Monday, July 02, 2007
Pantulan Kemerdekaan -Episod 4
A'kum..Salam dipagi Isnin. Banyak kerja yang axa nak kena settle pagi ni, tapi sempat jugak nak menulis kat sini. Petang ni kami ada event, kena buat preparation la....
Sabtu lepas, axa dan team pantun Unitar ke Program Pantulan Kemerdekaan anjuran PNB dan Lensa Picture. Program ni sempena 50 tahun kemerdekaan malaysia. Ia nya disiarkan setiap Ahad, 11.30 pagi di TV9. So kalau nak tengok axa berpantun.. insyaAllah dua minggu lagi episod 4 akan ditayangkan.
He he he.. kenapa axa masuk pantun? Boleh ke berpantun? Ada dua tiga kawan2 yang agak terkejut. Actually even axa ni org IT tapi axa mampu berpantun. Masa sekolah dulu.. axa wakil sekolah dalam Pesta Pantun Sekolah2 Selangor 3 tahun berturut2. Pastu wakil Kamsis Aminuddin Baki untuk Pesta Pantun Inter Kamsis tahun 1998 dan berjaya menjadi Johan. Pencapaian tertinggi axa dalam bidang pantun ialah mewakili UKM dan mendapat Naib Johan Pesta Pantun antara IPTA peringkat Kebangsaan di USM pada hujung 1998. So.. pantun tu dah jadi a part of life axa....hehe he hehe...
Hari tuh , Axa, Hisham dan Ikha (student) memakai sedondon hijau. Team yang bertanding dengan kami ialah dari Golden Hope dan Perodua. Mereka gempak2 belaka. Team Golden Hope berpakaian berbilang kaum cina, melayu dan india.. manakala team Perodua memakai pakaian ala2 pengantin lelaki melayu dan perempuan keturunan minang. Gerun jugak kami tengok penampilan hebat diaorg ni. Sebelum pertandingan, axa dan peserta2 lain di make up kan.. alahai.. teringat masa kawin dulu.. tu la last time axa make up ala2 poyo..he he he .. tapi sesekali make up comel juge..(perasan lebih).
So pertanding ni di acarakan oleh Ishak Nengah dan Puan Latifah. Orang2 lama ni.. Juri pulak.. org2 yang hebat dalam sastera Melayu.. yang axa ingat Aziz Tapa (ada pangkat Datuk kalau tak silap) , orang Gapena dan juga Perancang Bahasa DBP. Seronok jugak tengok org buat rakaman ni.. bila ada tak kena je.. Cut!..buat la sekali lagi. Tapi time kami jawab pantun ..tak ada cut2.. semua kena terus je sebab bertanding.
Pertandingan ni bukan mcm pertandingan berbalas pantun mcm kat sekolah2 atau ipt pun.. NI ala2 kuiz sejarah. Soalan akan ditanya oleh pengacara ...dan semua kumpulan perlu menjawab soalan yang sama. Jawapan pun boleh bincang sesama ahli kumpulan.. hanya waktu menjawab sahaja setiap pemantun kena bergilir2. Tapi.. hmm nasib memang tak menyebelahi kami..Kami sekadar tempat kedua dan tak layak pun masuk ke pusingan separuh akhir. Golden Hope jadi juara. Sedihnya kami ni.. bukan apa.. masuk round ke 2, kami dah pun leading... masuk pemantun ketiga kami... terus markah drop.. aduhai.. nervous sangat agaknya pemantun ke 3 kami tu kot.. Axa dan Hisham agak kecewa la jugak.. sebab kami dah buat yang terbaik.. so.. kalau nak tengok.. jangan lupa menonton Pantulan Kemerdekaan, setiap Ahad 11.30 pagi di TV9, Dekat di Hati......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
wahh... mengganas lagik kak as..hehe... nnt remindkan sy tuk ngk rancangan tuh... ok pe dpt masuk tv.... ;)
he he he.. sekali sekala Sato.. kerja kat ipts bukan mcm kat ipta tuh.. mcm mleo, tim.. dapat jalan2 wakil universiti.. he he he...
wow!! tak sabar nak tgk kak as berpantun.. hehehe..
kitaorg nie walaupun jln2, tp kalu prestasi drop, kena 'ketuk' gak... kekekkeke..
waduh2.. bisa kamu.. huhu.. berpantun la plak.. congrats anyway
hu hu hu.. ye laa.. jalan2 tu mmg ler jalan2.. meeting kene tiap2 malam.. report kene antar juga.. especially sape yg jadi pegawai sukan.. kui kui kui.. ehh.. ako le tuh..
lama dah tak berpantun.. pandai pon takat pantun dua kerat.. kekekeke..
tak sangka kak as pandai berpantun ye... hehhe...
pasni boleh organize pesta pantun kat unitar pulak... akak jadi juri.
hehhee
wah........
the fact that you did your best....
It all that matters.
:)
tim & mleo - x kisah la kena buat apa kerja pun..yg penting dpt jalan2 free.. kami kerja swasta mana merasa semua tuh.
dass - thanks
suhaiza - memang nak tubuhkan team pantun kat unitar ni
kak leilanie - memang dah buat yang terbaik.. tapi tak ada rezeki.
Post a Comment