A'kum.. salam pagi Isnin. Lepas 3 hari bercuti (hari wilayah + cuti hujung minggu).. axa kembali bekerja... keletihan perjalanan balik dr Mersing masih lagi terasa. Kaki ni lenguh2..even tak drive, tapi memangku aszra sepanjang perjalanan... boleh cramp wooo....
Jumaat, sempena cuti hari Wilayah (Selamat Hari Wilayah buat warga kerja di KL, Putrajaya dan Labuan) kami, axa, ayah aszra, aszra berserta Tok Wan, Tok Ayah dan Umi balik ke Mersing. Last time balik masa raya puasa kot. Kami sampai dalam kul 5 petang.. hujan sangat lebat di Mersing. Hari sabtu pun hujan lagi....hajat ayah aszra nak gi mandi laut kat pantai Air Papan terbantut je... sebab hujan tak henti2 dr pagi hingga la ke malam. So.. kami ni duduk kat rumah je la.. layan TV dan makan, makan dan makan lagi... Tak ada aktiviti menarik yang dapat dilakukan sepanjang siang. Tapi belah malam.. sempat ke rumah Uncle Aman (abang Tok Ayah)..dan sempat lak berhenti kat area Jeti Pulau Tioman.. ada Karnival Jom Center (x tahu la apa yang dimaksudkan). Hajat Tok Wan nak tengok Zamani tercapai jugak.. hehehe. Sayang la..lupa bawak camera. Tunggu Umi send gambar dr digicam dia la nampaknya...
Sempat lagi ambik gambar atas menara tepi laut ni
Aszra bosan, tak dapat gi mana2 sebab hari hujan..So duk la layan blues atas rocking chair ni (satu tika dulu.. aszra duduk beriba, kali ni aszra dah leh duduk sorang2 dah)
Ni la rumah Tok Ayah dan Tok Wan kat Mersing .. kawan2 MB mesti ingat kan..
Tok wan dan Ayah Aszra berhempas pulas petik belimbing
Kali ni, buat belimbing pulak yang banyak. Ni belimbing besi.. ada jugak belimbing buluh..buat jeruk sedap wooo...
Tok wan dan Ayah Aszra berhempas pulas petik belimbing
Kali ni, buat belimbing pulak yang banyak. Ni belimbing besi.. ada jugak belimbing buluh..buat jeruk sedap wooo...
Ahad.. kami bertolak balik lebih kurang pukul 12 tgh hari. Sempat beli satar dan keropok lekor buatan Mersing. Sedap woo keropok kat situ. Pastu lepas singgah umah Achik (adik tokwan).. kami terus balik.. sekali lagi..merempuh hujan yang sangat lebat. Tapi sempay singgah kat Air Hitam.. Tok wan belikan tabung botol susu untuk cucu2 nya, termasuk la aszra. Ibu lak..beli kan Aszra, si Patrick idaman aszra..dan Barney yang aszra suka tengok kat VCD tu... Kami sampai Seremban kul 5 lebih dan axa , ayah aszra dan aszra bertolak ke Klang lepas Marghrib... singgah kat Sunway Kayangan, hantar barang-barang untuk Mama Aida ...dan sampai umah Wan kul 10.30.. penat nyaaa......
1 comment:
air papan...air papan... wendunya nak mandi2 cam hari tu...
Post a Comment