Salam... Yup.. weekend lepas kebanyakan aktiviti adalah untuk Aszra. Jumaat 11 December 2009, seperti yang dijanjikan, Mamacu telah membelanja Aszra, Ibu dan Ayah gi tengok citer yang Aszra nanti2 kan.. The Princess & The Frog kat TGV Bukit Raja. Aszra paling excited la. Tiap2 kali nampak iklan citer ni asyik tanya bila nak gi tengok.. ni la dia kan.. bila anak dah start membesar.We all ni Ibu ngan ayah layankan je la kan.....
Sabtu 12 December, pagi kul 11 lepas breakfast kat mamak, untuk pertama kali bawak Aszra ke Dentist. Saja nak biasakan dia.. even gigi dia masih cantik, tapi memang elok dibuat rutin jumpa doktor gigi ni. Elok je dia duk kena check. Tak takut langsung. Dia mula nak gi dentist ni pun after tengok iklan colgate kalau tak silap. Asyik tanya bila nak gi dentist. Berus gigi pun sekarang pakai colgate perisa strawberry la..hehehe. Lepas aszra nyer check up.. ayah aszra lak buat scalling..(betul ke ejaan ni)... lama tuhh...
Belah petang, seperti biasa kelas Aszra kat Tumble Tots. Then lepas kelas Tumble Tots Aszra we all ke Endah Parade. Fuuhhh dah lama kat ke situ sejak Axa mengandung ni. MB ada buat tournament 369. Alhamdulillah berjalan lancar. Axa tak leh nak tolong sangat sebab perut ni dah ke depan benor. Duk kat kaunter pendaftaran je ler.
Ahad lak kul 10 pagi... dah bersiap2 nak gi YAMAHA Music kat Setia Alam ni. Ada Open Day + Trial class untuk Aszra. Kagum tengok budak umur 4 tahun dah leh main Organ. Untuk trial class.. parent kena join sekali la.. setiap student kena duduk kat satu Organ. Teruja lak axa. Maklum la.. yang ada kat umah tak lah sebesar itu. Teacher tu kata memang setiap student wajib duduk kat satu organ. Sebab setiap kelas diaorg akan guna organ untuk belajar. So.. lepas tu kami terus sign up kat aszra untuk kelas Music Kids Grade 1. Memang khas untuk bebudak 3 1/2 tahun. Course ni 6 bulan, start on January 2010. Kat Grade 1 ni diaorg akan belajar hearing skill, beat, rythm.. basic music. Masuk Grade 2 nanti another 6 months lak, baru belajar key & score. Ada 9 Grade semuanya untuk 8 tahun pengajian. Memang complete la.. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami memang nak dia habiskan sama Grade 9. Masa duk tengok mini concert kat situ, tiba2 terfikir betapa bertuahnya Aszra coz dapat join this kind of class. Actually ni la impian axa masa kecik nak masuk music class.. tapi masa tu mungkin kekangan kewangan family dan juga ayah tak nak axa terleka dengan music coz ayah kata dia tinggalkan study because of music. Yup, ayah axa bekas musician.. biasa main kat RTM dulu2.. Arwah atuk axa pun pemain violin kat RTM. So.. dari kecik axa dah biasa ngan music. Axa belajar note music since umur 6 tahun.. tapi ayah la yang ajar. Mulanya main ngan melodian.. lepas tu baru ayah belikan keyboard, gitar... Hantar aszra ke music class ni mungkin hajat axa, dan axa harap aszra juga minat.. sofar ok la dia tunjuk minat.. cuma if dia tunjuk dia tak minat.. axa takkan paksa dia.. biar dia tentukan minat dia sendiri... InsyaAllah....
1 comment:
bagus betul si Aszra ni. Tak takut langsung ye. Kalau anak aku, sure dah menjerit dah tuh.
Post a Comment