Tuesday, January 30, 2007

Gembira + Marah + Sedih

a'kum..

Salam di hari selasa yang panas terik hari ni. Awal pagi, axa dah berpeluh2 duduk dlm kereta yg aircond nya rosak dan tersangkut dlm traffic jam yang melampau. Sejam lebih di satu jalan yang sama. 3 km/hour je.. angin je... sampai office kul 9.50 pagi. Ni semua gara2 Dataran Merdeka di tutup utk raptai hari wilayah. Pelik la.. nak buat raptai pagi2 buta.. time semua org nak pergi kerja.. tengah peak hour.. menyusahkan orang betul!

Ahad lepas alhamdulillah Kenduri Aqiqah dan Majlis Cukur Jambul Aszra berjalan dengan lancar. Ramai sedara mara + kawan2 rapat axa yg datang. Kul 11 majlis cukur jambul. Mula2 Aszra cool je, tapi lepas nampak gunting... menjerit dia.. maybe dia takut org nak buat apa kat dia.. Then kenduri doa selamat pulak lepas zuhur. Letih jugak axa, seharian melayan tetamu. Dan yang axa paling tak sangka.. ada pulangan rupanya. Ala2 kenduri kawin la pulak. Terima kasih pada semua.. mudah2an murah rezeki hendaknya.

Dlm kegembiraan melaksanakan majlis untuk aszra, masih jugak terselit cerita2 sedih yang membosan kan axa. Paling axa benci bila ada manusia yang buat mak menangis. Axa berjanji pada diri axa, selagi manusia tu tak mintak ampun pada mak, axa takkan pernah ada dia sebagai darah daging axa. Bagi axa dan adik, dia dah mati! Nampak kurang ajar? Mak tak pernah ajar axa dan adik kurang ajar tapi manusia ini yang mengajar kami jadi kurang ajar dan manusia ini juga memang tak layak langsung untuk dihormati. Cukup dengan apa yang dia dah buat. Cukup di depan mata axa dia buat mak axa menangis. Manusia ni memang manusia yang tak ada hati perut, tak ada perasaan. Ego melampau. Axa tak hairan.. kalau dia cuba membuang kami sekeluarga sebab kami tak pernah mintak pun belas kasihan dia untuk hidup. Dia yang patut sedar, dia yang pernah mengemis untuk hidup! Ya.. memang axa marah. Axa benci pada mana2 manusia yang menyakiti hati mak dan ayah axa.... Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan yang benar pada manusia yang berhati batu yang memegang title Haji ni.

2-3 hari ni memang macam2 yang axa rasa. Gembira, marah, sedih.. semuanya ada. Satu2 dugaan datang. Tapi yang axa tahu.. semua tu ada hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada axa untuk melalui semua nya. Allah menguji kerana Dia tahu hamba nya mampu untuk menghadapi nya.

3 comments:

Anonymous said...

hmm..sabar la kak as.. banyak2 kan berdoa...semoga ati org tu terbukak untuk menilai yang mana baik yang mana buruk..

:)

Anonymous said...

"wargh.. nak kitorang fire secara jemaah ke.."- tu ayat dlm dialog pilem je, realiti tadek.. wahahaha..


hmm.. patut le jln giler jem pagik tadik.. ghoper nye ade jalan tutup.. awat la tak kabooo awal2.. buang kaghan tul..

Anonymous said...

err.. nak kitaorg bom dia ke? heheheh.. moga org itu diberi hidayah oleh ALLAH SWT...amin..!