A'kum..
Salam di pagi Rabu yang amat sejuk bagi axa pagi ni. Terpaksa menggagahkan diri ke ofis walaupun axa masih kurang sihat. Ada kerja yang perlu disettle kan pagi ni. Dan harap2 nya lepas lunch axa boleh balik. Serious.. tak larat sangat ni. Semua nya rasa sakit. Dah beberapa hari mcm ni.. Hmmmm
Cuti 4 hari mcm tak cuti je.. kepenatan fizikal yang berjalan jauh.. dan juga keletihan mental yang terlalu berfikiran jauh.. membuatkan axa rasa lesu dan rimas. Dan akhirnya.. memudahkan penyakit ini untuk terus datang. Axa dah tak larat sebenarnya nak menelan ubat, nak menahan rasa sakit.. tapi yang terjadi tetap terjadi. Mungkin axa ada usaha untuk memperbaiki.. tapi kadang2 faktor persekitaran yang tidak mahu membantu walau pun tahu kesakitan yang axa alami dan mungkin ada yang menganggap kesakitan ini sekadar alasan meraih simpati. Hmm.. kalau begitu. teruskan la.. kerana axa tetap akan sakit, dan hanya axa yang mengalami kesakitan ini. Dan persekitaran axa akan tetap sama.. tanpa perlu mengambil peduli. Masih kah axa berharap dengan kenyataan2 begini? Bukan mengharap.. tapi sekadar mencoret kan rasa di sini....Mudah-mudahan diberi kekuatan meneruskan sisa-sisa hari.
Teringat axa perbualan dengan ayah aszra, ketika kami menuju ke sebuah pantai.. axa sekadar bercerita tentang kisah persahabatan. Axa cuba mencari di mana silap setiap huluran persahabatan axa. Bukan satu kisah.. tapi ada dua tiga... dan kesimpulannya sama. Bila kesimpulannya sama.. bermakna yang silap... ialah axa dan bukan sahabat2 axa ini. Tapi bersalah kah axa, bila axa mengganggap sahabat ini bagaikan saudara sendiri, tanpa berkira walau apa pun. Dan akhirnya.. mereka ini.. sebenarnya kekal menilai axa sekadar sebagai seorang kawan biasa. Hmmm.. Bukan mengungkit.. tapi setahu axa.. sahabat yang baik.. adalah sahabat yang sentiasa ada di saat suka dan duka, yang saling mendokong dan saling mempertahankan. Tapi mengapa dalam setiap persahabatan yang ikhlas axa hulurkan akhirnya.. sekadar di akhir dengan title "kawan biasa". Kebanyakannya..hanya berkongsi masa susah.. dan masa senang, axa mungkin bukan perkara penting lagi. Axa bukan mahu disanjung atau didahulukan... cukup sekadar terasa yang axa juga dianggap bagaikan saudara... seperti axa menganggap mereka seperti saudara sendiri. Dan rupanya... harapan axa ini silap. Seperti yang ayah aszra katakan.. axa tak boleh mengharap untuk mendapat balasan atas apa juga yang axa berikan. Ya.. axa menganggap mereka saudara.. dan mereka mungkin tidak pernah merasakan yang sama. Jadi usah paksa! Axa takkan paksa.. dan axa telah sedar semua itu. Cuma berdoa.. agar Allah tetap mengekal dan menguatkan axa dalan terus menjadi sahabat yang terbaik
1 comment:
Dalam bersahabat kita perlu ikhlas..byk kisah suka&duka yg kita lalui..so, lupakan saje mereka yg tak ikhlas dlm persahabatan tu..
Post a Comment