Sukar nak mengambarkan perasaan saya dua tiga hari ni bila anak kesayangan tiba2 tak nak ke sekolah. Siapa lagi kalau bukan Aszra. Minggu pertama dia ok je. Balik sekolah excited tunjuk aktiviti mewarna dia. Masuk hari ke empat, dia mcm merengek... katanya dia lukis castle tak cantik. Memang la tak cantik.. Aszra kan baru belajar melukis. Hujung minggu pulak... almost setiap masa dia akan sebut yang dia tak nak pergi sekolah. Aduhaiiii...
Semalam, Isnin.. bangun pagi tak mandi.. tapi berjaya saya mandi dan pakaikan baju. Dia mintak saya tunggu di sekolah.. Saya tunggu lebih kurang setengah jam.. dan kemudian bila tengok dia beratur masa exercise tu dia dah ok..saya tinggalkan. Masa tu la saya dengar dia menangis panggil "Ibuuuuuuuuuuuu...". Sebak dada saya.. tak tenteram jadinya. Tapi teacher kata biarkan mereka yang handle.. lama2 biasa la. Balik semalam saya yang jemput.. bergegas2 saya dari ofis balik ke Setia Alam.. Alhamdulillah tengok dia tak menangis, tapi mukanya kelat.. Langsung tak excited. Tapi teacher kata dia ok kat kelas.. buat kerja semua ok. Tapi apa yang menakutkan saya berlaku lagi hari ni. Pagi ni langsung tak nak pakai baju... Kali ni bagi en Asrof pulak yang handle.. Tak sure apa yang dia cakap kan, dia nak pulak pakai baju. Tapi sampai kat sekolah, start menangis balik. Setengah jam en Asrof kena slow talk dengan dia. Finally pass pada teacher jugak.. Kali ni jerit "Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh". Saya tak tahan la tengok anak saya macam tu. Setiap kali tanya kenapa, dia kata dia takut. Puas kami tanya dia takut apa... takut teacher marah/pukul ke.. atau takut friend ke.. semua nya tak. Cuma dia keep repeating dia takut dia tak tahu nak buat kalau teacher suruh buat.. semuanya bermula dengan lukisan castle dia yang tak cantik tu. Dia kata dia tak pandai... Puas kami dan teacher2 nye kata "its ok..." tapi dia mcm tak puas hati.. Sometimes Aszra memang mcm tu. Apa saja yang dia buat, dia nak buat sampai perfect. Kalau tak, dia rasa dia gagal....
Saya agak stress jugak 2-3 hari ni dengan telatah Aszra. Saya juga kena get ready dengan pelbagai kemungkinan yang bakal saya tempuh nanti. Tapi sib baik, En Asrof seorang yang sangat tenang dan positif dalam menangani hal ni. Bila saya stress, dia la yang tolong cool kan saya. Pagi ni on the way ke ofis, kami berbual.. cuba mencari langkah2 terbaik untuk Aszra. Sama2 la berdoa agar Aszra tenang hati nya untuk ke sekolah..
5 comments:
anak saya pun kekadang tanak p skool, bila tya, dia kata sakit perutlah, pening kepalalah, tapi tu bukan reason sebenar, bila sy tanya lagi, baru dia bgtau, kawan2 ejek dia gemuk, dia tak suka pegi sekolah...maybe akak kena tya kut2 dia kena buli ke cikgu garang ke...kesian budak2..anak kita kan...mmg sedey tgk bila dia sedih kena tinggal
Betul tu. Sometimes environment sekolah tuh kot yg buat anak2 rasa tertekan.kekawan dan cikgu juga faktor. Cuba tgk dulu dlm masa terdekat. If masih tak ok kene cari alternatif tukar sekolah lain ke.Bahaya gak kalau terus paksa anak. Nanti mereka depressed lg kita susah hati
..baru je celoteh pasal sekolah ni kat blog akak semalam..
Akak pn pernah lalui insiden mcm Aszra ni..dah tekap gambar dgn kertas minyak, dah guna kertas karbon tp gambar still x cantik..akak nangis sampai basah buku tulis tu..so bila padam, abis berlubang la kan, bl (arwah) abah blk dari surau, dia kesian tgk akak bersungguh nk lukis, dia pun tlg lukiskan..mungkin akak dgn Aszra ada sket² persamaan kot..hehe. Cadangan akak, mgkin As blh ajar dia melukis ms kat rmh atau cari CD/bhn² utk dia belajar melukis
Salam,
Kenapa saya baru perasan entry2 dr blog ni?
kes awak sama mcm saya. bila sy bc n3 ni sy rs sebak sbb saya dh hampir putus asa.
serius saya ckp sy sedih tgk telatah anak dara sy. saya pun mcm awak google cr info2 yg boleh diguna dan diamalkn.
bt masa ni perubahan belum ada tp sy tetap berusaha. anak saya masih lagi meragam malah makin hari makin teruk.
ayat xnak ke sekolah dh x boleh pisah dr mulut dia. luluh hati saya lelebih lagi dia semakin berubah. susu dh xnk minum, mkn dh xnk lgsg, tidur mlama x lena, mengigau then dia sentiasa nak menangis.
sedih tgk dia... berat hati saya tp dia tetap perlu ke sekolah. belum sehari pun saya izinkn dia ponteng.
salam I-sya. Saya faham perasaan awak. Tapi jangan sekali2 awak putus asa ye. Saya memula memang sangat stress. Tapi saya cuba juga buat apa yang termampu. InsyaAllah..kesabaran dan keikhlasan akan dibayar dengan kebaikan...
Post a Comment