Wednesday, October 28, 2009

Memaafkan...

Salam pagi Rabu.. Lama tak update. Ada dua sebab utama. 1. Sangat busy lately ni sampai tak ada masa nak karang ayat untuk pos kat blog. 2. Terkena penyakit malas la pulak.. banyak nak citer, tapi malas betul nak sign in dan menulis. Hormon orang mengandung kot... hari ni tetiba ada mood nak menulis..hehehe.

Actually nak kongsi pendapat. Pagi tadi masa on the way ke ofis, on kejap Hot FM. Selalu dengar mix.fm.. tapi tadi tetiba nak dengar hot pulak. Masa tu Faizal Ismail tengah bercakap dengan Prof. Izzi Haji Ali.. pakar motivasi yang selalu bagi ceramah kat hot.fm tu la. Tajuknya hari ni.. "Memaafkan kesalahan orang lain". Menarik pulak nak dengar. Prof tu kata.. kite perlu ada sifat untuk memaafkan kesalahan orang lain. Kalau kite mudah memaafkan, Allah juga akan mudah memaafkan kesilapan kite di akhirat kelak. InsyaAllah... Lepas tu prof tu juga kata, bagi orang yang telah dimaafkan, janganlah pula mengulangi kesilapan itu berulang-ulang kali seolah2 cuba nak mengambil kesempatan pulak. Nanti oarang yang memaafkan tu akan jadi bosan dan berhenti pulak memaafkan.

Bahagian kedua pulak.. sifat memaafkan dalam hubungan rumah tangga. Jika suami/isteri melakukan kesalahan berulang-ulang2 kali, perlukah dimaafkan? Dalam hal ni pulak, Prof izzi kata, ya.. kite perlu memaafkan cuma pilihan selepas memaafkan itu yang berbeza. Pilihan pertama..kite memaafkan pasangan dan menerima dia kembali dengan harapan agar dia berubah. Pilihan kedua, kita memaafkan namun perpisahan adalah jalan yang terbaik. Ini berlaku sekiranya kita tahu pada masa akan datang, hubungan ini akan lebih memudaratkan. Bukanlah untuk menggalakkan perpisahan.. cuma dalam konteks ini perpisahan dilihat sebagai penyelesaian masalah bagi kes2 yang rumit yang mampu menjejaskan hukum agama seperti pasangan yang tidak mahu berubah dari melakukan dosa2 besar, minum arak, berzina berulang2 kali. Ianya tidak baik untuk dijadikan contoh kepada anak2 dan generasi di masa hadapan.

Mudah-mudahan kite sentiasa diberikan kekuatan untuk memaafkan...

No comments: