Salam di pagi isnin yang mendung. Hujan renyai2 mengiringi perjalanan axa ke ofis pagi ini. Seawal 7.30 pagi axa telah pun sampai. Hari ni adik yang menghantar. Mak, ayah dan adik tidur di rumah axa semalam. Yer la..sempena hari ibu. Axa masak nasi ayam special untuk mak dan tak lupa juga sehelai tudung untuk mak. Terima kasih mak.. Selamat Hari Ibu.
Sabtu lepas, axa telah dikejutkan dengan satu sms yang berbunyi, " A'kum, nak bagi tahu sahabat kita Dina telah kembali ke rahmatullah jam 4.35 tadi. Alfatihah". Ya Allah.. axa punyer la terkejut. Rasa nak pitam je masa tuh. Susah nak percaya. Walaupun seminggu sebelum itu, axa menerima sms yang menyatakan sahabat axa itu sedang sakit, axa tidak menyangka ianya akan membawa maut.
Pada usia 29 tahun, Nor Khadina Binti Noor Adzmy telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat menderita penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ). Hmm pertama kali dalam hidup axa mendengar tentang penyakit ini minggu lepas. Sebelum ini, pada tahun lepas, apa yang axa tahu arwah hanya menghadapi masalah usus dan terpaksa tinggal di hospital agak lama. Rupa2 nya penyakit ini yang menyerangnya dari dalam. Axa ada bertanya dengan kakak ipar yang kebetulan seorang doktor. Penyakit ini tidak terlalu merbahaya jika ia hanya melibatkan permukaan kulit. Namun ia mampu membawa maut jika ia melibatkan organ dalaman. Penyakit ini pula kebanyakan nya dihidapi oleh kaum wanita dan setakat ini masih belum ada ubat atau penawar yang tertentu.
Apa itu Lupus
Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.
Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.
Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.
Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
Ulser di dalam mulut
Keguguran rambut
Demam berpanjangan.
Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan
Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.
Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita
Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-
1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen.
Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.
Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious. Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
2 comments:
Salam,
Daripada Allah kita datang kepada-Nya jua kita kembali. Entri yang bermaklumat, terima kasih. Dan terima kasih jua kerana berkunjung ke blog saya.
Salam.. Walaupun sy bukan penghidap SLE sy dapat rasakan perasaan pesakit ini. Pernah seorang teman sekuliah di UIA ceritakan pengalaman sakitnya. Ramai tuduh dia malas datang kelas padahal nampak sihat. Rupa2nya dia penghidap SLE. Dia meninggal dunia pada usia 19tahun. Sy pernah membaca artikel "But U Don't Look Sick" - artikel yg menerangkan keadaan pesakit SLE, dan dari itu saya mula memahami perasaan org yg menghidap penyakit ini. Semuanya bermula bila sy diserang sakit sengal2 pada otot dan sendi.. Org kata sy nampak sihat tp sakit dalam badan Allah sahaja yg tahu.. Huhu sedih gak bila org tak percaya kita sakit.. Tapi sy memang tabik pada mereka yg menghidap SLE kerana kuat dan tabah melawan penyakit ini.
Post a Comment