Monday, July 14, 2008

Jalan-Jalan Bowling @ PD

Salam... penat sungguh rasa hari ni. Cuti weekend dua hari ..KAMI ke PD. Tujuan utama ialah Friendly Match antara Malaysianbowlers dengan Kelab DY Bowl, Port Dickson. Lagi pun dah lama MB tak buat Jalan2 Main Bowling. Last year banyak aktiviti Jalan-Jalan Kenduri Kawin sebab ramai ahli MB yang kawin tahun 2007.

Kami bertolak hari Sabtu dalam pukul 11. Sebelum tu, axa sempat marinade ayam utk aktiviti barbeku sebelah malam. Kami sampai di Sun Shine Bay Apartment kul 3 lebih. Wayi dah menunggu kat apartment. Kami sewa 5 apartment kat situ. Ada juga ahli yang duduk kat tempat lain. Program pertama petang tu main kat pool... Aszra la yang paling happy... nampak pool terus nak suruh tukar swimming suit dia. Kul 5.30 .. ramai2 turun ke pantai yang betul2 depan apartment tu. Best kat situ. Air pun sangat bersih.


Aszra yang keseronokan dlm pool


Main pasir ngan uncle Wayi (Aszra panggil uncle yayi)


Seronok berendam dalam air


Jebat, ayah aszra dan Wayi main bola sepak pantai

Sebelah malam.. sebelum aktiviti barbeku.. kami ke pasar malam PD beli seafood. Pastu dalam kul 9 malam...semua pakat turun ramai2 join barbeku. Menu malam tu.. Nasi Goreng, Mee hoon goreng, Ayam bakar, Sotong, Udang, Sosej dan Burger. Kenyang la jugak. Pastu masing2 dah tak larat dan balik ke apartment masing. Kat apartment axa.. kami duduk 7 orang. Apa lagi.. main game la.. memula Scrabble pastu main UNO. Saper kalah makan kepala sotong, balance barbeku tu... hehehehhe


Dua beranak ni sempat belek hotwheels kat pasar tuh. Like father like daugther la..


Tukang masak barbeku


Ni pun orang dapur jugak...
Pagi Ahad.. lepas siap2... kami ke pekan PD untuk breakfast dulu. Pastu baru la ke DY Bowl untuk friendly match. Boleh tahan orang2 PD ni main bowling. Actually ni kali ke dua axa main kat situ. Game tu meriah la... Kebanyakan orang2 PD yang menang.. homeground diaorg..huhuhuh.. main turun KL la pulak yer...

Aszra tersengih.. dan sempat pau Tie To nasi lemak.


Ni la anak-anak bowling..


Team MalaysianBowlers

Wanita2 MB


Ni team Axa, Ayah Aszra (melentok sebab kuciwa game teruk) dan Bjoe

Bergambar beramai2
Lepas tu, masing2 bawa haluan masing. Axa dan ayah aszra bergerak ke Nilai.. dpt juga beli langsir rumah baru. Sangat berpatutan. Puas hati. Kali ni.. perjalanan pergi balik PD walaupun penat tapi seronok. Aszra pun pandai bawak diri... boleh main dengan uncle2 dan auntie2 kat MB ni...

No comments: