Friday, February 29, 2008

Lets talk about life

Assalamualaikum..salam pagi Jumaat.
Gambar atas ni tak kena-mengena ngan tajuk pun.. tapi gambar ni a part of life axa la...sebab axa yang masak sendiri Spagetti Bolognese with White Sauce (percubaan pertama buat white sauce) untuk dinner kami last night. Bawak bekal jugak pagi ni, bagi kak Ezamrina dan Aya rasa..

Ok la.. baru-baru ni axa ada tengok satu sedutan dari rancangan Oprah kat youtube, ada sorang lecturer ni nama dia Dr. Randy Pausch.. dia bagi lecture yang bertajuk The Last Lecture. Dia ni pesakit cancer... yang sepatutnya hidup sampai August 2007, tapi berjaya melawan penyakitnya sampai ke hari ini. Lecture dia ni..berckp tentang life.... memang nampak mcm biasa, tapi di akhir lecture nya.. sangat menyentuh perasaan. Ayah aszra sendiri tersentuh..apa tah lagi axa yang sentimentel. Last slide Dr. ni... actually dia buat lecture dan slide tu.. pada asalnya bukan la untuk disampaikan pada pelajar dan orang awam, tapi adalah untuk 3 orang anak-anaknya yang masih kecil..yang sangat manja dengannya. Dia tahu... dia tak ada banyak masa untuk ajar anaknya macam-macam tentang hidup.. tapi dia harap dia mampu tinggal kan 'sesuatu' yang dapat dinilai dan dimanfaatkan oleh anak-anaknya bila besar nanti. Tapi sekarang... lecture nya itu dah jadi inspirasi untuk orang-orang yang mendengar..termasuk axa kot. (saper2 yg suka layan youtube.. cari la ...)

Belajar la menghargai kehidupan yang kita miliki.. kerana kita tidak tahu apa yang telah dijanjikan untuk kita hari esok....

Monday, February 25, 2008

Weekend - Gitu- Gitu Bowling - Seremban

A'kum.. salam pagi Isnin. Penat sungguh rasa pagi ni.. Datang pun lewat... punch card merah lorrr...

Just nak story mory tentang weekend lepas... Actually weekend axa agak panjang.. coz, cuti dr hari Jumaat. Bukan annual leave tapi emergency leave. Pak Teh axa meninggal dunia petang Khamis lepas. Malam tu kami sekeluarga tidur di Banting. Jenazah dikebumikan pada hari Jumaat, pukul 10.30 pagi. Just nak ckp ni utk ayah aszra.. "i'am so proud having u as my husband...". Pertama kali axa tengok ayah aszra membantu menguruskan jenazah dari mula memotong kain kapan, memandikan, mengapan, mengusung dan mengebumikan jenazah. Berlonak-lonak dengan tanah dan lumpur.. (ok dah...jangan kembang lebih-lebih).

Sabtu
Hari Sabtu, axa, ayah aszra dan aszra ke Mid Valley. Axa ada Gitu-Gitu Bowling Returns anjuran XYBASE. Yang masuk semuanya customer XYBASE (semua gomen) termasuk la JPM. Sebelum tournament KAMI gi lunch kat Carls Junior.. maleh nak mengangkut beg boling jauh2. Burger besar2 belaka.. sangat kenyang. Tournament mula kul 2 petang. ICU JPM hantar 4 teams. Main 3 games.. sangat la mencabar main kat sini. Lagu dipasang kuat2.. semua lagi jinjang je.. pastu second game pulak, lampu dimatikan.. Jenuh la axa nak cari arrow.. baling je la... Alhamdulillah.. axa dapat tempat ke 6 untuk kategori individu wanita.. dapat apa??? Dapat microwave ELBA tu....huhuhu... hadiah memang gempak2.. ada dvd player.. external hard disc.. macam-macam la..

Pastu gerak ke Seremban... balik kampung....oooo balik kampung...


Ahad
Kami di Seremban. Ibu tak sihat. Kesian Ibu... makan pun tak boleh. Asyik nak keluar balik. Tengah hari hantar Ibu ke Hospital Seremban. Ibu kena ambik drip... dalam kul 2 dah boleh balik. Tapi Ibu still tak sihat. Cuma bila dah masuk petang baru nampak Ibu macam ok sikit. Axa masak bubur nasi untuk Ibu. Akhirnya semua makan bubur nasi tu.. Alhamdulillah Ibu tak tunjuk simptom muntah. Kul 10.30 mlm..kami bertolak balik ke Kapar.. Risau jugak dengan kesihatan Ibu..Mudah-mudahan Ibu cepat sembuh..Amin..

Dua beranak ni suka benar makan kat situ


Aszra dah pandai posing tiap kali ambik gambar. Suruh je buat gaya apa..dia akan ikut.


Ni team axa.. ICU JPM -2 (axa, zuriman, hafiez dan Meet Uncle Hussein)


Tension betul main dalam gelap...

Mungkin ini la CINTA - Buat Mak Teh dan Pak Teh

Tanggal 23 Februari 2007, hampir genap setahun Mak Teh telah pergi . Pemergiannya yang sangat mengejutkan semua... tanpa sakit yang tenat, tanpa ucapan terakhir, Mak Teh menghadap Illahi dengan tenang. Hati yang melihat sangat sakit, pedih.. Cucu yang masih dalam kandungan tidak sempat dibelai lembut tangan seorang nenek. Simpati membuak-buak, melihat kak Ina yang pengsan ketika jenazah diusung keluar. Setiap mata yang memandang, merah dan ada air jernih bertakung dan menitis.

Pak Teh... raut wajahnya tenang, melihat teman hidup, terbujur kaku..sedangkan petang sebelum itu, ada ucapan kasih terucap dari mulut Mak Teh. Melambai2 Pak Teh yang meninggalkan rumah untuk bekerja. Sempat Mak Teh berpesan.. jaga la anak-anak dengan baik. Pak Teh cuma senyum.. tanpa menyangka itu pesanan akhir buat nya. Dan bila Pak Teh balik, Mak Teh dah tak ada...
Pak Teh hanya duduk... sukar melihat air mata tumpah dari mata tua Pak Teh. Pada kami, dia bercerita.. semua tentang Mak Teh. Kata-katanya penuh senyuman... bercerita tentang selipar baru Mak Teh yang baru dibeli sehari sebelum...tak sempat Mak Teh nak pakai katanya... Lagi tersenyum, mengingatkan kami ubi yang ditanam didepan rumah.. tak sempat dia dan Mak Teh nak menariknya. Pak Teh tenang berceloteh.. Kami yang sebak.. menahan setiap air mata yang tunggu masa untuk tumpah.

Kami, anak-anak, anak saudara, sahabat handai.. mungkin mampu menangis, menitiskan air mata.. tapi Pak Teh, tak mampu untuk kami baca hati dan perasaannya. Kadang-kadang kami terfikir, Pak Teh tak sedih ke Mak Teh tak ada.. tapi lama-lama kami faham... Pak Teh lebih suka untuk mengingati saat-saat bersama Mak Teh dari mengingati pemergiannya.

Setiap yang hidup pasti mati. Itu janji Allah. Tanggal 21 Februari 2008, dua hari sebelum genap setahun pemergian Mak Teh.. Pak Teh pula pergi menemani Mak Teh. Sekali lagi, rumah itu kami kunjungi... sekali lagi melihat jenazah diusung keluar.. melihat deraian air mata anak-anak, saudara dan kenalan. Pak Teh pergi selepas diserang strok.. Selama ini, Pak Teh sihat, Pak Teh gigih namun... ini lah takdirnya. 6 bulan terlantar kesepian.. Walau pemergian Pak Teh ini telah diduga, tetapi air mata kami tetap mengalir jua... hampir genap setahun Pak Teh hilang teman...Pak Teh tidak mahu menunggu lagi.. dia pergi menghadap Illahi.. menemani isteri tercinta... Seolah telah terpatri satu janji.. Al- Fatihah buat Arwah Mak Teh dan Pak Teh...

