Thursday, June 28, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 2

23 June 2007 - Jalan2 di Bandar Kuching

Pagi tu, sementara ayah aszra dan aszra masih tidur, axa cuba call hotel2 berdekatan, nak pindah la.. tak selesa..tapi malangnya semua dah penuh dan yang ada pun jauh dari bandar. Susah plak nak bergerak dan cari makan. Pastu axa terfikir nak tanya reception kaunter, kalau2 ada deluxe room ke.. alhamdulillah ada.. dan axa harap sangat bilik tu ok. Sebelah petang baru kami boleh check in masuk bilik baru.

Pagi tuh, kami hanya makan roti dan maggi yang dibeli dari 7-11. Hotel ni tak sediakan breakfast. Puku 10 kami keluar dari hotel dan mula berjalan2 kaki ke Bandar Kuching. Sib baik la ada stroller Maira yang kami pinjam.. tak la penat mendukung aszra. Alhamdulillah mood aszra pun baik. Berpandukan peta, kami jalan2 kat area waterfront. Tujuan hari tu ialah nak menikmati pemandangan dan survey apa2 yang patut. Nev dah pesan.. jangn terus beli sebab sebelah petang dia nak bawak kami ke Pasar Satok. Barang kat situ lagi murah katanya. So.. sempat la jugak ambik gambar kat tepi Sungai Sarawak. Ada perahu2 kecil yang digunakan untuk menyeberang sungai tu. Kira short cut la.. sebab kalau nak lalu jalan darat dan melintasi jambatan agak jauh. Axa tengok..budak sekolah dan org2 yang bekerja kat pusat bandar memang menggunakan perahu ni. Lepas tuh kami jalan pulak kat deretan kedai souvernir kat situ. Mak aaiiii berderet kedai2 barangan cenderamata.. axa memang mcm tak sabar je nak membeli..tapi teringat pesan nev.. axa hold dulu sambil2 check dan compare harga. Satu apa pun tak beli... tapi puas la tengok..memang mcm2 barangan keluaran Sarawak ni kan...

Kuching yang bersih

Yang axa dan ayah aszra kagum ialah.. bandar Kuching ni sangat bersih. Nak buang sampah merata2 pun segan. Setiap dua pintu kedai.. mesti ada satu tong sampah besar yang warnah hijau tu. Pastu jalan2 raya tak ada sampah even sungai pun susah nak tengok sampah. Menurut org kat sana.. air paip pun bersih dan boleh minum je dari sink (tapi axa tak leh minum terus.. ragu jugak). Boleh nampak airnya bersih dan jernih.

Lepak2 di rumah Nevland

Dalam pukul 1, Nev ambik kami kat depan waterfront. Dia baru je habis tournament ping pong. Tak sangka dapat ke rumah Nev. Masa dia duduk KL dulu pernah pun sampai ke rumah dia..he he he... Jumpa la ngan Suhaiza dan dua anak Nev, Aidi dan Najla. Aidi ni pemalu sikit dan Najla yang kalau tak silap baru nak masuk 6 bulan kot, dah mula aktif. Kami makan tengah hari dan solat Zuhur kat rumah Nev. Sedap wifenya masak.

Jalan- jalan kat Pasar Satok

Pukul 3 Nev hantar kami ke Pasar Satok. Pasar Satok ni ala2 pasar malam, pasar ikan dan pasar tani yang digabungkan. Dari barang kering sampai la barang basah. Nak cari sayur2 kampung kat sini memang la banyak. Banyak sayur yang axa kurang kenal (maybe sebab axa jarang pergi pasar atau sayur tu hanya ada kat sana). So kat situ axa beli la baju2 t-shirt untuk bagi Maira, Hazrik dan Sofea... beli jugak souvernir yang lain yang axa rasa lebih murah compare tu kat bandar tadi. Tapi barang2 kering ni terhad sikit la. Letih jugak la berjalan.. Sambil tu beli tabaloi.. mcm keropok.. tapi dibuat dari sagu. Kat sini kan.. udang sotong banyak dijual...tapi menurut Nev, masakan yang dimasak menggunakan udang dan sotong susah nak ditemui kat kedai2 makan. Tak tahu la kenapa. Sama jugak dengan pisang. Pisang sangat banyak dijual di sana tapi nak jumpa goreng pisang... kat rumah nev je la ada kot.. memang payah nak cari.

