Thursday, July 03, 2008

Bisik ku pada bulan Kembalikan temanku Kekasihku syurgaku


Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Salam... axa baru je balik dari menonton filem Sepi. Kali ni with Kak Dura... thanks kak dura, sudi temankan. Kalau tak...'sepi' la malam axa yang keseorangan ni... ayah aszra is playing futsal la malam ni.

Sepi.. sebuah filem yang baik. Khabir Batia sekali lagi menterjemahkan kisah2 cinta dan disampaikan kepada penonton dengan baik. Selepas Cinta... Sepi sememangnya hasil terbaik beliau. Malaysia memang memerlukan pengarah yang berbakat seperti beliau.

Sepi.. menghimpun kisah kehidupan 3 orang hamba Allah yang menjalani takdir ketentuan illahi. Adam, Sufi dan Imaan..punya cerita Sepi tersendiri. Tanpa mengenal antara satu sama lain... mereka bertemu dalam satu situasi yang merubah kehidupan ketiga-tiga mereka. Kesedaran.. penyesalan dan kata hati mendorong mereka untuk terus hidup dalam Cinta. Cinta tidak datang hanya sekali.... Ya, kekecewaan, kehilangan dan kematian bukan lah noktah untuk Cinta... Sepi, menceritakan kehidupan sebenar manusia. Fakta dan kenyataan yang harus kita sebagai qada' dan qadar.


Sepi.. tidak ada setitik air mata pun jatuh ke pipi axa... tetapi sentuhan Sepi ini mengimbau setiap kenangan dalam kehidupan axa. Membuat axa berfikir... bersyukur atas kurniaan tuhan hari ini. Mungkin ini lah perasaan yang ingin diterbitkan oleh Khabir Batia.. Kita tidak perlu menangis untuk melihat betapa hebat nya sebuan cerita, andai kesan nya berbekas di dalam hati, ianya memadai.

Sepi.. filem yang elok untuk ditonton. Tak perlu axa ceritakan sinopsis nya di sini. Tonton dan nilai la sendiri. Mungkin perspektif kita berbeza.. tapi hakikat kehidupan adalah sama. Percaya pada ketentuan illahi... bersyukur atas setiap yang dinikmati....!

No comments: