Friday, November 20, 2009

Cyril Simply Magic

Salam pagi jumaat. Rajin lak axa mengupdate blog minggu ni..ehhehe hari ni free sikit.. ada dua review yang batal saat akhir... gini la kijer ngan org besor.. bila2 je depa leh nak tunda dan cari tarikh baru.. hmm.. tak apa.. masih leh kejar lagi dateline 11/12/09 ni.. InsyaAllah..

Just nak citer, last nite sempat la axa layan si Cyril.. Simply Magic kat AXN tu. Tapi tengok kul 12 (ulangan) coz yang kul 9 tak sempat nak tengok sebab gi berfoya-foya ngan ayah aszra berdua-duaan di OU. Seminggu sekali kena ada masa untuk berdua-duaan...hari2 lain mesti lepak ngan aszra nyer.. Ok la.. berbalik citer pasal rancangan Cyril Simply Magic ni.. apa yang best sangat. Entah la.. sama la mcm rancangan magic2 yang lain.. Axa bukan la minat sangat silap mata ni.. ada depan mata tengok je.. Cuma rancangan Cyril ni mcm axa tunggu2 la pulak.. selalu kul 12 mlm memang dah lelap dah... tapi last nite sanggup lepak depan sofa.. kul 12 ayah aszra kejutkan. Terang bijik mata.. Heheheh


Actually, axa dah terperasan kewujudan Cyril ni beberapa bulan yang lepas.. dlm promo rancangan ni la.. simply Magic. Masa tu first time tengok muka dia.. terus ckp dlm hati "hensem la pulak mamat ni" (jangan marah ye ayah aszra.. awak tetap paling comel..). Kira terkesan la kehenseman dia di hati axa ni.. ehhehehe Takat tu je la kan.. pembawakan budak dalam perut kot. Rasa mcm seronok la nak tengok muka si Cyril yang ada iras2 melayu ni. Rupanya dia ni mix Japanese (ayah dia) dengan Moroccon-French (emak dia).. tapi lahir di LA. Sekarang ni dah sangat popular kat Jepun. Patut muka ala2 asian.. So last nite tengok la aksi dia kat Singapore. Mcm2 la dia buat... terkagum la jugak.. biasa lah magic kan.. tapi axa lebih suka tengok muka dan gaya dia bercakap. Mcm best jeeeeee... Over lak axa ni.. huhuhuh.. Next week part two dia beraksi di KL lak. Naper la masa di rakam kat KL tak terserempak ngan axa. Sure axa dengan muka tak malu nak mintak ambik gambar... hhmmm jangan keluar baby ni ada iras2 muka si cyril tu udah ler yer.. (tapi ok gak..hensem..baby boy ok la.. kalau baby girl...hmmm). Actually masa pregnant aszra dulu axa gila tengok muka Maya Karin dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam II. Sampai dua kali gi wayang ...pastu tengok CD lagi. Bila part maya karin je tak kira la tengah muka biasa ke.. muka hantu ke.. axa akan terdetik kat dlm hati.. cantiknya dia ni.. cantik nyaaa........... ni pregnant kali ni si Cyril la pulak.. mcm2 la penangan mengandung kan...

No comments: