Thursday, July 05, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 4


25 June 2007 - Hari terakhir di Bandar Kuching

Hari ni, dalam pukul 10 pagi, kami keluar ke bandar. Tujuan hari ni..hanya shopping! Nak beli barang2 dan makanan untuk dibawa balik ke Semenanjung. So seperti biasa, kami bertiga beranak berjalan kaki. Aszra seperti hari pertama, tak meragam pun. Oleh kerana kami dah beli pasu, kek lapis..so tumpuan hari ni utk barang2 cenderahati dan juga ikan terubuk. Tengah jalan kaki, hujan gerimis turun.. so hanya kami ni payungkan aszra je la. Axa singgah ke bank sebentar dan kat situ tiba2 ada seorang perempuan melayu bertudung menegur axa dan tanya nak ke mana. Memula axa ingatkan dia salah orang. Pastu dia kata dia kesian tengok kami ni ada anak kecik berjalan dalam hujan gerimis. Axa kata nak ke waterfront tuh je.. jalan kaki memang ambik masa 5-7 minit la. Pastu dia offer nak hantar kan...dia kesian tengok aszra, nanti kena hujan. So.. setelah yakin yang dia ni org yang baik, kami pun menumpanglah kereta Chevrolet Aveo merahnya. Dia memperkenalkan diri sebagai Ida atau nama sebenarnya Idawati, seorang pensyarah civil engineering di UNIMAS. Ida memang orang tempatan. Sempat juga kami berbual dan bertukar no telefon. Terima kasih banyak2 Ida kerana sudi menumpangkan kami. Walaupun perkenalan tu singkat, tapi hanya Allah je membalas budi baik Ida. Alhamdulillah, kami masih berhubung melalui YM sampai hari ni..kan Ida.

So mula2 kami ke pasar basah, menjenguk2 ikan terubuk. Memang banyak betul org jual. Tak tahu la axa yang mana satu ok. Siap tanya org tempatan nak beli ikan terubuk yang bagus kat mana. Finally kami beli kat satu brother ni. 3 ekor RM 10. Axa beli RM 30 dia bagi free seekor. Siap bungkuskan dalam kotak elok2 dan siap buat pemegang lagi. Diaorg ni memang dah biasa dan tahu org semenanjung sure nak bawak balik naik flight. Pastu sempat lagi ambik gambar kat tempat org naikkan ikan kat pasar tuh.

Pastu kami ke kedai2 cenderamata kat depan waterfront. Oleh kerana hari pertama hari tuh axa dah survey so axa dah tahu nak beli apa dan kat mana. Kami agak mengejar masa sebab sebelum kul 3 petang kami ke check out dah. Sempat la membeli hiasan2 untuk Rumah Kami, dan bebrapa cenderamata utk keluarga. Jangan tanya berapa yang habis... he he he... So bila rasa dah cukup.. kami pun buat gerakan balik ke hotel untuk makan tengah hari dan berkemas.
Tengah hari tu kami makan di ChilliPepper lagi. Malas dah nak cari tempat lain. Senang sikit. Aszra kepenatan sampai tidur atas meja. Lepas makan puas2 kami terus naik dan berkemas. Dalam pukul 2.45 ptg kami check out dan naik teksi menuju ke rumah Nev berpandukan alamat yang Nev bagi. Nev kerja hari tu...yer la isnin kan. Sampai rumah Nev...sempat la lepak rehat2. Aidi pun dah mula nak main dengan Aszra. Aszra pun macam dah biasa plak ngan rumah Nev tuh. Terima kasihlah Suhaiza...jamu air dan pisang goreng untuk kami. Nev sampai rumah dalam kul 5 dan kul 6 lebih Nev sekeluarga hantar kami ke airport.
Flight kami kul 8.20 malam. So dalam kul 7.40 kami check in dan flight berlepas memang tepat pukul 8.20 malam. Selamat tinggal bumi Kuching.. ada rezeki kami datang lagi. Kami sampai di LCCT lebih kurang pukul 10 malam. Mak ayah dan adik dah pun menunggu.


Terima kasih axa tujukan khas buat Nev dan Suhaiza sekeluarga yang bersusah payah membantu kami yang datang mengejut ke Kuching.. he he he..
Terima kasih juga untuk Ida.. kenalan baru yang sungguh baik hati. Semoga kita bertemu lagi.

4 comments:

Suhaiza Sa'at said...

sama-sama kembali, kak as, abg arop dan aszra... ada rezeki, boleh datang lagi... :)

p/s: kak ida tu tinggal kat mana? nak kenal boleh? hehehhe

Anonymous said...

Hey there! Quick question that's entirely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My website looks weird when browsing from my apple iphone. I'm trying to find a theme
or plugin that might be able to resolve this problem.
If you have any recommendations, please share.
Many thanks!

Feel free to surf to my web-site ... appliance repair tampa cost

Anonymous said...

I was pretty pleased to discover this website. I wanted
to thank you for ones time just for this wonderful read!

! I definitely appreciated every little bit of it and I have you saved as a favorite to check out new information in your site.


Here is my web blog ... appliance repair Brandon

Anonymous said...

My brother recommended I might like this website. He was totally right.
This post actually made my day. You can not imagine just how much time I
had spent for this information! Thanks!

Feel free to visit my blog post ... property management maintenance software