Salam pagi Rabu... baru ni la dapat update blog. Dah dua hari kat Putrajaya.. kejap lagi nak pergi lagi..sampai la esok. Mood pun mcm tak best je... ditambah pulak dengan kadar kesihatan yang semakin merudum... harapnya tak berpanjangan.
Ok la.. sementara ada masa ni.. citer sikit pasal lat weekend. Since Khamis axa dah cuti. Kena prepare 100 ++ cupcakes untuk wedding kak Dura, my eldest sister in law. So khamis malam dah balik seremban. Kat seremban semua sedara mara dah ada nampaknya. Kali ni tema wedding... white & purple.
Majlis akad nikah dan kenduri berlangsung pada hari Sabtu, 6 Jun 2009. Akad nikah di jalankan di surau sebelah rumah je. Kami sekeluarga mengenakan persalinan warna purple dan Kak dura pulak warna putih.. Alhamdulillah pukul 12 tengah hari.. sah la kak dura menjadi seorang isteri. Ramai jugak sedara mara yang datang. Axa sendiri rasa letih seharian berdiri... disamping axa menjadi banker (tolong bawak beg ibu...yang berisi duit yang orang bagi..hehhe).
Yang best nya wedding ni.. ada jugak artis datang.. Aqashah ngan Adlin Aman Ramli.. diaorg ni kawan baik ngan pengantin lelaki. We all menanti2 jugak kalau2 Dr Sheikh Muzaffar (angkasawan negara) nak datang... tapi yang datang mak dan ayah dia je yang datang. Actually family Dr Sheikh Muzaffar ni...memang family friend ngan family in law axa..sebab Kak Dura dan Sheikh Muzaffar sama2 buat medic kat Manipal, India.. so family ni semua rapat la.. masa tu Sheikh Muzaffar tak glamour lagi la...heheh.. hopefully dia datang masa reception kat Merak Kayangan nanti.
Apa2 pun tahniah untuk kakak ipar axa, Dr. Adura Abd Rauf dengan pasangnya Mohd Azlan Mohd Adnan atau nama artisnya..Ted Adzelan. (Ted ni seorang musician + orang filem). Semoga berkekalan dan berbahagia selalu.. Jom join saya tambah cucu ibu dan ayah nak...ehehehehh
Kak dura dengan barang2 hantaran yg penuh dnegan fresh flower..cantik!
3 comments:
Akak kat PICC ke? Saya pun ada sana!! ..hhehehe ... esok jenguk2 lah ..:P
salam.. tak sangka boleh jumpa posting pasal k.dura kat sini.. akak ni sebenarnya kenal k.dura masa sek kat kkb dulu.. my sister satu class dgn k.dura & asrof was in std 1 kalau tak silap.. one day, ntah mcm mana akak boleh jumpa asrof masa chatting kat irc.. geng KUTU.. masa tu baru tau yg asrof ni adik k.dura.. tapi lepas tu dah lost contact & masa search adura abd rauf jap tadi, akak terjumpa blog axa ni.. senang2 ym akak ye, syurinawahiya - dah add asrof kat facebook.. tapi dia blum add lagi.. thnx axa.. slamat berkenalan..
salam..Dr Adura ade blog or fb tak?Dia pernah rawat arwah anak saya kat...Allahyarham Muhammad Nor Iman...last august kat IJN...nak say TQ coz dia baik sangat....
Post a Comment