Salam... pagi tadi dengar kat era.. citer pasal cinta monyet.. tiba2 teringat pasal cinta monyet axa. Dulu2 ayah axa strict org nya. Axa sekolah perempuan, jadi ayah memang x suka axa kawan dengan mana2 budak lelaki. Tp nak dijadikan cerita, axa terberkenalan dengan seorang budak lelaki dari sekolah sebelah. Masa tu hari kantin sekolah, jadi orang luar boleh masuk ke sekolah axa. Entah macam mana ada seorang senior kat sekolah ni tiba2 nak kenalkan axa dengan adik angkat dia, budak lelaki tu la.. muka nampak cute je. Tapi axa ni dulu lurus bendul orangnya.. pandang lelaki pun x berani takut nanti ayah marah. Cuma dengan budak ni axa mcm terbuka hati pulak nak kawan. Dia bagi no telefon rumah nenek dia (dia duduk dengan nenek dia). Jadi dari situ lah bermula episod bergayut kat telefon ahahaha. Balik sekolah kalau ada peluang, axa gamble je call dia. Kalau dia ada.. mmg rezeki la.. kalau dia x ada.. muka sedihlah axa, frust kan.. hahahah.. kami x borak apa pun cuma cerita hal2 sekolah. Kalau terjumpa pun, waktu balik sekolah sebab kami menunggu bas di bas stop yang sama dan bas yang sama.. Dan yg bestnya kami tak pernah declare kata axa ni makwe dia, saya pakwe dia. Tp masa naik form 3 axa stop call dia sbb dapat tahu dia ada makwe dari sekolah axa juga. Ishh.. hampes betul... playboy rupanya dia. Axa kononnya frust lah... padahal dia bukan panwe axa pun. Masa tu asal dengar lagu sampai hati je rasa sedih. Cewahhhhh... jiwang. Pmr axa teruk sebab dia lah (hahahah, tiba2 nak salahkan dia pulak kan).
Ok, lepas terputus hubungan kami mmg x pernah jumpa. Sampai lah disuatu petang jumaat tahun 1995 di bandar klang. Axa baru habis tusyen akaun di bandar menunggu bas di bas stand klang. Tiba2 kami terjumpa semula... rupanya dia dah sekolah asrama, sekolah vokasional. Setiap 2 minggu dia akan balik ke kapat. Dan dipendekkan cerita.. bermula episod pertemuan kami di bas stand Klang. Setiap dua minggu hari jumaat memang seakan berjanji kami akan terserempak. Axa masih ingat, bila bas dtg dia akan suruh axa pegang beg dia dan dia akan merempuh naik untuk cari tempat duduk. Bila axa naik, mmg akan dpt duduk siap. Duduk pulak sebelah dia kan.. sgt gentlemen orangnya. Waktu tu pun kami x pernah declare as couple sbb kami nak spm dah masa tu. Sempat la juga bertukar- tukar kertas percubaan spm.
Habis spm.. axa ke ukm dan dia ke politeknik yg agak terkenal. Pernah sekali dua kami berutus surat.. tapi selepas tu terus terputus hubungan sehinggalah hari ni. Kadang2 ada juga axa cuba cari dia tapi tak pernah jumpa. Jujur, axa suka berkawan dengan dia.. baik dan sopan santun orangnya. Kami tidak pernah jadi pasangan couple, tapi kehadiran dia memang beri kesan pada hidup axa... oh ya.. saper nama dia? Biarlah axa je yg simpan, tapi axa gelar dia "Budak Bas Stop".. heheheh.
No comments:
Post a Comment