Saya bukan orang yang mudah marah. Tapi kadang-kadang saya terasa nak marah. Dalam seminggu dua ni, tiba2 Aszra request ayahnya untuk tunggu dia mengaji. Waktu mengaji mula pukul 8 hingga 9. Selalunya lepas hantar, kami akan balik (rumah tak jauh pun) dan bila kul 9 baru jemput di balik. Lately ni pulak dia mcm nak suruh tunggu sampai menangis2. Bila saya tanya kenapa.. katanya takut. Bagi saya mungkin Aszra ni sengaja mengada sebab ada juga ibu bapa lain yang rajin tunggu anak kat situ (maybe rumah jauh kot). So.. bermula lah ayahnya nak kena tunggu tiap2 hari. Saya balik rumah je..
Isnin malam, saya terasa nak tunggu sama kat atas. Bawak la di Asyif sekali. By the time saya naik, Aszra sedang mengaji dengan ustazah. Ustazah baru kalau tak silap saya. Aszra pun ada inform dia ada ustazah baru. Suka la saya sebab berpeluang dengar anak saya mengaji. Ustazah ni tak perasan kot, saya ada kat situ. Saya dengar je cara dia mengajar. Ada part yang mungkin Aszra lupa atau lambat nak sebut (what do u expect budak umur 4 tahun boleh ingat semua ke?).. tiba2 ustazah ni macam nak marah pulak. Dia macam nak tengking pastu sebut "Aszra..takkan ni pun tak tahu.. ni kan sama je macam yang ni.." dengan nada yang bagi saya agak keras untuk seorang kanak-kanak kecik macam Aszra. Sabarnyer saya. Gerak gaya ustazah ni pun nampaknya macam tak friendly je.. Bila dah habis, saya terus ajak Aszra balik. Saya tak boleh lama kat situ, takut nanti saya naik angin.
Saya bukan nak marah membabi buta. Saya tak kisah, kalau Aszra kena marah atau dihukum sebab dia bermain ke.. atau tak dengar cakap ustazah ke. Saya boleh admit. Tapi kenapa dia perlu dimarahi ketika dia sedang membaca dan cuba untuk mengingati apa yang dipelajari. Bagi saya ustazah ni nampak macam tak sabar.. tak boleh bagi masa untuk budak2 berfikir ke? Saya tahu, Aszra tahu baca apa yang dia dah ajar, cuma kadang2, dia akan ambil masa untuk berfikir especially bila dia jumpa huruf2 yang mcm-mcm bentuk (Cth: huruf Ha je pun dah ada 4 jenis). Anak saya baru 4 tahun la..bukan dah darjah 1. Saya ada suruh dia ulangkaji kat rumah...then ok je dia baca. Saya tak faham kenapa ustazah ni macam tak ada kesabaran sedangkan kalau nak mengajar, kesabaran tu la yang paling tinggi. Tu la.. bukan mudah nak jadi ustazah/guru untuk budak2 kecik ni. Sebelum ni, Aszra tak ada masalah dengan ustazah lain. Ustazah pertama dan kedua dia, dua2 bagus. Orang nye lembut..mengajar pun sangat sabar. Sebab tu Aszra happy bila balik mengaji. Dia kata ustazah selalu puji.. Kadang-kadang, budak kecik macam ni dia perlukan sokongan dan pujian. Baru dia bersemangat. Bukan dengan suara yang kasar. Sikap macam ni lah yang boleh buat anak-anak kecil tak minat mengaji. Saya hantar Aszra ke kelas muzik.. sangat berbeza, guru muziknya sangat friendly.. malah selalu bagi pujian sebab nak makesure budak2 ni suka belajar. Masa Aszra di Tumble Tots pun sama, teacher2 dia memang senyum je.. sabar layan kerenah budak.. Tapi sekarang part mengaji, saya risau Aszra jadi takut nak gi kelas. Kenapa ye.. bila bab2 mengaji mesti nak kena garang2?
Last nite saya bincang dengan en asrof. Katanya saya ada point untuk marah. Tapi seperti yang saya katakan, saya tidak akan marah membabi buta. En Asrof minta saya pantau sekali lagi. Jika saya dapati ustazah ini masih dengan kekerasannya, saya tidak teragak-agak untuk bersemuka dengannya untuk memberi pendapat saya. Atau jika tiada kesan, saya akan bertemu terus dengan pengetua nya. Kami ada hak..kerana tiap2 bulan, kami hantar anak bukan percuma!
8 comments:
Seorang kawan sekerja hv similar problem, anak lelaki umur 4 tahun. dia admit anak dia ni nakal tapi bila satu hari balik dari ngaji telinga anak dia lebam (kena peliat dek ustazah yg ngajar)..she asked my opinion - i told her...kalau sampai lembam2 baik takyah! cos budak tu only 4 tahun...apa nak gesa & paksa2. U kena pandai tackle minat budak tu utk minat belajar. Dlm kes ni Asnida, izinkan kita beri pendapat...tgk sign pd anak2. Jgn tunggu sampai dia jadi tak minat langsung belajar mengaji. Obvious sungguh aszra tak selesa dgn cara cara ustazah baru yg mengajar dia; kalau tidak kenapa dia buat perangai, ye tak? Sebelum terlambat, I suggest u jumpalah pengetua minta di tukar ustazah tu cos u ada hak..kepentingan anak no.1. Kita bukan demang yg bukan2 nak tunjuk cerewet, tapi kalau u sendiri rasa tak sedap hati, kesian aszra dari seronok nak belajar jadi takut2. Dont wait till its too late.
betul tu kak asnida, kalau azra main ke taknak baca ke lain lah. mngkin ustazah tu belum biasa lagi ajar budak2 kecik macam azra kan :)
Kalau kita...tak yah pantau2 lagi. Minta jer tukar ustazah. As ada hak. Cara mengajar dulu2 tak boleh apply utk kanak2 sekarang... sebab sekarang kita dah tahu apa cara yg lebih efektif. Lagipun Aszra baru 4 thn... belajar patut seronok utk menarik minat, bukan ditakut2kan.
Kalau Aszra dah minta ditunggu, makna dia dah takut....sebelum dia langsung tak suka mengaji, baik ajer minta ditukar.
tu la.. saya memang nak mintak tukar ustazah. Actually ada 2-3 org ustazah.. saya dapat tahu diaorg ni tukar2 mengajar. Selalu dia ngan ustazah lain.. ni baru seminggu ustazah garang ni mengajar dia.. tu yang dia tak sesuai kot..btw..thanks semua..
kalau anak-anak saya sure bukan cakap takut lagi dah... akan tak gi lagi kelas.. if you dont feel comfortable try to speak to the pengetua... if not find a new class /ustazah.
nanti akan set dlm kepala dia ustazah / ustaz ni memang tak friendly and taknak gi mengaji lg
so far dia nak lagi pergi mengaji.. dia pun tak lah mengadu yang ustazah marah..cuma kebetulan, saya sendiri dengar masa dia mengaji..tu yang saya angin tuh...
sometime anak-anak ni..takut pun ye...bukan semua nak ngadu kat mak dia takut dia yang kena marah. Buat la mana yang perlu asnida jumpa ustazah minta pendapat...kita bukan nak cerewet, taking into consideration umur anak kita, Aszra kecil lagi.
Through the evening that the clothes design came out it [B][URL=http://www.edhardystore.uk.com]ed hardy[/URL][/B] renowned inside the whole wold. Holdingg the [B]ed hardy[/B] group may be the mark of celebrities.
Together with all the success of [B][URL=http://www.edhardystore.uk.com]ed hardy clothes[/URL][/B] clothes stytle you will find troubles linked with them. [B]ed hardy clothes[/B] good results of [B]ed hardy clothes[/B] clothes collection is because of Christian Audigier's unique advertising and marketing styles, you'll find so a number of who argue this. Audigier very own many [B][URL=http://www.edhardystore.uk.com]ed hardy uk[/URL][/B] buddies and he maintain them. [B][URL=http://www.edhardystore.uk.com]ed hardy uk[/URL][/B] just provides his buddies no cost goods and take photos from them wearing his types instead of paying so numerous amounts of dollars for the style who will [B][URL=http://www.edhardystore.uk.com]ed hardy clothes[/URL][/B] the clothes selection.
Post a Comment