Monday, February 18, 2008

Hunt for Ms Yasmin


Assalamualaikum wbth.
Salam pagi Isnin. Singgah sini jap..nak update aktiviti hujung minggu. Lepas ni ada kerja yang menanti. Sabtu lepas, axa dan ayah aszra join Hunt for Ms Yasmin yang dianjurkan oleh Bayer Schering Pharma. Lama kami tak gi hunt since Putrajaya Hunt on July last year. So.. this hunt will be the beginning of our hunting activities. More coming in March...huhuhu...


Ok la, specialnya hunt kali ni, ianya adalah untuk couple (they prefer yang dah kawin la..tapi ada jugak yang tak kawin lagi)... in conjunction of Valentines Day la ni.. tapi yang lebih interesting ialah... kami belajar banyak benda baru tentang Contraception method and birth control.. sounds mcm kelakar.. tapi apa yang Bayer nak sampaikan ialah.. how important the family planning for us. Hunt ni sangat bagus dan berguna untuk pasangan yang baru berkahwin atau yang sedang merancang keluarga. Actually banyak yang kita tak tahu.. axa sendiri pernah dpt consultation from my Gynae..tapi masa tu tak faham sangat.. tapi kali ni ok la.. faham banyak.

Hunt bermula di Jaya 33 @ Seksyen 14, PJ. Ni walk hunt..so kena jalan kaki lorrr. Mula2 buat hunt kat area situ je. Pastu kena ke Stesyen LRT Asia Jaya.. dan naik LRT ke KL Sentral. Sampai KL Sentral.. buat hunt kat Jln Sambathan dan Thambipillai (sesak sungguh kat sini... ). Pastu naik pulak monorail ke Berjaya Time Square. Buat hunt kat Level LG dan Level 2 kat situ. Pastu..lari la ke Finish Control kat Lecka-Lecka, Bukit Bintang. Lepas submit kena buat mission lagi... kena menyumpit la pulak..dan main puzzle. Axa dan ayah aszra sampao on time.. pastu kami dijamu lunch kat situ..which is really berbaloi.. buffet spagetti, salad, daging panggang, creamy mushroom soup dan dessert yang sangat sedap. Sambil tu ada talk about contraception ni. Then sesi semak jawapan..ramai regular hunter tak puas hati coz soalan kat Berjaya Times Square banyak yang tak logik dan soalanya sendiri salah.. Ayah dan aszra tak menang pun...even kami betul dlm banyak juga soalan..except kat Berjaya tu la.. Tak ada rezeki... tapi kami enjoy!.

Dapat t-shirt free jugak..


Jebat dan Kak Mas pun join jugak


Dalam monorail ..sempat lagi ambik gambar


Makanan yang sangat best..leh makan banyak 3x


Tempat makan pun best . Lecka-Lecka@ Bukit Bintang


Daphne Iking & hubby pun join. Dia share experience tu.


Dengan Daphe.. so slim la minah cina ni...huhuhu

Thursday, February 14, 2008

Doa Ibu untuk Aszra


" Ya Allah Ya Tuhan ku.. Kau jauhi la Aszra ku dari sebarang kecelakaan, dari sebarang penyakit, dari sebarang bencana. Kau lindungi la dia dengan limpah rahmat dan kasih sayang Mu. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


Aszra tengah demam. Pagi ni dia merengek sambil tunjuk sakit kat perut. Dia lapar sebenarnya.. Dia nak makan... tapi ada infection kat mulut sampai aszra tak leh makan dan minum susu pun. Dia hanya boleh minum air. Semalam dah bawa ke klinik. Memang dia dah kenal klinik dan doktor. Nampak je, terus nak ajak keluar. Siap ckp "cepat, cepat".. Dan buat pertama kali, dia ckp sakit kepala dan mintak axa picit. After picit2 kan..baru mcm ok. Tapi sampai pagi tadi asyik meragam tunjuk perut dia sakit. Asyik menangis. Serba salah axa nak meninggalkan rumah pagi tadi. Really hope aszra akan recover dr demam dan kembali aktif mcm selalu. Ibu sayang aszra banyak banyak.

Tuesday, February 12, 2008

CJ7 - The best Chinese Movie 2008


A'kum.. salam pagi Selasa. Hari ni axa sampai agak awal. Siapkan kerja mana yang patut... then singgah sini jap. Nak kongsi cerita lagi. Last night.. axa, ayah aszra dan geng2 MB (mleo, whosend, kmnizam, Tim, Sato, Zam, Ameant dan Aleya) menonton wayang CJ7. Ala.. citer cina tu.. arahan dan lakonan Stephen Chow, yang juga buat citer Shaolin Soccer ngan Kungfu Hustle. Disebabkan citer2 komedi kungfu nya sebelum ni sangat memuaskan hati, maka kami pun tertarik nak tengok citer CJ7 ni pulak. Kali ni.. tuan rumah adalah Puan Mleo.. walaupun berbadan 2 tapi gigih tu beli tiket utk semua..(sure whosend yg gi beli kan kan kan).

Ok la.. nak citer sikit tentang citer ni. Citer ni mengisahkan seorang bapa yang sangat miskin, yang ada seorang anak lelaki. Bapa ni miskin sangat2 la.. memang tak mampu beli apa2 pun.. duit gaji habis gi bayar yuran sekolah anak dia jer.. dia nak pastikan anak dia dpt pendidikan yang baik dan tak nak anak dia jadi mcm dia... Sampai la satu hari.. dia jumpa satu barang kat area pembuangan sampah...dia bawak balik dan tak sangka benda tu adalah makhluk asing... jeng jeng jeng..

Mana leh citer habis... tak best la bagi saper2 yang belum tengok. Heheheh... bagi axa citer ni sangat best dan sangat berbeza dengan 2 citer komedi kungfu Stephen Chow sebelum ni. Kali ni... ada mesej kekeluargaan. Sangat memberi kesan kepada penonton...sebabnya, masa menonton.. lawaknya menyebabkan kami ketawa tahap maksimum, sampai berair mata.. dan tiba2 tengah gelak2... automatic kami menangis tahap maksimum sebab part sedih nya..sangat sangat la sedih. Axa tak pernah nangis mcm tu dlm wayang.... maybe axa memang sensitif (kuat nangis)..esp bila part2 ayah ngan anak ni (sebab axa sangat rapat ngan ayah).. tapi bila tengok kiri..nampak jugak Tim kesat air mata, tengok sebelah kanan..nampak jugak Sato meleleh air mata jugak.. so bukan la axa je yang over sedih kan... ayah aszra sebelah axa lak.. sure nak cover sedih sebab tu dok pandang2 axa sambil gelak2... Keluar wayang...nampaklah sorang ke sorang mata merah... hahahha.. kesimpulannya.. saper yang belum tengok, gi la tengok. Sangat la best. Citer nya simple tapi sangat la menyusahkan penonton..huhuhu... sekali lagi 5 bintang untuk Stephen Chow after Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer.

Monday, February 11, 2008

Prettiest mom

Axa telah di tag oleh Julia...so, teruskan je la...best jugak baca poem kat bawah ni.

Here's a poem for mom bloggers.Just copy the poem and add your name to the bottom of the list underneath the person who tagged you, then tag at least five pretty moms.

Prettiest mom

Before I was a Mom
I never tripped over toys or forgot words to a lullaby.
I didn’t worry whether or not my plants were poisonous.
I never thought about immunizations.

Before I was a MomI had never been puked on.
Pooped on.
Chewed on.
Peed on.
I had complete control of my mind and my thoughts.
I slept all night.

Before I was a MomI never held down a screaming child so doctors could do tests or give shots.
I never looked into teary eyes and cried.
I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night watching a baby sleep.

Before I was a MomI never held a sleeping baby just because I didn’t want to put her down.
I never felt my heart break into a million pieces when I couldn’t stop the hurt.
I never knew that something so small could affect my life so much.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom.

Before I was a MomI didn’t know the feeling of having my heart outside my body.
I didn’t know how special it could feel to feed a hungry baby.
I didn’t know that bond between a mother and her child.
I didn’t know that something so small could make me feel so important and happy.

Before I was a MomI had never gotten up in the middle of the night every 10 minutes to make sure all was okayI had never known the warmth, the joy, the love, the heartache, the wonderment or the satisfaction of being a Mom.
I didn’t know I was capable of feeling so much, before I was a Mom.

Before I was a MomI go everywhere I like without thinking too much.
I didn’t know much about parenting and breastfeeding.
I seldom buy new clothes and other accessories for myself.


Now tag those people who you think are special moms. Here’s the first chain of tags:
1. Lovelymummy
2. Pek Imm
3. Momisodes
4. Ling that's me
5. Janicepa
6. AnnieQ
7. Allthingspurple
8. Montessorimum
9. clumsy mommy
10. Sandra
11. KittyCat
12. VivianZ
13. Sting
14. Tammy
15. Petula
16. Syari
17. Een
18. mak farhah
19. Axa

So sekarang axa nak tag orang pulak...
1. Mleo (mommy to be)
2. Kak Nik
3. Aida (Mama Fatini)
4. Diana (Mama Adam)
5. Kak Faridah Salim

Cerita-cerita Cuti

A'kum..salam pagi Isnin... lepas 4 hari cuti, so sama2 la kita kembali bekerja. Heheheh.. Cuti Tahun Baru Cina, ramai yang tanya...axa tak kemana2 ke.. maybe sebab axa selalu je ada plan jalan2. Cuti kali ini memang axa dan family hanya lepak dan rehat kat rumah.. buat aktiviti kekeluargaan. Patutnya plan awal nak gi Janda Baik, tapi dibatalkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. So... duk umah je la...tapi axa masih banyak aktiviti even tak gi bercuti ke mana2...


Rumah Kami

Hari Khamis, sebelah pagi bawak Ibu (mak mertua) gi tengok rumah KAMI yang dah siap tu. Seronok betul sebab memang tak lama lagi la kami akan pindah masuk. Tunggu dapat kunci je la ni.. Belah petang, datang lagi..kali ni bawak mak, ayah ngan adik pulak. Duk rancang apa yang nak dibuat nanti.. nak tanam apa...heheh.. so excited. Yang best, depan rumah kami ada taman yang hijau....ada jogging track, dan ada reflexology area, betul2 depan umah axa. Memang sengaja ayah aszra pilih rumah tidak berdepan ngan rumah orang even harganya kat 10K juga la berbeza dengan rumah2 di jalan yang lain...



Depan rumah kami


Beriadah @ Central Park

Lepas lawat rumah KAMI, singgah kat Central Park pulak. Dua hari berturut2 axa ngan adik jogging kat situ. Ayah Aszra main basket ball, Wan ngan Atok pulak, layan aszra main kat playground.






Swimming @ Pusat Akuatik Shah Alam


Pagi Sabtu, kami bertiga ke Pusat Akuatik Shah Alam. Dah kat dua bulan tak gi swimming. Ayah Aszra habiskan 20 laps kat adult pool..dan axa ngan aszra main2 kat baby pool....




Chocolate Marble Cake


Balik dari swimming, axa terus masuk dapur. Memang dah berangan2 nak buat kek ni. Sekali lagi dapat dr Julia. Thanks... Actually nama kek ni Kek Marble Susu, tapi axa letak lebih banyak coklat, maka jadi lah Chocolate Marble Cake namanya..sedap...



Aszra jadi model kek ibu


Kenduri Arwah

Belah malam... kami sekeluarga ke kenduri arwah kat umah Ucu Bik (adik ayah) kat Kg Tok Muda. Ucu bik ni kawin ngan orang Jawa..so time makan ..kami dijamu dengan Nasi Ambang (nasi yang dihidang dalam dulang..campur ngan lauk pauk sekali.). Ni kali kedua axa makan nasi ambang. Jenuh nak menghabiskan satu dulang wooo...



Aszra yang sibuk nak pakai tudung gi kenduri

Aszra in action


Biasala..memang banyak tentang aszra yang nak diceritakan. Kiranya, aszra ni watak utama dalam blog axa ni. Di usia meningkat ke 1 tahun 8 bulan.. banyak perkembangan yang axa dapat tengok. Sekarang ni.. hampir semua watak cartoon yang dia ada kat rumah, dia dah kenal..kalau nampak kat tv je, cepat2 cari. Cthnya..kalau ada Barney kat tv..dia akan sibuk pegang Barney sambil tengok tv. La ni..sejak ada astro kat umah Wan..kami ni kena beralah sebab bila2 je aszra akan mintak tukar chanel cartoon.. malam2 pun dia nak.. tapi bukan all the time la..ikut mood dia. Tak kisah la.. as long axa tahu...my little girl ni memang grown up as a normal kid.

Tak tahu la dia call saper

Busy sms.. entah saper la tuh.

Wednesday, February 06, 2008

Caffiene VS Tidor

A'kum .. salam pagi Rabu. Hari ni mcm mood holiday je.. maklumlah, mulai esok boleh la dikatakan long holiday. Pagi ni dtg ofis pun, jalan lengang je.. Kalau la mcm ni tiap2 hari... sangat la heaven.

Ni la.. nak citer pasal tajuk kat atas ni. Sejak axa memulakan kerja di Putrajaya, axa akan travel ke ofis agak awal. So dalam 6.30 /6.45 (bangun kul 5.45 tuh) axa dah bertolak dr rumah. On the ke ofis ayah aszra kat Damansara (the reason why kami tak bawak 2 kereta coz nak save duit minyak dan tol la..coz2 dua2 ofis jauh..tak larat nak isi tangki 1.6 & 1.8 sekali gus) axa mesti akan tidur la.. pastu dr Damansara axa akan drive ke Putrajaya. Every day rutin axa macam tuh. So.. disebabkan bertolak awal.. nak compare ngan dulu (dulu bertolak kul 7.30/7.45) axa jadi sangat mengantuk masa tengah drive. Sampai pernah mcm nak ter accident sebab mengantuk sangat. Pernah sekali, axa berhenti kat hentian tol Sg Besi, axa tidur dlm 10 minit..then baru segar dan leh teruskan perjalanan. Disebab mengantuk yang amat ni la...menyebabkan axa sekarang ni tiap2 hari akan minum KOPI/NESCAFE/LATTE. Actually dulu axa x minum pun kopi2 ni.. tapi sejak dua menjak ni..axa jadi semakin addicted to coffee. Every day.. lepas hantar ayah aszra, axa akan singgah ke 7-11, stesen minyak Shell atau Dunkin Donuts untuk beli cofee ni. Kalau tak dapat, sure meraban la axa bawak kereta. Kat bawah ni la rutin axa tiap2 hari..

Ni Iced Latte Dunkin Donut..sedap sangat. Kebetulan outlet dia ada kat hentian Tol Sg Besi tuh.


Ni Pearl Cafe keluaran Power Root. Axa selalu minum yang dlm tin, sejuk nye. Sekali minum, terus segar mata.


Ni coffee sekeluaran Nescafe. Paling axa suka, tin kuning jenis Latte jugak. Tapi as long coffee, layan je la.

Ayah aszra selalu ckp.. its not healthy bila axa tiap2 hari minum coffee ni. Dia suruh try benda lain.. axa pernah try tea...tak jalan. Makan gula2 pun tak jalan dan on radio kuat2 pun tak jalan...pastu ada yang ckp..tidor la awal.. axa pernah try..tidur seawal kul 10 pun...pagi still mengantuk masa drive. Masalah betul. Lepas 3 bulan lebih axa asyik minum kopi ni... axa mula rasa tak sihat. Axa selalu sakit kepala (tapi tu leh hilang lepas telan paracetamol). Yang membimbangkan axa bila lately ni dada axa selalu rasa sakit...dengupan jantung selalu mcm laju je.. ala2 berdebar (mcm drh gemuruh lak). Pastu kadang2 rasa susah nak bernafas (mcm lelah pun ada). Last night axa lepak borak ngan on of my friend nye fiancee (merangkap kawan axa la). Lyn namanya...seorg Physioterapist kat Prince Court Hospital (hospital baru kat jln tun razak tu). Axa citer kat dia lately ni selalu sakit dada.. pastu terus dia ckp axa ni maybe terlebih caffiene kot. Oh ooooooo... Dia tak tahu pun axa ambik coffee tiap2 hari. Pastu baru axa citer kat dia.. then dia ckp...ha, ye la tuh terlebih caffiene dan axa dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan coffee ni.. Cam mana ni ek.. pagi ni je, axa sangat tak tahan, bawak kereta mcm org mabuk..dan finally berhenti kat Dunkin Donut dan beli Iced Latte. Apa cara lain ek nak selesaikan masalah axa ni.. pening2.. tak nak la muda2 sakit jantung (even my SIL ada kat IJN..leh dpt priority la kalau sakit jantung), takut woooo.... cam mana ni...

Tuesday, February 05, 2008

Our Dinner

Date : 4 February 2008
Time : 9.30 pm
Venue : Blok F-02-258, Segar Apartment
Menu : Nasi Putih, Udang Goreng Kunyit, Tomyam, Telur Bistik,
Dessert: Dragon Fruit

Udang Goreng Kunyit

Tom Yam

Telur Bistik

Monday, February 04, 2008

KL - Mersing - KL

Pemandangan Pekan/Bandar dan Jeti Nelayan Mersing


A'kum.. salam pagi Isnin. Lepas 3 hari bercuti (hari wilayah + cuti hujung minggu).. axa kembali bekerja... keletihan perjalanan balik dr Mersing masih lagi terasa. Kaki ni lenguh2..even tak drive, tapi memangku aszra sepanjang perjalanan... boleh cramp wooo....

Jumaat, sempena cuti hari Wilayah (Selamat Hari Wilayah buat warga kerja di KL, Putrajaya dan Labuan) kami, axa, ayah aszra, aszra berserta Tok Wan, Tok Ayah dan Umi balik ke Mersing. Last time balik masa raya puasa kot. Kami sampai dalam kul 5 petang.. hujan sangat lebat di Mersing. Hari sabtu pun hujan lagi....hajat ayah aszra nak gi mandi laut kat pantai Air Papan terbantut je... sebab hujan tak henti2 dr pagi hingga la ke malam. So.. kami ni duduk kat rumah je la.. layan TV dan makan, makan dan makan lagi... Tak ada aktiviti menarik yang dapat dilakukan sepanjang siang. Tapi belah malam.. sempat ke rumah Uncle Aman (abang Tok Ayah)..dan sempat lak berhenti kat area Jeti Pulau Tioman.. ada Karnival Jom Center (x tahu la apa yang dimaksudkan). Hajat Tok Wan nak tengok Zamani tercapai jugak.. hehehe. Sayang la..lupa bawak camera. Tunggu Umi send gambar dr digicam dia la nampaknya...

Sempat lagi ambik gambar atas menara tepi laut ni


Aszra bosan, tak dapat gi mana2 sebab hari hujan..So duk la layan blues atas rocking chair ni (satu tika dulu.. aszra duduk beriba, kali ni aszra dah leh duduk sorang2 dah)

Ni la rumah Tok Ayah dan Tok Wan kat Mersing .. kawan2 MB mesti ingat kan..



Tok wan dan Ayah Aszra berhempas pulas petik belimbing


Kali ni, buat belimbing pulak yang banyak. Ni belimbing besi.. ada jugak belimbing buluh..buat jeruk sedap wooo...


Ahad.. kami bertolak balik lebih kurang pukul 12 tgh hari. Sempat beli satar dan keropok lekor buatan Mersing. Sedap woo keropok kat situ. Pastu lepas singgah umah Achik (adik tokwan).. kami terus balik.. sekali lagi..merempuh hujan yang sangat lebat. Tapi sempay singgah kat Air Hitam.. Tok wan belikan tabung botol susu untuk cucu2 nya, termasuk la aszra. Ibu lak..beli kan Aszra, si Patrick idaman aszra..dan Barney yang aszra suka tengok kat VCD tu... Kami sampai Seremban kul 5 lebih dan axa , ayah aszra dan aszra bertolak ke Klang lepas Marghrib... singgah kat Sunway Kayangan, hantar barang-barang untuk Mama Aida ...dan sampai umah Wan kul 10.30.. penat nyaaa......