Jalan-jalan tengok tikar.

Kul 5, Nev dan keluarga ambik kami dan lepas tu gi area mana tah.. axa pun tak sure ..tapi nampak la signboard Bau. Kami gi kedai yang jual2 tikar sarawak. Tak ada niat nak membeli pun. Saja je nak tengok. Hmmm. harga kat situ ala2 kat nilai 3 la pulak. Campur ngan kos pos lagi.. baik beli kat nilai je la...he he he... so memang tak beli apa2 la kat situ.. tapi memang barang2 kraf sarawak ni cantik2 belaka. Pastu konon2nya nak singgah ke kawasan membuat pasu sarawak..tapi tutup la pulak. Hari pun dah petang sangat kot.

Ke kedai kek lapis Sarawak

Lepas tu kami terus ke Bandar Kuching untuk ke kedai yang jual kek lapis Sarawak. Kiranya kat Kuching ni.. Kek Lapis Dayang Salhah ni la yang paling sedap, murah dan popular. Tapi memang yer.. sedap dan murah kalau nak compare ngan yang dijual kat bandar. Sambil tu sempat la jugak kami tengok cara pembuatan kek ni. Patut la mahal.. nak buatnya sangat remeh. Tapi rupanya sangat cantik. Dapat la axa ambik 5 jenis kek.. berat jugak.. sure berat luggage kami bertambah ni.

Lepas tuh Nev hantar kami ke Hotel. Terasa lenguh betul kaki.. seharian berjalan. Kami dapat tukar ke Deluxe Room. Sangat la selesa, besar dan bersih. Fuhh lega axa...Malam tu kami keluar lagi. Jalan2 cari makan sambil menikmati pemandangn sungai Sarawak. Cantik Kuching di malam hari. Malam tu kami makan di Sugar Bun, Crown Plaza Riverside. Kat situ la ada shopping complex yang axa kenali iaitu parkson dan ada giant kecik. Sugar Bun ni kan, restoran fast food yang asalnya dan hanya ada di Sabah dan Sarawak. Kalau kat semenanjung ni kalau tak silap axa pernah ada kat Terminal One Seremban dan Plaza Metro Kajang. Axa tahu ni pun sebab memang suka makan kat situ masa axa buat matrik kat Seremban dan buat degree kat Bangi. Sekarang ni yang kat Serembannya dah tutup. Kat Kajang axa tak sure.. lama tak pergi. Kat Sugar Bun kat sini.. mcm2 makanan yang ditawarkan. Dari western.. sampai la lauk kari.

Lepas makan, kami jalan2 kat waterfront tuh. Ramai juga yang duduk bersantai sambil minum2. Sungai bersih.. sebab tu leh duduk makan minum kat situ kan. Masa jalan2 tuh nampak pulak ada seorang pelukis jalanan.. berkenan tengok lukisan potret dia. Terus suruh org tu lukis gambar Aszra. Sib baik la Aszra sporting.. duduk tegak je..cuma muka dia mcm pelik.. apa la yang org tu pandang2 muka dia. Harga satu potret RM 30, berbaloi la.. kat CM je dah RM 50. Pastu on the way balik.. sempat la bergambar dengan Cat Statue kat tengah2 Bandar Kuching tuh...




1 comment:

Anonymous said...

hehehe.. kalo singgah muzium kucing ari tu mesti aszraa lagik suker.. (^_^)v..

tp bebarang kraftangan sarawak mmg cantik2..