A'kum..
Salam di petang Isnin. Terasa letih sangat hari ni. Pening kepala pun ada. Maybe sebab dua hari yang penuh dengan aktiviti yang memenatkan.
Sabtu, axa ke Putrajaya seawal pukul 9 pagi untuk menghadiri sessi taklimat Flora Hunt yang akan axa sertai esoknya. Ramai yang masuk. Flora Hunt ni anjuran Tourism Malaysia sempena Pesta Flora 2007. Axa tengok more than 150 kereta yang akan menyertai. Axa bawa aszra sekali. Seronok aszra. Lepas taklimat, singgah alamanda.. main boling 3 games. Sampai rumah kat pukul 5 petang. Lepas tuh terus buat bunga telur.. next week kenduri Aqiqah Aszra.
Ahad, seawal 4.30 pagi axa dah bangun. Pukul 5.20 pagi, axa dan ayah aszra dah keluar dari rumah terus ke Putrajaya. We all nak Q untuk flag off. Lagi cepat lagi bagus. Sampai Putrajaya pukul 6.25. Kereta axa yang ke 20 sampai. Pukul 6.45, team mate axa sampai. Seperti biasa kami masih mengekalkan nama team yang sama "MB HUNTERS" dan ahli yang sama. Axa masih sebagai navigator, ayah aszra sebagai communicator, afat as the ice breaker dan jebat kali ni jadi driver. Giler dia ni drive.... ala2 bawak kereta turbo plak! Ada 2 lagi kereta kawan2 MB axa menyertai Flora Hunt ni. So kami dah buat pakatan.. untuk sama2 bekerjasama untuk cari jawapan. Flag off pukul 8 pagi dan kami ada masa 6 jam untuk menyelesaikan misi ni. Lepas dapat soalan dan bincang, kereta axa terus ke Seksyen 13 shah Alam dengan kereta Zam untuk selesaikan soalan kat situ dan kereta bjoe terus ke SS 2 PJ . Dalam tak sampai 1 jam kami berjaya menyelesaikan soalan ni Shah Alam dengan semua jawapan betul dan lepas tuh terus ke SS2 untuk bantu team bjoe. Sambil tuh ber sms jawapan. Sampai SS2.. soalan memang agak mencabar walaupun tak banyak sangat soalan. Lepas confident semua ok.. terus hantar part 1 ke mid point control. Kami dapat tugasan untuk mission. Kena terus ke Tasik Titiwangsa - Eye On Malaysia. Hmm ada peluang la naik benda tuh free agaknya he he he. Sampai kat EOM tuh, rupanya kena tengok dan kira gondola je.. Bukannya dapat naik pun. Lepas tu kereta axa terus pecut ke Pandan Indah dikuti dengan kereta Zam dan kereta bjoe terus ke Putrajaya untuk selesaikan soalan kat sana. Susah jugak kat Pandan Jaya nyer soalan. Ramai yang berpusing2. Lepas dah settle, team axa ke Alamanda untuk beli barang treasure dan team Zam terus ke Selera Putra, join bjoe cari jawapan. Lepas beli barang, terus kumpul dan tulis semua jawapan. Alhamdulillah kami tak kena penalti sebab submit masih dalam masa yang diberikan. Fuhhh memang letih.
Pukul 3.30 semua berkumpul utk pembentangan jawapan dan bagi hadiah. Axa kira team axa salah 6 soalan dan 2 treasure. Means.. markah kami 110 drp 150. Hadiah yang ditawarkan dr 1-30. Dan yang menariknya, buat pertama kali kami tersenarai dalam penerima hadiah kali ni. Team axa dapat tempat ke 30 dan team bjoe dpt tempat ke 29. Alhamdulillah, walaupun dapat hamper je, tapi kami puas hati.. sebab berjaya untuk mendapat tempat. Bukan senang nak jadi top 30. dlm hunt yang besar2 mcm ni. Walaupun team Zam tak dpt placing.. Zam dapat hadiah cabutan bertuah.. dpt kipas tuh.. senang la nanti.. tak payah beli kipas dah kawin nanti. Tak ada le.. Sato nak kipas kan Zam all the time.. he he he...Semua habis dlm kul 6. Memang penat.
Tahniah buat Team Bjoe (Bjoe, Kak Manis, Anna dan Syikin) dan Team Zam (Zam, Sato, Anis , Kawan Anis). Lain kali kita buat pakatan lagi ya. Dan team axa.. Ayah Aszra yg memang bagus dalam mengurus masa dan organize pakatan kali ni.. Afat yang memang selalu cepat pick up dan bijak dlm memecahkan soalan.. dan Jebat yang drive dengan laju. (Ngeri jugak tengok mamat ni drive). Well Done geng.. lain kali kita buat dengan lebih baik... !!!!
2 comments:
waaahhh... akhirnya dpt gak masuk blog kak as nie... dah lama try asyik kuar error jer.. btw, tahniah to geng MB. dpt gak placing..
(^_^) sgt besh join Flora Hunt neh..tp tuhla.. lagi ramai pakatan lagik menghasilkan jawapan yg tepat..kalo sensorg sure tah hapa2 jawapanla kitorg kasik..hehe..
lenkali nak join lagik.. tp team kak as mmg superb gak.. ;)
Post a Comment