Monday, August 13, 2007

Catatan Hujung Minggu - Jalan2 kenduri kahwin

A'kum.. salam di pagi Isnin. Datang kerja dengan hati yang agak berapi sikit, tapi disejukkan oleh ayah aszra yang hmm penyabar la kot. Nanti la axa citer dalam entry yang lain.

Ok la.. citer pasal hujung minggu.. sabtu.. kul 9.30 dah keluar rumah.. gi Pusat Akuatik Shah Alam.. sampai sana.. tutup la plak..dua minggu utk kerja penyelenggaraan. Pastu gi Carefour Subang..beli barang nak masak + hadiah kawin Mleo. Sambil tu gi Nagoya.. dapat la beli kain utk buat baju kurung aszra dan gaun dia. Tahun ni pagi raya we all akan pakai color Hijau. So.. sampai2 rumah Cheras.. terus masak. Lepas makan.. lepak2 tengok tv bertiga beranak.. then malamnya.. bergerak ke Endah Parade. Ayah aszra ada Final liga PBSM nya. Aszra punyer la seronok lepak kat bowling alley. Kul 10.30 dia tidur dlm stroller... pastu kul 1.30 dia terjaga bila org2 bersorak time separuh akhir... fuuh... kul 3.30 pagi baru we all sampai rumah. Aszra memang flat dah. Bangun2 kul 10. Really mengantuk.

Nak tak nak..still kena bangun. Axa dah janji dengan Shikin.. nak tempah baju aszra. So.. siap2 kul 11.30 jugak baru gerak ke rumah Shikin di Bukit Antarabangsa. Even baru je kenal Shikin ni.. dia friendly.. anak2 nya Arisha dan Ariana pun comel2. Aszra suka la dapat kawan baru. Tapi kejap je dapat jumpa sebab we all rushing nak ke sungai buloh..dah janji dengan geng2 Mb, konvoi ke Kenduri Mleo dan Whosend.

Geng2 MalaysianBowlers yang hadir.

KAMI bersama pengantin

Lepas jumpa kat Shell sg buloh.. so, rombongan pun bertolak ke tempat yang dituju. Sampai2 situ.. jalannya sangat sempit dan berlaku la.. satu perlanggaran ketika ayah aszra nak reverse kat kawasan yang agak berbukit, maka kemik la sebuah kereta wira dan yang nasib baiknya kereta axa tak ada apa2.. tu la beza kereta m'sia dengan kereta luar. Lepas setel ngan tuan empunya kereta tersebut.. maka terus la jumpa pengantin.. serba hijau. Mleo dan Whosend ni berkenalan di Malaysian Bowlers la.. ni couple ke dua dari kelab ni yang kawin lepas Zam dan Sato. Lepas makan2 dan ambik gambar.. masing2 balik la ke arah tujuan masing2. Axa dan ayah aszra terus balik ke Klang. Sampai2 je mamacu dah siap nak ajak aszra mandi kat baby pool dia. Aszra punye la suka... tak nak bangun pun, even dah beberapa kali tersedut air kat hidung.

Aszra yang seronok mandi kat baby pool dia.

Ok la, nak wish.. Selamat Pengantin Baru untuk Mleo (Hamisah) dan Whosend (Husin).. Semoga berbahagia selalu dan terus aktif main bowling.

3 comments:

Anonymous said...

hai axa... oo tempah baju kat shikin yeee.. mesti cantik baju tu nnt kan.. btw aszra looks so comey in that cloth..

Unknown said...

ha..a la zubye. Finally dapat jumpa shikin. U i tak jumpa lagi. Susah nak cari masa free nak buat photo shoot.. hopefully lepas raya kalau ada kelapangan i nak jugak u ambik gambar aszra.. jeles tengok bebudak lain tu lawa je kat EOG.

Anonymous said...

kak as, arop n aszra..
mekasih dtg ke majlis kami.. ;)


p/s: yg ketiga ler.. pertama bkn digi + shikin kaa.. kedua zam + sato..