Tuesday, August 07, 2007

Ibu-Birthday Sofia-Rumah Kami

A'kum.. salam dipagi selasa. Dah hampir seminggu axa tak update blog ini. Sangat busy dengan kerja2 baru yang diberi oleh boss baru dan ditambah pula dengan kesibukan preparation untuk Memang Kecoh Staff Games. Dalam seminggu ni juga axa dan ayah aszra hampir tiap2 hari berulang alik ke IJN.

Ni la bilik ibu.. Wad Bunga Raya..bilik Melati. Sangat cantik dan selesa.

Rabu lepas ibu warded kat IJN, ada procedure yang ibu nak kena buat. Ibu memang check up kat sana sebab ada masalah degupan jantung yang laju dr org biasa. Kalau kite yang normal ni setakat 60-80 seminit, tapi ibu sampai cecah 140 seminit. Ikut apa yang kak Dura citer, wayar dimasukkan melalui dua2 belah peha dan leher ibu terus ke jantung. Then sejenis ubat ditembak ke jantung ibu untuk pulihkan jantung yang pam laju sangat tu. Procedure tu di buat hari khamis hari tu. Ibu tak sedar dan makan masa 6 jam plak tu. Masa axa sampai, ibu mcm baru nak sedar tapi masih dalam keadaan sakit. Kami sekeluarga memang berkampung kat IJN tu. Yang bestnya, oleh kerana kak Dura staff kat IJN tu, ibu dapat bilik VVIP, bilik paling eksklusif . Kak Dura kata ni la bilik Tun Dr Mahathir setiap kali dia masuk IJN. Memang la cantik bilik dia. Ala2 suite kat hotel. Sangat selesa. Tu la untung bila anak kita ni "somebody" kan. Alhamdulillah ibu dah keluar hospital semalam. Even kak dura kata procedure ibu tu agak kurang berjaya.. tapi dalam beberapa hari, degupan jantung ibu mula perlahan. Harap2nya biarlah elok terus.

Cup Cake yang axa buat sendiri. Kali ni axa cuba buat topping tu pakai shortening. Lagi sedap.

Ok.. weekend plak.. sabtu memang axa dan ayah aszra bawak aszra visit tokwan dia kat IJN la. Sambil tu sempat juga beli birthday present utk Sofia. Ahad.. dari pagi, axa sibuk buat cupcake untuk birthday Sofia. Adik plak dengan puding marble dia. Yang best nya aszra ni tak kacau pun ibu buat kerja. Ada sekali dia masuk dapur, then axa ckp kat dia.. go and watch cartoon.. dia terus je pergi ke depan dan duduk tengok tv sorang2. It seems like dia faham we all tengah banyak kerja kat dapur.

Ni..birthday kek Sofia. Ada Minnie Mouse dr Bakers Cottage.

Ni pulak, sessi potong kek. Sofia ni tak sabar2 nak makan kek tuh.

Ni la dia Birthday girl dengan mainan baru yg dihadiahkan oleh makngah nye. Sangat aktif!Sofia ngan mama dia.. dan Aszra plak dengan Mamacu.

Sofia baru masuk umur setahun. Dia ni lahir 45 hari selepas aszra dilahirkan. Anak kepada cousin terdekat axa, Ija dan Nuar. Duduk pun dekat je ngan umah mak axa kat Seri Kerayong tu. Membesar sama2. Birthday Sofia kul 2.30 ptg. Kek dia ada gambar Mickey Mouse. Ada sessi cake cutting.. then makan2. Lepas tu axa, ayah aszra, aszra dan mamacu keluar ke Setia Alam. Nak gi bayar deposit api air Rumah Kami. InsyaAllah lagi beberapa bulan kami dapat la kunci. Fuuhhhh pening jugak kepala fikir nak masuk umah baru. Kami gi ke tapak rumah memang dah siap betul dah. Tile, cermin, semua dah pasang. Tembok pagar pun dah siap. Tinggal kerja2 finishing mcm mengecat tu je. Sempat la juga axa kira2 point2 electric untuk lampu2 dan barang2 elektrik yang lain. Senang nak buat preparation. Next time datang nak bawak mak ayah plak.. nak mintak tolong ukur untuk buat langsir. Beli sikit2 dr awal... tak la terasa sangat nanti.

Rumah kami yang dah hampir siap.

Ok la.. just nak wish.. Happy Belated Birthday untuk Nur Adriana Sofia Mohd Anuar yang pertama pada 19 July 2007. (Anak cousin axa).

5 comments:

Nik Farizah said...

axa...cantik rumah awak. Jgn lupa dah masuk nanti buat house warming ekkk..and jemput2 lah kita yg tak malu nih..hehehh

Unknown said...

he he he.. insyaAllah kak Nik.. tapi nak kena complete ngan furniture dulu la.. nanti ada yg duduk kat lantai ke plak

Nik Farizah said...

lagi satu nak komen..tadi lupa...nak cupcakes..pandai axa masak.

Anonymous said...

1. ibu dah kuar IJN ke? smg dia kembali pulih spt sediakala ya.

2. alaa.... terkecur liur everytime tgk cupcake. nwat sdr... xreti (malas) hehe

3. waa umah corner lot ek. behnye... nt dah masuk umah jgn lupa letak gambo hehe.

Unknown said...

1. Yup..ibu dah keluar.. alhamdulillah semakin sihat

2. belajar sendiri je buat cupcake tuh.. deco masih kurang kemas.

3. Umah tu bukan corner lot tapi semi -D attached..insyaAllah bila siap dan dah siap decorate.. will post the photo here...