Salam petang Isnin...
Hari ni kembali bekerja. Axa bercuti sejak Khamis...Cuti Maulidur Rasul dan terpaksa cuti on Friday sebab MC. Last week memang macam-macam dugaan. Lepas mak keluar dari hospital.. adik pulak ada simptom yang sama mcm mak. Sakit perut. Muntah2 la jugak dia.. tapi tak lah teruk sangat. Khamis.. axa pula dapat simptom yang sama. Axa mula sakit perut dan tak lalu makan. Dengan history peptic ulcer axa tuh.. maka nya sakit axa bertambah teruk. Axa tak mampu berdiri pun. Pemutusnya.. ayah aszra bawak gi klinik. Sampai klinik.. doktor inject pain killer.. tengah sakit..so tak kisah lah apa doktor nak buat. Macam reda sikit la sakit tuh... Tapi bila sampai kat rumah.. axa dah rasa lain macam kat muka. Tengok cermin.. Sah! Axa allergic to the pain killer yang doktor inject tu. Terus gi balik ke klinik. Masa tu both of my eyes.. dah membengkak. Ayah aszra kata macam muka orang jepun..huhuhuh... Doktor pun terus bagi ubat lain. Horror sungguh masa tu... sebab axa tengok muka sendiri pun dah tak kenal. Tapi yang buat axa rasa lega dan sejuk.. bila aszra datang kat axa tanpa rasa kekok tengok muka ibu yang dah bengkak tu sambil ckp "ibu..akit" dan dia kiss both mata axa yang bengkak tuh... Rasa semua penyakit hilang masa tuh....
So, Friday axa terpaksa MC. Tunggu bengkak ni susut.. Aszra pulak dah ada tanda2 batuk dan selsema.. tapi after having ventolin, dia ok... Weekend tu memang tak buat apa2 la.. Ayah Aszra pulak busy dengan project dia kat Hotel Summit sampai hari Sabtu. Ahad..sempat juga ke wedding 2nd cousin axa... tu pun bila bengkak kat muka dah surut. But still pakai sunglass. Ahad malam.. ayah pulak tunjuk simptom yang sama. Bawa juga ke klinik... kali ni doktor nasihatkan agar we all check the whole house esp kat water tank.. takut ada apa2 yang menyebabkan kami anak beranak tak sihat...
About axa... masih lagi under TOT dan tunggu pc baru kat tempat baru. Esok axa cuti coz ambik exam undang-undang.. hopefully boleh la lulus... 2 buku tebal tak habis study lagi tu...
No comments:
Post a Comment