Monday, July 16, 2007
Bola & Aszra (cerita hujung minggu)
A'kum..salam di pagi Isnin. Sejuk je pagi ni.. Axa betul2 tak sihat..dah 3 hari mcm ni. Hidung tersumbat, tekak rasa bengkak. Mak pun sama... dah dua kali jumpa doktor. Malam tadi kena buat nebulizer. Sian mak...Mudah-mudahan mak cepat sembuh.
Hmm lanjutan kisah bola sepak Malaysia, sorang org kuat dah letak jawatan. Ha...cam tuh la...sedar diri jugak akhirnya. Actually tu nak bagi hint kat bapak dia yang jadi president seumur hidup tuh.. dan kawan2 nya yang jadi org2 kuat FAM supaya sama2 sedar kelemahan dan bukan nak ada nama je. Teruk kena belasah habis-habisan pasukan Malaysia..dalam masa seminggu 10 kali gawang gol M'sia dibolosi. Kalau 1-2 tak apa la...ni SEPULUH...fuh.. Kenyataan akhbar tulis.. Malaysia satu2 nya negara tuan rumah yang tersingkir di peringkat kumpulan. Maluuu.. he hehe.. emosi plak axa ... bukan apa.. asyik2 kite ni sebut pasal Chelsea, Man-U, Arsenal.. sesekali nak jugak sokong M'sia ni.. tapi kalau dah cam ni, mcm mana la peminat M'sia nak semangat..Sabtu lepas masa lawan Uzbek..axa tengok kat dlm TV..lengang je stadium..so jangan salah kan peminat bila stadium lengang ok.
Tutup pasal bola. Citer mcm2 bukan nye boleh buat apa pun kan. Ok...weekedn axa tak banyak aktiviti. Mcm axa tulis kat atas tuh.. axa dan makkurang sihat. Cuma hari sabtu..lepak kat umah kak aida sampai kul 4 pagi tuh. Balik pun sebab dah janji ngan mak nak belikan ubat batuk.
Cerita pasal Aszra.. lately ni, kerja asyik berjalan je. Maklumla..org dah pandai berjalan. Seronok tengok dia.. Memang laju dah langkahnya. Kejap kat sini..kejap kat situ. Bilik air pun dah pandai masuk. Risau axa...memang kena ada pemerhatian yang cukup la lepas ni. Sabtu tu.. masa mamacu tengah siap2 dalam bilik, aszra sibuk ketuk bilik mamacu...sambil jerit "Ta..Ta". Maybe sebab dia selalu dengar mak ngan ayah panggil mamacu "Ita". Then..bila mamacu bukak pintu..dia terus masuk bilik..masa tu axa dan ayah aszra tengah minum. Entah macam mana tak perasan..tiba je kami dengar bunyi kipas. Tengok2...aszra kat kipas..dan dia tunjuk tangan dia...pastu nangis. Panik axa.. mamacu terus angkat aszra dan tengok...jarinya berdarah. Rupa2nya dia masukkan jari kat kipas yang berpusing tuh.. Aduhai... first time aszra luka. Pekat darahnya. Mamacu terus basuh luka dan letak minyak gamat. Then axa check..takut juga kalau jari halus tuh patah atau terseliuh. Tapi aszra memang kuat semangat. Menangisnya tak lama... tak sampai seminit pun. Lepas letak ubat..dia boleh main2 lagi.. Hmmm.. axa terfikir.. bila anak semakin dewasa... mcm2 yang kita as ibu bapa akan hadapi..kecederaan, luka.. semua tu akan pasti akan berlaku. Cuma.. kite ni kena la sentiasa berusaha untuk jaga keselamatan anak2 kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hai Axa...
yes u r right.. semakin anak membesar, semakin kita perlu tambah perhatian ke atas anak2 kita..
syukor..luka aszra tak serius..
satu lagi yg harus axa ambil perhatian, ketika jalan dan jatuh..
my daughter masa umur 1-3 tahun, adalah beberapa kali 'telur di dahi'. Yg last kena teruk sikit, sal dlm benjolan didahi tu ade air..panik gak. Sib baik ade kawan kasi cream khas, baru 3 hari, benjolan dah susut.
thanks ryn...
tu la, sekarang ni memang kuat berjalan jer. Pintu toilet pun kena sentiasa tutup.. sebab dia dah pandai masuk sendiri. Kejap2 je dah hilang..
btw ryn.. if u have blog..leh bagi url. Tak leh nak jejak u la.
yes..i agree wif u... mmg kena selalu dlm perhatian... my shasya pun sama, cuma bezanya dia kuat sangat memanjat...dulu kecik2 tak pernah jatuh, skrg dah besar sket dah 2 kali jatuh kepala benjol....kengkadang fening gak la..btw ur baby aszra sngt comels!!
thanks hotmama....
Aszra masa sebulan setengah pernah jatuh buaian, spring buaian tu tercabut, then jatuh hempap dahi dia..benjol jugak.. kepala pulak, sib baik ada pakai bantal.. panik jugak la..terus hantar hospital.. alhamdulillah tak ada apa2...
aszra tgh explore.. amende gerak2 tu.. huhuhu.. sib baik ler tak teruk..
Post a Comment