A'kum.. salam dipetang Selasa.
Selasa 12-june
Pukul 11.30 malam axa dimasukkan ke wad Hospital Pantai Cheras. Asalnya kesukaran nak bernafas dan hinggalah terasa pedih dibahagian perut. Simptom yang biasa axa alami dan axa perlu prepare for something yang lebih worst.
Rabu 13-june
Axa dihantar untuk buat ultrasound..dan tengah hari axa ke bilik endoskopi. Lepas kena ubat bius.. terus tak sedarkan diri. Bangun2 je dah ada kat dalam bilik axa. Entah cam manalah doktor tuh godek2 perut axa. Sampai petang still rasa groggy.
Khamis 14-june
Result endoskopi keluar.. alhamdulillah tak bleeding mcm dulu.. tapi kalau lambat pergi hospital sure bleeding sebab doktor kata dah terlalu nipis dan merah perut axa tuh. Kena dah stay lagi kat ward tuh. Sib baik ada tv. Nak jalan2 memang tak leh.. dripni tersemat je kat tangan axa ni..Entah berapa botol tah.
Jumaat 15-june
Result darah axa pulak keluar. Hmmm seperti yang dijangka..memang sah positif Helicobacter Phylory. Tapi doktor benarkan axa keluar hari ni.. sebab axa dah mintak nak balik. Bosan dan weekend pulak ada wedding yang perlu dihadiri. Tapi doktor warning...jangan lupa makan ubat dan followup next week. Tak best nya bila dah sakit mcm ni. Bila dah baik..memang tak beringat..especially bab2 makan ni.
Sabtu 16-june
Pergi majlis akad nikah adik Malek kat Seremban. Lepas tu ke wedding Imran. Cantik dan sangat sweet wedding tuh. Pengantin pun cantik dan segak. Tahniah Imran. Petang tu pulak bawak aszra gi inject. Umi @ Kak Dura yang buat.. senang betul ada ahli keluarga doktor ni. Pastu lepak makan kat Giant Senawang. Malam tuh lepak duduk borak2 ngan Ibu dan Ayah.. citer pasal zaman dulu2 + Kak Dura yang sibuk dengan sudu2 nya. By the way.. thanks for the Sudu.
Ahad 17-june
Kul 12, bertolak dari seremban ke KL untuk wedding adifaza, geng MB. Konvoi dengan Zam, Sato, Afat, Husein, Pakku, Bear, Ezyr dan KD. Makanannya sangat sedap.. ala2 kampung. Dan yang penting ada sambal belacan tempoyak! Heaven giler...Pastu majlis tu ada live Caklempung dan tarian org minang. Sangat menarik. Tahniah Adi dan Sara. Semoga berkekalan ke anak cucu. Lepas tuh jumpa mak, ayah , adik dan uda kat Subang Parade. Janji ngan ayah makan kat tempat favourite ayah..The Chicken Rice Shop..sempena hari bapa. Sempat jugak hadiahkan ayah wallet baru. Harap ayah happy. Lepas tuh seperate ngan mak ngan ayah.. axa, adik dan ayah aszra ke Stadium Melawati Shah Alam...tengok final GangStarz. Best! dan yang paling puas hati bila The Lima menang. Even diaorg tuh dari Indonesia.. tapi diaorg sangat bagus! Final Akademi Al-Quran pun kena pergi la.
No comments:
Post a Comment