Monday, May 07, 2007

Life Goes On

A'kum ..salam di petang Isnin yang panas. Hmm dah beberapa hari panas sangat rasanya. Malam tidur depan kipas pun leh berpeluh2. Axa tidur kurang nyenyak sebab terasa panasnya. Tengah hari tadi berjalan kaki le Syed kat belakang untuk makan2 sempena hari terakhir kak Wanna. Makan nasi beriani ayam madu. Teringat Syed kat area 7-11. Dulu selalu makan ayam madu kat situ ngan seorang sahabat. Entah bila la nak makan sama2 lagi sebab dia dah JAUH.

Setelah sekian lama dan menghadapi beberapa rintangan axa bersyukur, pengajian axa di UITM telah pun tamat. Master Science in Information Technology.. leh guna untuk dapatkan kerja baru. Tesis pun dah selamat hantar. Tinggal nak tunggu hard cover binding je. Axa bermula akhir tahun 2003 dan kat 4 tahun baru nak habis. Tapi axa dah pernah cuti setahun sebab pregnant dan bersalin. Tapi apa2 pun syukur sangat. Perancangan masa depan bergantung pada rezeki dan keadaan. Buat masa ni life goes on...Yang pasti usaha perlu ada untuk meningkatkan kehidupan. Mudah-mudahan axa di kurniakan rezeki lebih baik tahun ni. InsyaAllah.


1 comment:

Anonymous said...

tahniah...

semoga lebih berjaya dlm hidup...