Monday, June 01, 2009

On Her Birthday 28 Mei 2009

Salam pagi Isnin...
Hari ni saja nak cerita tentang Aszra yang baru2 ni menyambut birthday dia yang ke 3 tahun. 28 Mei hari tu.. kami sekeluarga plan nak potong kek dan bagi hadiah kat dia.. tapi birthdya party dia still on la.. pada awal rancangan nak buat 31 Mei (semalam)... tapi oleh kerana UMI Aszra akan melangsungkan perkahwinan 6 June ni..so KAMI tunda la ke 21 June. Sebab semalam kami balik ke Seremban.. nak tengok2 apa yang boleh dibuat utk persiapan majlis tu. Sempat juga bawak IBU ke Nilai utk beli karpet.. So, pada semua yang tertunggu2 birthday party aszra.. axa akan invite semula yer... jangan lupa 21 June 2009, 3 petang.. tema Disney Princes.


Tak sabar nak tiup lilin

Potong kek dengan ayah...
Ok.. about 28 Mei hari tu. Axa dan ayah aszra tak cuti...sorry ye aszra. Then..lepas office terus gerak ke Tropicana Mall, kat situ ada Toy 'r' us. Dah plan nak belikan something utk aszra. Pening juga nak beli hadiah utk anak sendiri. Kebanyakan mainan aszra dah ada dan dah biasa. Almost every month ada je toys utk dia. Nak belikan laptop pun dia dah ada.. kami terfikir nak beli something yang ada value dan tahan lama.. so that dia akan ingat, hadiah ni.. hadiah masa umur dia 3 tahun. Finally axa terpandang Electrical Piano. Sangat teruja.. harga pun mengujakan jugak...huhuhuh... Piano ni bentuknya sebiji macam piano klasik besar yang siap bertutup tu... tapi in small version. Harus la axa suka...sebab axa kan pecinta piano/keyboard. In fact..masa umur 5 tahun ayah axa belikan axa melodian (sekarang dah susah nak jumpa)... at age 6, axa dah kenal note music. Pastu umur 11 tahun ayah belikan YAMAHA Keyboard. Masa tu harga nya sangat mahal. Puas jugak la axa buat persembahan guna keyboard tu...masih elok sampai hari ni dan pad aumur 15 tahun, ayah belikan axa gitar.. pun masih elok. Now.. its my turn utk belikan aszra musical instrument kan....Yup.. KAMI pun beli! Sekali sekala belanja aszra kan.. apa salahnya.

Mamacu bagi hadiah..

Horeyyyyy... dapat baju yang diidam2 kan

Balik rumah je, Mamacu dan Pakcu pun dah sampai. Lepas makan malam.. Aszra potong kek. Memang suka benar dia nak potong kek..nak tiup lilin... pastu Mamacu bagi hadiah kat aszra... Bulat mata aszra tengok hadiah mamacu..apa tak nya... Dress ala2 princess dari Flower girl. Punya la aszra suka..time tu jugak nak pakai... mula la berangan kononnya mcm snow white la.. cinderella. Senyum memanjang.. apa yang diidam2 kan menujadi kenyataan. Memang dah lama dia mintak nak gaun macam tu.. so..mamacu kata boleh pakai masa birthday party aszra nanti.


Time ayah dan ibu pulak bagi hadiah...terkejut aszra tengok hadiah dia besar. Tak sabar nak bukak.. tadaaaaaaaaaaaa.... piano.. Lepas atuk ngan ayah assemble kan, duduk la aszra gaya orang bermain piano dengan baju princes dia.. ehheheh.. buat mas ani aszra masih belum leh main apa2 lagi, tapi, ibu akan pastikan by umur 4 tahun, aszra dah mampu main lagu... InsyaAllah... Hopefully aszra happy masa birthday dia tuh... dan nampaknya dia tak sabar2 nak tunggu birthday party dia pulak...heheheh

Bukak hadiah Ibu dan Ayah

Ni la dia piano aszra...

dah ada gaya sorang pianist.

Bergaya lagi ngan dress dia..

Layan kan je la... dah birthday dia kan..


5 comments:

Nora said...

amboi2 anak dara ko ni. cepat betul dah besarnya.. kejap lagi masuk sekolah, lepas tu masuk universiti, lepas tu dah nak kawin. Salam peluk cium untuk Aszra.

Anonymous said...

oo..birthday aszra. happy birthday to aszra...moga sihat selalu dan menjadi anak solehah

as..mana mamacu beli baju tu? sgt cantek...

-kak sa

as a.k.a axa87 said...

Nora.. memang cepat masa berlalu, mcm semalam je dia jadi baby.. la ni dah besar dah. Heheheh

Kak Sa.. Adik saya belikan baju tu kat Butik Flower Girl kat One Utama.. Kat Sogo pun ada, kat kids area. Memang cantik2 baju kat situ.. masa first birthday aszra pun beli kat situ jugak

anese said...

alamak....sy pun berkenan dgn piano ni...sy pun teruja jugak...hehe..

Anonymous said...

ooo..ye ke. ok. thanks as..

-ksa