A'kum...
Salam di pagi Isnin yang jam.. Kaki axa masih lagi lenguh2 gara2 walk hunt sabtu lepas. Penat giler. 4 hari bercuti, tapi memang tak ada rest pun. Pagi ni rasa bercinta je nak pergi kerja. Nak pergi kerja ke, tak nak pergi. Fikir2 balik, kerja melambak2 kat ofis. So gagah kan jugak badan ni, bangun mandi dan gosok baju. Finally sampai jugak kat ofis ni...
1 Feb 2007
1 Februari tahun ni.. mcm sama je dengan 1 februari 2006. Macam semua berulang kembali. Ada yang enggan berubah. Cuma yg berbeza tahun ini, tiada kata maaf yang axa terima atau dengar. Itu yang berubah. Jika setahun yg lepas, axa menerima sms yang penuh keikhlasan, memohon maaf(axa masih simpan sms ni), tapi tahun ni, selepas apa yg terjadi, tiada apa2 pun yang dilakukan untuk menjernihkan suasana. Mungkin segalanya sudah tak bererti dan tak berharga dan axa takkan memaksa.. biarkan ia berlalu.. dan apa yang axa mampu lakukan.. sabar dan terima setiap takdir yang telah tertulis. Ini yang terbaik untuk axa dan dia...
Axa sekeluarga balik ke Seremban lepas lunch kat rumah mak. Singgah kat Nilai 3, beli mug untuk souvenir MB. Settle satu perkara.
2 Feb 2007
Hari ni lepas sembahyang jumaat, axa dan ayah aszra ke Terminal One Seremban. 10 tahun yang lalu, kat sini la tempat transit axa dr KL atau Klang untuk balik hostel masa buat matrik UKM kat bukit Chedang. Sekarang Terminal One dah penuh sangat dengan Indon + Mat2 dan Minah Rempit. Sib baik la, axa dan ayah aszra ada tujuan tertentu. Memula, naik tingkat atas nak cari paint marker, tapi tak ada plak. Then survey handphone. Cari punya cari, dan axa berkenan, terus beli. Trade in phone axa. Bukan saja2 nak tukar, tapi phone lama ni dah menunjukkan simptom2 black screen. So sebelum rosak terus, baik tukar kan.. Lagi pun dan 4 tahun pakai phone tuh. Lepas tuh balik rumah ambik aszra dan tok wan. Kami pergi Taman Permainan. Tok wan nak exercise. Sambil tuh axa dan ayah aszra bawak aszra main gelungsur, jongkang jongkit. Suka betul aszra.
3 Feb 2007
Pagi2 dah bangun. Axa bakal menempuhi 2 hari yang penuh. Kul 11, kami dah bertolak balik ke Cheras. Sampai Cheras, letak2 barang dan kemas rumah sikit, kul 2 petang bertolak ke Pertama Kompleks, nak tempah throphy untuk annual tournament MB. Mamacu tunggu kat situ jugak sebab mamacu nak kena jaga aszra petang ni. Pukul 3 lebih bertolak ke Plaza Low Yat sebab axa dan team MB Hunters akan masuk Amazing Vista Walk Hunt sempena pelancaran Window Vista. Hunt tu mula pukul 6 petang. Ingatkan kat dalam Low Yat je, rupanya kena keluar ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi. Dah la kat situ org punyer le ramai. Yang masuk dalam 1000 orang. Masa pulk 1 jam setengah je dia bagi. Memang letih sebab terpaksa berlari2 la pulak. Soalan pun memang mencabar. Hmm.. kami tak sempat nak habis kan semua. Masa tak cukup....Masing2 pancit dah. Lepas submit, axa terus jumpa mamacu ngan aszra. Bawak diaorg pergi Low Yat untuk prize giving. Tak menang pun. Balik2 je, dah ada 3-4 org geng2 ajk MB menunggu kat rumah. Malam ni aktiviti gotong royong menyiapkan door gift annual tournament. Letih sebenarnya. Fizikal dan mental terlampau penat. Tapi dah tanggungjawab. Pukul 3 lebih baru diaorg beransur2 balik, kecuali Arafat. Dia kata nak tidur je kat rumah axa sebab tak larat nak drive. Penat kut hunt tadi.
4 Feb 2007
Bangun2, je terus siapkan sarapan pagi untuk ayah aszra dan arafat yang masih tidur. Axa dan mamacu keluar dr rumah se awal 9.30 pagi. Kena ke Jalan TAR, jumpa mak ayah + ucu dan ucu isa. Hari ni nak shopping baju2 untuk wedding UNGA, anak ucu. Biasala, setiap kali cousin kawin, axa dan adik la... consultant untuk pilih baju. Ala2 wedding planner kiteorg ni. Baju cousin2 je 17 pasang, baju makcik2, 9 pasang. Dalam kul 1 lebih, lepas singgah rumah cheras ambik2 barang, axa, aszra, mamacu + Aus (anak ucu) bergerak ke Alamanda Putrajaya. Ayah aszra ke sana dengan afat, training utk this sunday nyer event. Axa sempat jugak training bowling 3 games. Habis la.. axa baru nak mula dengan balingan hook, sure dapat juara longkang ahad depan ni. Teruk betul permainan axa... Pukul 4.30, bergerak balik dan hantar Aus.. then sampai rumah dlm kul 6.30 petang. Penat nyer....Aszra pun mcm penat sangat dah... Dan malam plak.. layan ABPBH.. yahooo.. Siti ada menang... dan MAWI menang lagi!!!!!
No comments:
Post a Comment