Thursday, March 27, 2008

Anak Halal - Halal ditonton

Salam.. Malam Jumaat..
Tetiba rasa nak on pc kat rumah ni dan nak mencoret something kat sini. Hari ni macam penat sikit.. tapi axa realize finally rasa macam sihat..naper?? sebab petang tadi axa bersukan. Ada friendly Volley Ball ngan JKR. First time main ngan team INTAN. Not bad.. best kat sini ada banyak kemudahan sukan. So.. dah plan ngan Sato dan ayah Aszra... we all akan mula ber tenis next week.. huhuh..

Balik tadi singgah pasar malam..beli bahan2 nak nak masak.. so... kul 9.30 tadi baru siap masak .. menu hari ni, daging goreng kicap, taugeh masak lemak dan sambal belacan. Dan yang best malam ni.. sambil makan ayah aszra on VCD ANAK HALAL..yang baru dibelinya tadi.

Actually memang nak citer pasal movie ni la.. ANAK HALAL.. memang halal di tonton. Maybe ada yang dah tengok kat wayang. Axa tak sempat nak gi tengok..atau maybe lupa nak tengok kot masa tengah tayang kat panggung (biasa la..citer melayu mcm susah nak jadi tarikan kat axa dan ayah aszra).. tapi lepas menonton VCD ni.. actually kita patut support filem Malaysia yang macam ni. Bagi axa filem ANAK HALAL ni memang bagus ditonton. Kalau kite suka nak tengok citer2 18SG mat salleh.. mengapa tidak tonton citer melayu yang satu ni. Dari awal menonton... sampai habis VCD tu.. axa rasa axa tak ada masa langsung nak mengantuk atau nak rasa bosan.. sebab citer nya sangat penuh dan padat sampai tak tahu bila citer tu akan habis. Serius..axa suka citer ni.

Plot citer... mula2 simple.. macam nampak citer pasal remaja kaki lepak, rempit, tapi rupanya citer ni citer berat. Jalan citer yang tegang dan ending yang berat, seberat life kite as manusia. Citer ni menceritakan realiti hidup sebenar.. bukan citer2 dongeng, khayalan atau yang typical citer yang selalu ada happy ending. Mesej nya mudah dan jelas.. DADAH.. ALONG.. tapi realiti hidup adalah tidak MUDAH untuk menentang dua anasir jahat ni. Itu yang ditunjukkan dalam filem ni.

Barisan pelakon.. semua pelakon muda yang hebat2. Farid Kamil, Maya Karin, Adi Putra, Fasha Sanda, Raja Farah, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimi dan ramai lagi.. Lakonan masing2 sangat mandtap, bersahaja dan bagi axa setiap watak dilakon kan tanpa cacat cela. Kalau ada yang nak tengok citer ni.. jangan terkejut dengan skrip citer ni. Ada yang kasar dan ganas... tapi itu lah realiti. Tak perlu tapis2.. tak perlu susun ayat macam novel. Berjela2.. cukup satu perkataan.. sudah memaksudkan apa yang nak disampaikan. Axa rasa citer ni lebih real compare to Impak Maksima(x tengok lagi) atau Gangster (dah tengok)...We have life.. true friends... families... dan kita juga takkan lepas dari masalah. So... fikir la... seberat mana masalah kita, ramai lagi kat luar sana yang lebih berat beban yang ditanggung. (Banyak la merapu malam ni)

Ok la..Axa tak perlu citer jalan filem ni .. cuba lah tonton.. tengok, samada anda sedar atau tak sedar banyak perkara yang benar dan lebih realiti dalam life yang kita tak sedar.

1 comment:

Squad85 said...

citer nie memang menarik bg sy..tp citarasa memasing. Bagi sesapa yg pernah mengharungi hidup yg terdapat dalam citer nie..pasti akan terasa citer nie best..