Thursday, September 14, 2006

Air mata ibu


A'skum..
Hari axa agak sibuk di ofis memandangkan tinggal dua hari lagi universiti tempat axa bekerja akan melangsungkan majlis konvokesyen. Dah dua hari, tak lekat duduk kat depan pc.

Malam tadi, axa balik ke rumah mak. Memang rutihhari rabu balik ke rumah mak, menjenguk buah hati pengarang jantung. Sejak jadi ibu ni, axa dan ayah aszra berulang dua hari sekali balik ke rumah mak. Ada juga suara2 yang berkata, axa tak patut menjenguk anak dua hari sekali, tapi axa juga punya tanggungjawab sebagai isteri dan kami juga punya rumah sendiri. Jadi sementara aszra masih kecil, biarlah mak yang mengasuhnya. Terjamin keselamatannya. Ye la, nenek mana tak sayang cucu.. the only cucu pulak tuh.

Sampai2 di rumah, axa terus menyusukan aszra. Dari gerak lakunya, memang benar dia rindu pada axa, rindu menyusu dengan ibunya. Lepas tuh axa mandi2 dan bersiap untuk makan malam. Tengah makan, aszra tiba2 menangis, axa tahu..dia nak susu. Mak cuba bagi susu botol, memang la dia tak nak, apatah lagi bila dia tahu ibu dia ada kat rumah. Sementara axa menghabiskan suapan terakhir, axa dengar aszra menangis dan menjerit dengan kuat. Sah dia start merajuk. Ini bukan pertama kali. Dia akan menangis sekuat-kuatnya dan bila axa dan menyusukan dia..dia akan menolak, membiarkan dirinya terus menangis. Mak adan ayah cuba pujuk. Lama2 reda tangisannya yang semakin manja bunyinya. Seakan mengadu sesuatu pada atok dan nenek. Axa cuba mendukungnya, terpandang saja muka axa, dia terus menangis.. ala2 merajuk dan sedih. Entah kenapa hati axa tersentuh, bila lihat aszra begitu. Axa benar2 terasa, axa tak menjalankan tugas sebagai ibu dengan baik sehingga aszra merajuk sebegitu rupa? Mengalir air mata axa sambil memujuk aszra. Dia seakan mengadu dengan axa, mungkin meluahkan rasa rindu pada ibu yang hanya dua hari sekali baru dapat bertemu. Dan bila axa menyusukan dia semula, baru la dia nak. Anak ibu mintak dipujuk rupanya.

Axa tak tahu apa yang anak sekecil aszra fikir atau rasa tentang hubungan, tapi axa dapat rasakan, anak kecil sepertinya sudahpun mengerti tentang rasa kasih dan sayang. Memeluk aszra, axa dapat rasakan ketenangan yang tak dapat digambarkan. Memandang wajah mulusnya, buat axa hilang rasa penat seharian bekerja. Dan axa yakin, inilah yang dirasai oleh semua ibu di dunia ini. Biar menitis air mata, hubungan indah ini takkan mungkin dapat dipisahkan. Bersyukur axa ke hadrat illahi, dikurniakan dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini.

2 comments:

Asrof said...

ekeleh... kecoh laaaa... bebudak kecik nie mane bole kasik muka sangat... nie mesti ikut perangai mak dia nie....

Asrof said...

ekeleh... kecoh laaaa... bebudak kecik nie mane bole kasik muka sangat... nie mesti ikut perangai mak dia nie....