Tuesday, July 03, 2007

Cuti-cuti Malaysia - Kuching, Sarawak Part 3


24 Jun 2007 - Trip ke Rumah Panjang Anna Rais

Pagi tuh, awal kami bangun. Lepas bersiap2 tepat kul 9, dah ada seorang tourist guide yang menanti kat lobi hotel. Terus dia bawak kami ke keretanya. Oooo naik kereta. Axa ingat naik van atau bas. Tapi bagus jugak, at least ada privacy sikit.. dan kalau aszra buat hal pun.. senang nak handle. Actually kami ambik pakej setengah hari lawatan ke rumah panjang. Harga nya rm 75 per person. So kami berdua. .150 la..aszra free ajer.

So dalam perjalanan, tourist guide tu perkenalkan diri sebagai Bong, seorang pesara Polis UTK. Dia bangsa Cina + Melanau tapi beragama Islam. Pandai ckp 9 bahasa. So, Bong beritahu.. kami akan ke perkampungan Anna Rais iaitu kawasan ruman panjang orang Bidayuh. Kalau nak gi umah org Iban..makan 3-4 hari nyer trip baru ok, sebab jauh di pedalaman. Perjalanan kami ni melalui jalan kawasan bukit la jugak. Bong kata..kami menghala ke arah sempadan indonesia. Bong memang asyik bercerita je sepanjang perjalanan.. sebab tu la leh jadi tourist guide.

Kami sampai ke kawasan rumah panjang tuh selepas hampair 1 jam perjalanan dari Bandar Kuching. Wahh.. mcm tak caya je.. finally axa dapat tengok rumah panjang betul2. Bong cerita.. buluh yang digunakan memang sangat kuat. Pastu diaorg akan tukar buluh2 tuh setiap kali ada perayaan.. cth Hari Gawai. Kat situ.. hanyan 35 % sahaja yang beragama Islam. Yang lain2 semua Kristian dan yang tak ada agama. So kami naik ke rumah panjang yang tingginya lebih kurang 1 meter setengah dari tanah. Tapi yang best nya.. rumah2 kat sini banyak yg dah moden rupanya. Ada sofa, tv, Astro.. dan ada jugak yang ada parabola tuh....Walaupun ada rumah yang dah guna batu sebagai dinding dan kayu 2 yang cantik.. mereka masih mengekalkan konsep rumah panjang. Mereka berkongsi berandah dan setiap rumah panjang ni kan.. mana ada bilik kat dalam nya. hanya ada satu ruang je. situ tempat tengok tv..tempat rehat.. tempat letak barang2.. Masak?? ha..dapur mereka ni kan kat luar tau.. bukan kat belah belakang tapi kar depan rumah. Memang lain betul lah... tapi seronok tengok budaya diorg ni.

Kami sempat jugak rehat kat satu rumah ni. (rumah ke..dia buat ala2 kedai la, pelancong leh duduk rest dan minum kat situ). Kat situ kami di jamu minum air kulit kayu..namanya Berakas.. axa pun tak ingat sangat. Menurut org situ.. air tuh boleh buang panas.. utk ubat kencing manis, darah tinggi.. so axa pun angkut la 5 packet. Teringat mak ngan ayah yang darah tinggi tuh. Ayah aszra sempat jugak la mencuba sumpit org Bidayuh. Masa kami kat situ ada lagi satu kumpulan pelancong dari Thailand. Pastu kami jenguk2 jugak aktiviti org bidayuh ni. Ada yang dah bekerja di bandar dan ada juga yang masih berkebun. Mereka ni boleh proses lada hitam dan putih sendiri..pastu menoreh getah dan mcm2 lagi la. Kraf pun cantik2. Ada seorang nenek tuh umur maybe dah 80an kot.. masih mampu menganyam raga. Sekali imbas nampak kehidupan mereka kat situ mcm org susah.. ala2 setinggan kat KL tapi sebenarnya mereka bahagia dan bangga dengan kebudayaan mereka. Malah mereka tidak menumpang..kerana disitu la tanah tumpah darah mereka.

Lepas tu kami bergerak ke Anna Rais Hot Spring. Fuuhh.. jauh ke dalam hutan jugak la. Air panas ni bukan mcm kat Pedas atau kat Langkawi..siap ada kolam2. Kat sini.. air panas nyer keluar melalui lubang kat dalam sungai. Memang boleh nampak la air panas tu keluar sebab airny sungai tu sangat jernih. So.. org kat situ datang mandi sungai je la.. ala2 kite kat sini mandi kat sungai congkak ke.. yg bezanya.. air sungai sini sejuk.. tapi air sungai kat situ panas. Kami tak leh turun ke sungai sebab takplan pun. Tak bawak baju apa2 pun.


Lepas tuh Bong bawak kami jalan2 ke sekitar kawasan pedalaman situ. Kami jumpa orkid liar yang sangat cantik. Kalau ibu tengok..sure suka. Pastu Bong kata..kami ni antara yang bertuah kerana dapat lihat seekor Burung Kenyalang tengah terbang. Selalunya jarang dapat tengok burung tuh. Walau pun tak tengok dekat.. tapi seronok la..dapat tengok burung tu terbang. Kalau nak tengok dekat..baik gi zoo je kan. Bong ni kan.. sangat mahir tentang tumbuh-tumbuhan liar ni. Mcm2 yang dia tunjukkan pada kami. Lepas tuh kami bergerak balik. Dah dua jam kami di kawasan rumah panjang tu rupanya.

Perjalanan balik memang memenatkan. Walaupun axa ngan aszra hanya duduk je.. kami sampai tertidur dalam kereta. Jalan kampung memang berbukit. Dalam pukul 1.30 Bong bawak kami ke Serapi Corner untuk makan tengah hari. Bomg kata kat situ..memang masakan melayu dan ramai org semenanjung makan kat situ. Memang banyak lauk..tapi semua lauk ayam dan ikan. Tak ada pun sotong, udang. Pastu lemon memang ada di mana2. Ayam masak lemon. Ikan masak lemon. Asyik lemon je.

Lepas makan.. Bong bawak kami ke Batu 7, tempat pembuatan pastu sarawak. Mai aiii... teruja ada tengok cara org yang mengukir corak kat pasu ni. Sangat cantik la, teliti dan kreatif. Sempat la jugak axa membeli pasu untuk lampu dan beberapa pasu kecik untuk hiasan rumah. Kalau ikutkan hati nak je axa angkut banyak2.. memang cantik2 dan angak muraj berbanding kat KL. Tapi memikirkan susahnya nak bawak balik...dan jelingan ayah aszra.. terus tahankan nafsu tu. aduhaii....

So trip kami berakhir bila Bong hantar kami ke hotel dalam pukul 3.30 petang. Penat sangat rasanya petang tuh. Pastu hujan pulak. Mulanya rancang nak keluar dengan Nev.. tapi sebab tiga2 kami dah penat sangat.. so ambik keputusan untuk rehat dan tidur kat bilik je.. last2 tiga2 beranak ni.. terbongkang atas katil.

Lepas marghrib kami turun ke Restoran ChilliPepper yang betul ada kata bawah hotel kami tuh. Malam ni malas betul nak menapak ke bandar. Letih masih berbaki. So menu malam tuh.. axa pilih nasi goreng nanas dengan ayam masak lemon. Ayah aszra pulak makan hokkien mee kolok. Aszra plak.. makan garlic bread je. Pastu kami ke Secret Recipe berhampiran.. dan beli 2 slice cheese cake. Malam tuh.. kami betul2 rest..memandang tu malam terakhir kami tidur di Kuching.

14 comments:

Anonymous said...

Dear As aka AXA87,
I saw ur mentioning of ur sis-in-law; dr. adura abdul rauf in ur march 07 archive. I'd like 2 b in touch w her. We were schoolmates back in 1990 at KGV S'ban. I'm just wondering how she's doing. If psble, could u pls leave me her email address or any other means 4 me 2 contact her. O'wise, pls get her 2 contact me; leo71j@yahoo.com.
I think she's able 2 make a good guess as 2 who i m just by looking at my email address.

Anonymous said...

Sorry, forgot 2 say thanx...
leo71j@yahoo.com

Unknown said...

hai leo71, sure i'll give your email add to her. She's now a doctor at Institut Jantung Negara. I'm sure she'll glad to meet her old friend. By the way.. thanks for visiting my blog.

Anonymous said...

Dear As,
Thanx 4 such an immediate response. My regards 2 her + Aida + Asrof. I knew ur hubby since he was 12.
leo71j

Unknown said...

waahhh... you knew the whole family..so u must be close to the family before. I've tried to call..but can't get her yet, maybe still on call or having operation.I also really want to know u more since i'm also one of the family members.

Anonymous said...

Sorry, couldn't rply promptly.
Well, i used 2 be close 2 all of them, xcept Uncle Rauf. He was stationed in Sarawak back then. Anyway, there was more than that, which is why i wouldnt b srprised if dura (s i used 2 call her) doesnt like d idea of gettin back in touch. I would ustand. But, all d same, i need 2 know how she's doing, evn through a 3rd party.
By d way, i fondly rmmber ur hubby s a great swimmer 4 a 12 yr-old boy. Does he still swim nowadays?
Leo71j

Unknown said...

leo.. u r seems like a mysterious guy la pulak. So far she's doing ok & happy with her career. Btw asrof still swimming but as a hobby..but he'll train our daugther to be a great swimmer like him..he he he (sure kembang ayah aszra baca ni)

Anonymous said...

sorry la as,
2 tell u d truth, i'm too...
how shall i say? xcited? nrvous? of d this idea of getting back in touch w dura. i think u should b able 2 guess la kan how we used 2 b?
actually, what i really like 2 find out r things like if she's happily married, how many kids, etc. etc.
leo71j

Anonymous said...

Ok la as,
i was waiting 4 ur rply tadi, but now I need 2 make a move. perhaps 2morow i'll b in touch. my warm regards 2 asrof.

Unknown said...

its ok leo.. i alreasy add u in my YM list. Maybe we can have a chat..or just email me at asnida@unitar.edu.my maybe u can know more about kak dura, coz here is too public to talk about personal things.

Anonymous said...

hehe.. sori tak sengaja nak terbaca komen2 atas neh..mcm private punya jek..

anyway... tak pegi kg budaya sarawak ke.... situ mmg lg besh..leh tgk semua jenis umah panjang.. ;)

Unknown said...

tak pergi pun sato.. dapat pergi rumah panjang kat kg tu pun dah kire ok la.. memang dapat tengok la kehidupan sebenar diorg ni

Anonymous said...

Hello!
Kita ada email Leo71 nie...rasa-rasa macam kenal tapi takut salah orang. But he didn't reply yet!

Aida

Suhaiza Sa'at said...

kampung budaya tu mahal nak masuk... dewasa RM60, kanak-kanak RM45

hari tu kawan pergi sana tak masuk, sekadar amik gambar disekitar kawasan luar je.

sy pun tak berkesempatan lagi nak masuk sana... :)