Friday, December 14, 2007

KL --> Langkawi --> KL

A'kum...salam dipagi Jumaat. Rasa mcm tak larat je hari ni. Semalam, seawal pukul 7 pagi axa dah berada di KL Sentral utk naik ERL ke KLIA. Flight axa dan Iza ke Langkawi pukul 8.30 pagi. Ada meeting dengan Doreen dari Bayview Hotel Langkawi. Kami sampai di Langkawi dlm kul 10. Sewa sebuah kereta Wira dan axa drive sendiri ke Pekan Kuah. Senang jugak drive kat Langkawi ni..bak kata travel agent tu..kalau la ada yang sesat di Langkawi, kami lah orang pertama. Hu hu hu...


Langkawi International Airport

Iza yg tengah buat inspection


Sempat jugak singgah pekan kuah utk membeli (bukan shopping). Tak leh tahan tengok coklat yang murah2 itu. Iza pulak boleh borong sudu2 dan senduk.. ni kira sambil menyelam minum air la. Lepas discussion, sementara tunggu petang, Doreen rekemen kami lepak kat Alun-Alun Spa.. (spa kat hotel tu). hmmm terpengaruh jugak..Sangat best kat spa ni. Oleh kerana masa sangat singkat, so kami pilih untuk Back & Shoulder Massage. Fuuhh...memang sangat best. Rasa macam nak tambah masa je...hu hu hu.. badan yang lenguh2 tu terus jadi ok. Tak apa.. bulan Januari kite ambik package lain ye Iza... boleh mandi kat besen kayu dia yang cantik tuh.
Sessi merendam kaki. Siap letak cammomile salt.

Minum teh ginseng..sorry la, axa tak leh minum habis. Air kosong pun cukup la.

Then..kul 5 lebih kami drive balik ke airport dan naik flight kul 6.40. Sampai KL kul 8.30... lega diskusi ni dah settle..tapi banyak kerja akan menanti bermula hari ini..hu hu hu. So, Langkawi..kite jumpa lagi Januari nanti.

No comments: