kehidupan ustaz tu kat kampung tuh. Citer pasal si Ayu.. dia ni menyara seorang adik sepupu yang dibela sejak kecik (Syarifah Amani). Nama dia Wida. Si Wida ni makin dewasa makin kenal la halal haram. Mula la pertikaikan duit Ayu tu tak berkat. Wida ni pulak terjatuh chenta lak ngan Ustaz arman. Tapi kan.. masing2 ala2 alim... tak ada la nak mengada2.. pandang2 dari jauh la kan. Ustaz arman ni pulak.. dipandang tinggi kat kg tuh. Kononnya Ustaz ni adalah pemimpin yang akan membanteras segala kejahatan dan kemungkaran kat kg tu. So.. orang petama yang diaorg buru ...si ayu la. Sebab ayu tu GRO. Si Wida yang tak kenang jasa kakak sepupunya tu.. menyokong usaha ustaz arman nak halau si Ayu. Sampai la si Ayu ni kena tangkap dan di pukul atas alasan dia tu penzina dan hukumnya kena di pukul sampai mati la pulak... Sib baik tok iman datang... kalau tak arwah la si Ayu tu. Actually Ayu tu dah nak bertaubat pun, sebab dia dah termengandung dan boyfriend dia tak nak tanggungjawab. Tetiba lak dia kena pukul.
So keluarga Imam tu ajak Ayu bertaubat. Ayu gi masjid...buat Qiamullail. Nak bersihkan diri dari dosa2 lampaunya. Dari Isyak sampai Subuh. Tetiba dah habis subuh tu... dengar bising2 kat luar masjid. Huhuhu... tengok2.. Ustaz Arman ngan si Wida kena tangkap sebab sedang berzina. Dua2 dibaluti selimut je...masa ni la.. pencerita sebut.."ingat tak masa mula2 citer, ayu yang mabuk kat luar masjid.. ustaz alim tu dlm masjid, geleng kepala tengok ayu, tapi kali ni.. si Ayu yang dah bertaubat tu kat dalam masjid tapi ustaz tu pulak kat luar dlm keadaan yang mengaibkan. So.. mereka sebenarnya berdiri di antara garisan yang sama. Cuma keadaan je dah berbeza.
Panjang lak axa citer.. nampak cam citer biasa kan. Tapi masa awal citer, axa tertanya2.. citer ni pro ke mana... Yer la.. kalau tengok citer Gubra, ada elemen liberal. cth mcm tak salah jadi pelacur jika kita ada niat yang suci nak ringankan beban keluarga. Axa tertanya2 jugak. Coz.. yer la, si Ayu tu kan GRO.. nak kata ok ke jadi GRO sebab nak besarkan adik sepupunya tu. Tapi finally axa faham citer tu... citer tu memang balance. Teringat kata2 imam kat kg tu. Dia tak berpihak pada ayu yang dah penuh dengan dosa tu... dosa tetap dosa, itu antara dia ngan Allah. Tapi tindakan menilai dan menghukum Ayu dengan kekerasan, itu bukan cara terbaik dalam Islam. Siapa la kita.. yang juga manusia, hamba Allah yang lemah, senang2 nak mengata dan mneghukum orang lain salah... orang lain buat keburukan. Kita juga ada atau akan melakukan kesilapan. Seperti ustaz arman.. Orang nya berpendidikan tinggi dalam agama, disanjung2 dan dihormati, tetapi akhirnya tenggelam juga apabila nafsu menguasai diri.....fikir-fikirkan.
p/s: suka watak Isma Yusoof. Memula ingatkan dia tu Syaitan...tapi bila fikir balik, bulan Ramadhan, mana ada syaitan...kan dah kena ikat. finally...baru perasan.. rupanya2 itu la NAFSU manusia. Yang sentiasa ada dalam diri.. walau dalam bulan yang mulia ni...
2 comments:
Saya pun tgk citer ni ..suka sgt ...:)
yup saya jugak..tapi ape yg aku dapat drpd citer ni..die bagi mesej yg manusia suka menghukum, instead of memaafkan dan membimbing, agar sama2 tak cenderung ke jalan yg tak baik...
and suka gak isma tu..follow die berlakon masa citer SUTUN 2..opss anyway saya kawan Zai..saja blog hopping.
Post a Comment