Salam Aidilfitri. Aduhaiii.....dah sebulan lebih saya tinggalkan blog saya ni. Last update awal puasa hari tu. Antara faktornya adalah tahap kemalasan yang sangat tinggi diikuti dengan beban kerja yang sangat banyak. Ni naik dari cuti raya pun, mcm tak menang tangan rasanya saya ni.
Oh..dikesempatan bulan Syawal ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua kenalan, saudara mara, sahabat handai yang jauh dan dekat.. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan saya samada yg saya sedar atau pun tidak.. Kira 0-0 la yer...eheheh. Bercerita tentang raya, Raya pertama saya di Kapar dan dapat la beraya di rumah saudara mara sekitar Klang, Port Klang dan Shah Alam. Raya kedua balik ke Seremban. Raya ke 3, saya dan keluarga mertua pulang ke Mersing. Raya ke 5, turun ke Johor Bahru dan terus balik ke Setia Alam... hari-hari seterusnya meneruskan aktiviti menziarahi sanak saudara la...Alhamdulillah, ramai yang dapat saya temui raya ni. Dan yang paling manis, Raya tahun ni, ada hati yang berbunga riang sambil mengucapkan syukur atas keajaiban yang diberikan.... Selamat Hari Raya!
3 comments:
Ada pun gambor raya ko.. dah besar si Asyif
السلام عليكم هل تتحدثين العربية؟
selamat hari raya As... Maaf zahir batin... Sabtu ni (25hb) jemput datang rumah mertua saya kat Batu 7 Jalan sempadan, Kampung Sijangkang. Saya buat aqiqah dan open house...
Post a Comment